Thursday, 23 May 2013

Perkara yang Akan Membuatkan Kaki Pancing Bengang


 

  Photo Credit:  Google Images


KAKIPANCING4U hari ini ingin berkongsi dengan semua para kaki pancing yang berada di seluruh negara iaitu mengenai perkara-perkara yang akan membuatkan kaki pancing akan menjadi bengang atau berang.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan tersebut adalah:
  1. Dah lama duduk memancing di sesuatu tempat ikan seekor pun tak dapat tapi bila orang lain je pegang joran yang dia pegang tak sampai seminit dapat ikan.
  2. Datang memancing sama-sama tapi bila nak beli umpan member buat tak tahu aje.
  3. Sedang asyik menarik ikan, tiba-tiba pula kaki pancing kat sebelah memandai tunjuk pro dengan mengajar kita.
  4. Masa tak dapat ikan kita pindah tempat lain, tapi kaki pancing lain duduk kat tempat kita tadi dapat pulak ikan.
  5. Terlepas ikan yang dipancing tak ada orang yang tolong tanggukkan, yang ada tu sekadar menonton sahaja.
  6. Bila ikan makan umpan kita, kaki pancing dekat sebelah buat tak tahu sehingga berbelit tali kita dengan tali pemancing tu.
  7. Baru nak mula memancing, kaki pancing kat sebelah pula memandai ajar kita supaya baling pancing kat lubuk ikan kononya walhal ikan seekor pun tak dapat.
  8. Dah le susah nak dapat ikan, alih-alih member pulak bawa balik ikan kita dengan selamba.
  9. Bila ada kaki pancing yang tidak dikenali sibuk membelek ikan yang kita dapat yang sudah bergari dan tiba-tiba terlepas dan diorang buat tak tahu aje dengan alasan ikatan gari tak betul.


Itulah di antara perkara-perkara yang akan membuatkan seseorang kaki pancing itu menjadi bengang, bayangkan jika semua perkara yang tersebut di atas terjadi ke atas anda. Tentulah anda pun rasa bengang.....



Source:   Kakipancing4U


No comments:

Post a Comment