Kali ini jelajah saya ke negara Thailand
bertujuan untuk memancing ikan exotic yang berasal dari Sungai Amazon dan Sungai
Mekong. Dahulu kunjungan saya pasti di Bungsamran Fishing pond ketika datang ke
Thailand, tetapi kali ini saya mengunjungi salah satu kolam popular di bandar
Bangkok iaitu Kolam AmazonBKK.
Kolam ini menyediakan pelbagai jenis ikan
exotic terutamanya yang berasal dari sungai Amazon dan Mekong. Walupun begitu
ikan Arapaima merupakan target kumpulan kami. Bkkguy atau dikenali sebagai John
bertanggungjawap membawa kami ke sana selaku guide kami. Beliau yang
berpengalaman luas memancing di sekitar Thailand akan memberi tunjuk ajar kepada
kumpulan kami yang pertama kali bertandang di kolam ini.
Di sini, kami hanya dibenarkan memancing
menggunakan teknik casting dan fly fishing sahaja. Teknik dasar atau pelampung
dilarang sama sekali. Ketika kami tiba di kolam ini, kelihatan banyak ikan
bersaiz monster bermain-main di permukaan air. Memandangkan tuan punya kolam
memberi ikan talapia sebagai diet makanan di kolam ini, penggunaan gewang yang
menyerupai ikan talapia amat laku di sini. Kami memilih gewang berjenama giron
sebagai pertaruhan kami.
Gewang Giron
Amazon BKK
Amazon BKK
Menurut John, awal
pagi merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan arapaima. Ikan ini amat aktif
mencari makanan pada waktu ini. Apabila hari mula panas terik pada waktu
tengahari, ikan arapaima akan menjadi pasif.
Halim, orang
pertama yang membaling lure menjadi orang pertama mendaratkan arapaima
Lagi ikan
arapaima
Hari semakin
panas, jam menunjukkan sudah pukul 10.00 am (11.00am Malaysia Time). Ikan
Arapaima mula menunjukkan tanda-tanda menjauhi kumpulan kami. Banyak kali
kejadian putus dan lucut di kalahkan oleh kekuatan ikan Arapaima ketika
ini.
Saya yang tewas
dikalahkan oleh ikan arapaima.
Masih meneruskan
aktiviti casting tanpa putus asa.
Selepas kami
selesai lunch, ikan Arapaima tidak lagi kelihatan di permukaan air. Segala
teknik kami gunakan untuk memujuk ikan ini memakan lure kami tetapi tidak
berjaya. Walaupun begitu, ikan Aligator gar dan Amazon red tail Catfish menjadi
penganti membaham lure yang kami hulurkan.
Dan akhirnya saya
berjaya memperolehi lesen Alligator gar di Kolam AmazonBkk
Alligator Gar
Catch &
Release
Ikan-ikan lain yang
berjaya diperolehi semasa kunjungan kami ke Amazon Bkk
Chao
Phraya cat fish
Amazon
Tiger Catfish
Asian
Redtail Catfish
Hari semakin
petang, rakan-rakan lain sudah berjaya menaikan pelbagai jenis ikan di sini.
Saya cuma memperolehi seekor Alligator Gar sebagai lesen. Tetapi saya masih
tidak berputus asa untuk meneruskan casting di setiap pelusuk kolam ini. Usaha
saya membuahkan hasil apabila rod saya ditarik kuat oleh ikan.
Tekanan amat kuat
dirasai
Akhirnya ikan
Amazon Catfish seberat 8kg berjaya saya perolehi.
Ikan ini menjadi
penutup trips saya selepas seharian memancing di Kolam AmazonBkk. Insyaallah
saya akan kembali semula ke sini memandangkan saya masih tidak mempunyai lesen
ikan arapaima yang telah lama saya idamkan.
Bergambar bersama
owner kolam dan John yang menjadi guide kami
Gambar kenagan
bersama-sama sebelum kami pulang.
Full Article: Maxxpeacock
No comments:
Post a Comment