Memandangkan
aku menetap kat Sementa, Klang so pot pancing yg selalu aku kunjungi
adalah Port Kelang. So kat sini aku citer jer la pot2 pancing kat
sekitar Port Kelang stakat yg aku tahu. So jika ade sape2 yg sudi nk
kongsi cerita leh la tambahkan bahan kat sini. hehehe
Sebenarnya
kawan-kawan, perairan port klang adalah kawasan yang paling mudah nak
dapat ikan berbanding kawasan laut yang lain. Paling busuk pun ikan
gelama dan belukang mesti dapat. Stok ikan kecil dan udang masih banyak
di kawasan sungai nya. Secara tidak langsung, bekalan makanan untuk ikan
besar masih banyak dan ikan boleh membesar tanpa kehabisan makanan.
Pembinaan tiang batu di dermaga pelabuhan dan binaan lain yang membantu
ikan berteduh dan membiak. Berdasarkan teori aku, oleh kerana kawasan
ini dalam kawasan larangan(walaupun ada yg masuk jugak!) ikan ini dapat
membesar dengan selamat. Tiada pukat-memukat yg keterlaluan oleh kerana
kawasan spesis berharga biasanya adalah laluan kapal besar yang sibuk
dan merbahaya untuk kegiatan memukat. Bak kata lain kalau yang masuk
pukat 20% kat tepi bakau, yang kat laluan kapal dan bawah warp ade lagi
50%. Yang baki nya makan pancing kita. Haruslah kita masuk bawah warp
ek? Jangan, nti kene tangkap susah hehehe..
Antara kawasan pancing yg aku tahu ialah:-
Muara Sungai Sementa
Muara ini terletak dekat dengan rumah aku. Diketahui spesis yang byk trdapat dimuara ini ialah tetanda, gelama, belukang, pari, tetuka, senangin, kurau, sembilang, siakap, gerut2, tebal pipi. Umpan yg sesuai digunakan ialah perumpun, sotong, udang hidup dan udang pasar saiz besar. Belanak juga boleh digunakan bg mereka yg ingin menjejak siakap di kawasan sungai berbakau. Bagaimanapun, di sekitar muara ini terdapat ramai nelayan2 yg kua menjaring memandangkan muara ini kaya dengan berbagai2 spesis ikan.
Jambatan Pulau Indah
Spesis yang biasa aku rase ada kt sini ialah, semilang, senangin, kurau,(senangin ngan kurau tak sama tau), tebal pipi, tetanda, tirusan, siakap dan spesis gelama lain. Cara memancing ialah dengan umpan udang hidup atau pun beliak mata. Ikan beliak mata ni boleh ditangkap pakai apollo je di bawah jambatan ini. Ha! Ni nak cerita pasal apollo dulu, sebab ada yg tak tau mcm mane nak guna. Oleh kerana apollo menggunakan umpan bersinar, ia cuma boleh digunakan ketika ada cahaya terang sahaja. Maksudnya waktu siang, adalah juga aku lihat yang guna waktu malam. Kalau boleh dapat memang ajaib, gelap ikan tak nampak beb! Kecuali, sekiranya terdapat lampu yang terang seperti di tepi dermaga. Itu pun nasib je boleh dapat. Keadaan air yang sesuai untuk memancing adalah air mati. Waktu terbaik adalah air surut separuh dan mula nak pasang. Ikan senangin kat sini memang minat ikan beliak mata. Rata-rata orang lain dapat menggunakan umpan ini. Sekiranya kowang memancing di bawah jambtan kenderaan, lontaran di buat di antara tiang jambatan keretapi. Kalau baling kat tiang, ada makan tapi selalu sangkut. Sekiranya menggunakan sampan, lontaran boleh dibuat di tiang jambatan kenderaan. Kalau naik sampan, masalah sangkut kurang. Cuba di sebelah tepi pulau dulu kemudian baru berpindah kebahagian tengah tiang lain. Jika ada, menunggu tak lama, sekejap je dah makan. Saiz biasa terdapat di sini 1kg kebawah. Pernah juga ada yang dapat 3 kg, pakai perumpun je, tapi 5 tahun dulu lah. Tak tau lah kot-kot ada lagi ke tak. Cara makan, sentap lepas tu kendur. Kalau bahagian tengah, tirusan banyak. Kurau nasib-nasib je dapat. Tirusan di sini suka pada udang hidup, dan udang fresh mati yang di kupas kulitnya. Biasa nya bercampur dengan ikan gelama.
Jambatan Keretapi Sg Aur
Spesis yang biasa terdapat disini ialah belukang dan sembilang. Bagaimanapun didapati spesis sembilang telah berkurangan tanpa sebab yang diketahui. Jadi pada waktu ini hanya sebilangan kecik sembilang yang ada itupon dalam saiz kecik. Kalo dapat tetanda, senangin dan gelama dikira bonus la. Kawasan ini kurang popular kerana jauh dari pandangn orang ramai kerana jambatan ini terletak di belakang tapak kilang tepung. Kebanyakan spesis yang biasa didaratkan disini ialah belukang. Umpan yang sesuai digunakan ialah perumpun. Sesuai dipancing satu jam lepas air pasang penuh dan satu jam semasa air pasang selepas surut abis.
Kapal Barge Muhibbah
Syarikat
pembinaan kapal di sebelah jambatan Pulau Indah. Terdapat banyak barge
syarikat ini berlabuh di bahagian tengah selat. Alaa yg mcm kotak warna
hitam tu lah. Perkataan 'barge' ni tak tau le betul ke tidak.
Memandangkan rekod pendaftaran kapal ni kat Jabatan Laut kapal ini
dikategorikan sebagai 'barge' iaitu kapal yang tidak mempunyai enjin dan
hanya ditarik oleh kapal lain untuk bergerak. Kedudukannya di bahagian
tengah selat. Kawasan ini banyak terdapat ikan gelama dan semilang.
Jika kowang bernasib baik, boleh dapat senangin, pari dan tebal pipi.
Umpan sesuai adalah perumpun dan udang hidup bersaiz kecil. Cara ikan
kat sini makan memang menakjubkan. Semua pakat serbu ramai-ramai! Tak
sempat nak sampai dasar pun, dah kena sambar. Bagi pemancing yang tidak
biasa, umpan mesti cepat habis. Kecekapan merentap joran adalah kunci
utama tangkapan dapat dinaikkan. Keadaan air yang sesuai untuk memancing
ialah air mati naik pasang dan arus menghala ke Telok Gong. Kalau takde
arus, jangan baling jauh, letak bawah je. Air besar susah sikit sebab
arus laju dan keruh. Kedudukan terbaik untuk melabuh umpan ialah di sauh
barge. Gelama dah tentu, kalau dapat besar, kira bonus la!
Depan Institut Latihan Pengangkutan dan Pelaut
Institut
yang dimaksudkan adalah sebuah pusat latihan bagi pegawai2 baru Jabatan
Laut yang mengadakan khursus disini. Lubuk disini berada di tengah
selat antara Pusat Latihan dan Dermaga Minyak Pelabuhan Selatan. Kawasan
ini dulunya mempunyai boya hijau tapi sekarang dah takde sebab jabatan
laut dah dibina. Air memang dalam! Spesis yang biasa ada disini ialah
pari muncung, pari daun, gelama pisang dan kurau. Umpan terbaik ialah
udang hidup saiz besar. Jika menggunakan beliak mata, kenalah potong
kecik-kecik. Gelama Pisang memang suka. Ketika memancing, pastikan ada
arus dan batu mesti besar, saiz 9 keatas. Arus laju dan air dalam tapi
ikan banyak. Cara makan memang syok. Henjutan bukan main kuat,
lebih-lebih lagi kalau Gelama pisang yang kena. Kalau tak rentap joran,
ikan tak kena. Pastu rentap kene kuat sebab jarak umpan dan pancing
memang jauh. Kalau pakai joran lembut, siksa wo! Batu dah besar, tambah
ikan pun besar, bak kata Nabil...lu pikir la sendiri....hahahaha
Muara sungai Bagan Hailam
Kawasan
ini terletak betul-betul di hadapan kuil bagan hailam. Kawasan parking
plantoon myk diesel dan tongkang. Kawasan ini berlumpur dan banyak
sampah ketika air surut habis. Spesis yang biasa terdapat disini ialah,
semilang dan duri. Jika bernasib baik, senangin dan tetanda juga
kadang-kadang terdapat disini. Umpan yang sesuai adalah perumpun, udang
mati dan udang hidup bersaiz kecil. Waktu sesuai untuk memancing ialah, 1
jam sebelum air surut habis dan 1 jam ketika air mula pasang. Keadaan
arus di kawasan ini begitu laju memandangkan ia adalah laluan air masuk
ke sungai dan arus pusing di muara. Semilang sungai banyak terdapat
disini dan cara makan memang hebat. Dengan air paras pinggang, pancing
boleh terbang jika tidak di letak cermat. Cara makan tarik terus tanpa
amaran dan tanpa henti.
Muara Sg Labohan Gurap
Kawasan
ini mempunyai 2 cerun dalam melebihi 30 meter dan terletak berhadapan
dengan Tanjung Harapan. Terdapat 2 tiang lampu yang menjadi penanda
kedalaman air. satu di bahagian tengah dan satu di bahagian tepi pantai.
Cerun atau lubuk pertama yang aku katakan berada di muara sg. Spesis
yang biasa ada disini ialah, Jenahak, Tetanda dan tirusan. Umpan terbaik
yang paling diminati ialah anak ikan beliak mata atau selangat. Jika
menggunakan udang, pastikan udang tersebut bersaiz besar dan hidup. Masa
sesuai untuk melabuh umpan ialah 2 jam sebelum air naik.
Jeti-jeti memancing dan Pantai berbatu Tanjung Harapan
Kat Tanjung Harapan ni ade beberapa buah jeti yang boleh dijadikan lokasi memancing. Lokasi ini sesuai bagi mereka yang suke meluangkan masa bersama keluarga. Bagaimanapon jeti ini adalah jeti berbayar. Bayaran dikenakan RM5 utk satu joran. Tempoh memancing adalah 24jam.
Pantai tanjung harapan juga sesuai memancing tapi mudah tersangkut pada batuan. Aku pernah menaikan ikan siakap merah menggunakan teknik tundaan (casting) berumpankan hirisan ikan setongkol di sekitar tempat pancang bot yg terletak berhampiran replika besar kapal layar yg terdapat di Tanjung Harapan. ada juga cerita yg didengari ikan siakap dan lain2 ikan yg bagak2 didaratkan disini. Tp tu dlu la, skrg xtau la ade lagi ke x ikan bagak2 tu.
Jeti-jeti memancing dan Pantai berbatu Tanjung Harapan
Kat Tanjung Harapan ni ade beberapa buah jeti yang boleh dijadikan lokasi memancing. Lokasi ini sesuai bagi mereka yang suke meluangkan masa bersama keluarga. Bagaimanapon jeti ini adalah jeti berbayar. Bayaran dikenakan RM5 utk satu joran. Tempoh memancing adalah 24jam.
Pantai tanjung harapan juga sesuai memancing tapi mudah tersangkut pada batuan. Aku pernah menaikan ikan siakap merah menggunakan teknik tundaan (casting) berumpankan hirisan ikan setongkol di sekitar tempat pancang bot yg terletak berhampiran replika besar kapal layar yg terdapat di Tanjung Harapan. ada juga cerita yg didengari ikan siakap dan lain2 ikan yg bagak2 didaratkan disini. Tp tu dlu la, skrg xtau la ade lagi ke x ikan bagak2 tu.
Atas Kapal minyak dan tongkang
Utk
memancing diatas kapal ini, khidmat teksi air (panggil aku je tu. xtau
nk pggil ape. hahaha) diperlukan utk menghantar pemancing ke atas kapal2
yg berlabuh di tepi laluan kapal2 besar. Khidmat teksi ini boleh
didapati di jeti Bagan Hailam dan Jeti sebelah Lembaga Perikanan. Upah
kepada teksi air ini dikenakan RM2 @ RM6 (bergantung pada jarak
penghantaran) untuk perkhidmatan pergi blik. Pastu kowang leh tnjukkan
kepada teksi itu kapal yg mana kowang nk ditrunkan. Pastikan kowang jgn
terlupa minta no telefon teksi tu. X pasal2 berumah la kowang atas
kapal tu. hahaha. Bagaimanapon x digalakkan utk memancing di atas2 kapal
ini kerana khuatir akan dianggap penceroboh dan dikenakan tindakan.
Ikan yang biasa ada disini ialah Mayong, duri, pari, gelama, senangin.
Umpan yg sesuai digunakan ialah perumpun dan udang hidup saiz kecil.
Memancing
di Port Klang memang seronok. Ape lagi kalau dah biasa dengan kawasan
ini dan tau lokasi sesuai untuk melabuh umpan. Tak kisah lah dekat mane
pun kowang memancing, baik di bawah jambatan, tepi sungai atau menaiki
bot, pasti ada saja yang mengena. Ikan gelama, duri dan semilang adalah
penghuni setia kawasan selat ini. Jika melabuh sauh, nama-nama ini pasti
akan kedengaran. Kurau, Tanda, Kerapu, Siakap dan Pari adalah trophy
berharga yang pasti menjadi sasaran. Spesis ini adalah biasa terdapat di
kawasan selat yang terlindung dari ombak besar dan haluan angin kencang
dari laut selat melaka. Bagi mereka yang kurang sesuai dengan keadaan
laut lepas yang bergelora (mabuk laut daa..) perairan ini sgt sesuai
untuk memancing. Kalau mabuk jugak, tak tau la nak cakap ape hehe..
Jadi, ape lagi.. Jom mancing! Kalo ade sape2 yang sudi nak bagi maklumat lokasi yang best, sudi2 la kongsi kat sini yer... Sekian.
Tips2 Dan penjelasan terbaiek nih bro..tq wa newbie DLM memancing nih ...pe lagi port2 yg lu jelaskan nie..tqvm for the info bro...wasallam
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
DeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Babi
DeleteJUAL TUYUL ANAK BUTA KELLING
ReplyDeleteJUAL TUYUL ANAK BUTA KELLING - HUBUNGI KAMI DI NO HP. – 082-369-439-555
atas nama KI ARIB WIDODO anda butuh pasugihan adopsi tuyul hub segera di no 082-369-439-555
assalamualaikum wr, wb.KI saya:PAK JOKO .dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada KI ARIB WIDODO atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan KI ARIB WIDODO saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu KI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan KI ARIB WIDODO sekali lagi makasih banyak
yah KI … yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI ARIB WIDODO di
nomor: (((_082-369-439-555_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1″Dikejar-kejar hutang
2″Selaluh kalah dalam bermain togel
3″Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4″Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5″Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus aza…KI ARIB WIDODO akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI ARIB WIDODO DI NO: (((_082-369-439-555_)))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Terima kasih berkongsi info tentang lokasi memancing di Port Klang. Semoga Allah terus murahkan rezeki anda.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi info tentang lokasi memancing di Port Klang. Semoga Allah terus murahkan rezeki anda.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih banyak..boss
ReplyDeleteSalam masta.boleh share x lokasi muara sg sementa.saya baru berpindah ke daerah klang ni.so tk tahu sngat port2 mancing kt suni.
ReplyDeleteSy mencari lubuk casting di pulau indah.. Sape2 ada lubuk tolong info yea..tq
ReplyDeleteSy mencari lubuk casting di pulau indah.. Sape2 ada lubuk tolong info yea..tq
ReplyDeleteAmbil jackpot jutaan rupiahmu disini hanya dengan 25ribu, Menang nya Gampang Banget
ReplyDeletedapatkan bonus 30% pertama deposit
Agen Poker Terbesar Terpercaya
Agen Poker Online Situs Resmi
Poker Online Uang Asli
Cara Dapat Uang Dengan Cepat
Bandar Ceme Gampang Menang
info lebih lanjut hubungi whatsapp +6283873755078
https://istanbulolala.biz/
ReplyDeleteO0OD5
tekirdağ evden eve nakliyat
ReplyDeletekocaeli evden eve nakliyat
yozgat evden eve nakliyat
osmaniye evden eve nakliyat
amasya evden eve nakliyat
MN218X