Saturday 5 April 2014

Aplikasi Teknik Driff




Teknik menghanyut umpan ataupun driff sesuai untuk menjerat ikan yang gemar bermain di permukaan seperti ikan layar, mersuji, tenggiri, alu-alu, todak, belitung,talang dan tidak untuk ikan yang bermain di dasar seperti jenahak, merah,kerapu dan lain-lain.Teknik ini juga kadang kala dapat menjerat ikan yang gemar bermain di pertengahan air seperti ikan Haruan Tasik.

Jika ingin menjerat ikan yang  memiliki gigi yang tajam seperti tenggiri,todak dan alu-alu, maka perambut dawai amat disyorkan dan untuk ikan seperti belitung, mersuji dan layaran, memadai jika menggunakan perambut florocarbon. 

Jika memancing di atas bot, hanya pemancing di belakang yang mempunyai kelebihan teknik menghanyut umpan berbanding pemancing di hadapan. Ruang belakang bot yang terhad juga membataskan untuk semua orang mengunakan teknik ini. Selalunya 3-4 orang pemancing sahaja yang dapat mengaplikasikan teknik ini.

Untuk mengaplikasikan teknik driff ini, penggunaan belon perlu jika arus lemah dan persekitaran berangin. Jarak umpan dengan belon kira-kira 7 depa (8 meter) jika berhajat memancing tenggiri atau pun merjusi
Jika arus deras, memadai kita terus hanyutkan umpan tanpa pemberat atau belon. Ladung kecil digunakan sekadar untuk menenggelamkan umpan pada kedalaman tertentu. Teknik menghanyut juga perlu menggunakan perambut panjang lebih 3-5 depa. Ladung kecil yang selalu digunakan oleh saya ialah bersaiz 4 atau 5. Ini supaya umpan yang dihanyutkan tidak tenggelam terlalu dalam dan tidak berada betul-betul dipermukaan.

 Penggunaan belon untuk teknik driff




Ilustrasi cara-cara menggunakan belon dalam teknik driff

Ilustri gambar menunjukkan cara-cara menggunakan perambut dawai (tanpa belon)

Umpan yang disyorkan untuk teknik ini sebaik-baiknya menggunakan ikan selar hidup. Ikan selar hidup didapati lebih lama bertahan untuk hidup berbanding ikan kembung. Penggunaan mata kail tunggal atau berkembar selalu digunakan. Pengalaman saya mengunakan teknik ini di OFB untuk menjerat ikan alu-alu, saya menggunakan ikan todak hidup dan memerlukan sehingga 6-7 mata kail. Umpan hidup juga hendaklah dicucuk dengan betul untuk memastikan umpan hidup boleh bertahan lama.Pengunaan ikan mati juga boleh digunakan. Konsepnya tetap sama dengan umpan ikan hidup. Ikan kembung,selar dan tongkol selalu menjadi pilihan pemancing ketika menggunakan umpan mati.

 Ikan Selar yang sering digunakan untuk aplikasi teknik driff


Cara-cara mencangkuk umpan mati


Cara-cara mencangkuk umpan hidup

Set memancing dan peralatan juga amat penting ketika menggunakan teknik driff ini, tidak kira mengginakan set memancing jenis spinning ataupun multiplier, tali utama hendaklah melebihi 200 meter. Ini kerana ketika kita mengaplikasikan teknik ini, kita akan menghanyut umpan sejauh 100-150 meter. Kemudian dengan mengambil kira perlawanan kita dengan ikan yang terjerat seperti ikan layaran atau mersuji, tali utama akan ditarik keluar lagi sehingga 100 meter. Tetapi amat berbeza dengan memancing ikan tengiri, ikan tersebut kebiasaanya tidak memberi perlawanan yang hebat.

Ketebalan perambut juga memainkan peranan penting ketika menggunakan teknik ini. Untuk memancing ikan mersuji dan layaran, perambut jenis florocarbon yang digunakan berketebalan 80-100lb. Berlainan pula dengan ikan tengiri dan alu-alu yang memiliki gigi yang tajam, tali dawai 10-30lb digunakan bersama-sama dengan tali mono jenis florocarbon berketebalan 10-40lb mengikut kesesuaian. Tali berketebalan 10-20lb lebih disarankan ketika memancing ikan tenggiri kerana ikan tenggiri bersifat sentitif kepada tali yang bersaiz kasar.

Kesimpulannya aplikasi teknik driff amat efektif dan sesuai digunakan untuk menjerat spesis ikan yang berada dipermukaan dan pertengahan air di perairan kita. Teknik ini akan lebih berkesan sekiranya kita mengaplikasikan teknik ini dengan mengkaji setiap kelemahan dan kekurangannya jika ada. Ini kerana setiap spot memancing yag berbeza, ikan yang hendak dipancing selalunya mempunyai kerenah yang berbeza-beza juga yang boleh kita  difahami dengan pengalaman yang diraih ketika menggunakan teknik ini
Sumber

 More Fishing News: www.gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment