Monday 21 April 2014

Persediaan Sebelum XPDC Memancing


1. Persiapan - Buatlah persiapan seperti ;peralatan memancing yang lengkap, Engin, Minyak Engin, Sauh serta buat ‘Perambut’ lebih awal.
2. Jaket Keselamatan - Untuk Keselamatan terutama pada tidak tahu berenang.
3. Bekalan M/Minum - Mengalas perut ketika memancing.
4. Rokok - (Bagi yang merokok) menjadi teman setia menanti umpan diragut.
5. Baju Hujan - Melindungi diri dari hujan.
6. Baju L/Panjang - Melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.
7. Topi - Tempat berteduh dari panas dan hujan.
8. Ubat-Ubatan - Untuk Kecemasan/ jika rasa kurang selesa.
9. Tali - Perbagai guna termasuk keselamatan.
10. Pisau/Parang - Banyak kegunaan / Keselamatan
11. Kain Buruk - Kegunaan perlu jika ingin menarik tali pancing yang tersangkut dan untuk dibuat lap tangan yang kotor dll.
12. Stokin Panjang - Mengelakkan gigitan serangga spt. Agas & nyumuk serta pancaran  terik matahari.
13. Wisel - Untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak)
14. Plastik Besar - Tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.
15. Polystrin/Air Batu - Tempat mengisi hasil tangkapan.
16. Lampu Suloh, Lampu Ayam & Ubat Nyumuk jika ingin memancing malam.
Persediaan ini telah lama diamalkan oleh ahli-ahli ATUR sebelum turun memancing dan telah menjadi ikutan rakan-rakan memancing yang lain. Peralatan diatas dirasa amat perlu sewaktu memancing dan ini sedikit sebanyak mengajar ahli-ahlinya tentang kata-kata ‘kalau nak memancing buat lah cara memancing’. Bila masing-masing mempunyai persediaan sendiri tentunya kita dapat memancing dalam keadaan selesa. Peralatan diatas akan dikurang/ditambah kiranya pihak kelab mengadakan XPDC didalam hutan selama 3 atau 4 hari termasuk:-



  1. Khemah
  2. Peralatan Memasak yang lengkap.
  3. Barangan Makanan yang ala-kadar kerana kami lebih memetingkan survival semasa berXPDC.
  4. Pakaian yang mudah kering.
  5. Kasut Getah memudahkan perjalanan didalam air.
  6. Kotak Ais Colemen.
  7. Mengikuti Jadual termasuk pengawasan serta memasak.
Peralatan dan persedian diatas lebih kepada kerjasama dan semangat berpasukanPeralatan dan persedian diatas lebih kepada kerjasama dan semangat berpasukan


Sumber 


 More Fishing News: www.gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment