Wednesday, 1 May 2013
Tali, pelampung jadi rakan bila memancing
PERNAH atau tidak pemancing memikirkan keselamatan diri atau rakan ketika berada dalam bot? Ini terutama ketika berlaku kecemasan seperti pemancing tercampak ke laut atau terjatuh dalam sungai mahu pun tasik. Perkara perlu difikirkan ialah alat bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terjatuh ketika keadaan laut berarus deras dan gelombang besar.
PERNAH atau tidak pemancing memikirkan keselamatan diri atau rakan ketika berada dalam bot? Ini terutama ketika berlaku kecemasan seperti pemancing tercampak ke laut atau terjatuh dalam sungai mahu pun tasik. Perkara perlu difikirkan ialah alat bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terjatuh ketika keadaan laut berarus deras dan gelombang besar.
Jaket keselamatan perlu dipakai sentiasa. Tali temali berserta dengan pelampung bulat seperti tayar kereta dicat putih (supaya mudah dilihat) perlu ada di bahagian belakang dan kiri kanan bot sebagai langkah berjaga-jaga. Semua peralatan ini perlu disediakan oleh tekong bot atau pemancing sendiri yang membuat persediaan dengan kerjasama semua rakan pancing.
Mungkin pemancing atau tekong jarang memikirkan pentingnya peralatan keselamatan ini. Mungkin kerana ia jarang-jarang digunakan atau kejadian kecemasan yang meragut nyawa pemancing tidak pernah berlaku. Tetapi kita harus memikirkan keselamatan yang lebih jauh ibarat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ atau beringat sebelum terkena.
Tekong Pak Wan Embung dari Terengganu, menceritakan kejadian pemancing terjatuh dari bot ketika memancing di perairan Pulau Redang. Mangsa berjaya diselamatkan oleh tali pelampung yang dicampak pada mangsa oleh seorang rakan pancing yang berada di belakang bot. Peristiwa ini bukan saja menyelamatkan satu nyawa daripada terkorban di laut tetapi memberi kesedaran bahawa sesuatu boleh berlaku dalam sekelip mata dan tindakan segera perlu dilakukan melalui peralatan keselamatan yang sudah disediakan dalam bot.
Justeru, atas rasa pentingnya ada peralatan tali dan pelampung dalam bot sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan maka Pak Nuri mengajak supaya semua pemancing dan tekong bot menjadikan peralatan ini sebagai perkara wajib ada atau satu petua yang mesti diamalkan pada setiap kali turun memancing.
Kita tidak mahu dua nyawa akan terkorban dalam satu masa apabila seorang rakan turut lemas ketika mahu menyelamatkan satu nyawa yang menjadi mangsa jatuh ke laut. Ingat, laut tidak dapat menjanjikan sesuatu yang baik pada bila-bila masa kecuali jika ada langkah terbaik dapat dilakukan.
Justeru tali dan pelampung perlu dijadikan rakan paling setia buat pemancing ketika berada di laut.
Source: Joran
Labels:
Fishing Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment