Monday, 6 May 2013

Kuala Penor pusat bertarung siakap

Oleh Zulkarnain Omar

ANTARA siakap yang berjaya ditewaskan.
ANTARA siakap yang berjaya ditewaskan.


























KUANTAN: Kuala Penor mempunyai lubuk yang menarik bagi kaki pancing yang menetap di sekitar bandar ini dan Pekan. Hanya mengambil masa kurang setengah jam saja untuk sampai ke lokasi, Kuala Penor bagaikan tempat pertandingan memancing bagi memburu spesies siakap liar lagi ganas setiap hujung minggu.
KUANTAN: Kuala Penor mempunyai lubuk yang menarik bagi kaki pancing yang menetap di sekitar bandar ini dan Pekan. Hanya mengambil masa kurang setengah jam saja untuk sampai ke lokasi, Kuala Penor bagaikan tempat pertandingan memancing bagi memburu spesies siakap liar lagi ganas setiap hujung minggu.

Muka kualanya yang mendatar dan lekuk menjadi tempat persembunyian sang Raja Muara untuk menyerang anak ikan kecil sebagai santapan. Sang pari pula sering memekap di dasar apabila air pasang mula memasuki muka kuala. Ini terbukti apabila ramai kaki pancing mendakwa berjaya memperoleh puluhan kilogram pari malahan ada di antaranya gagal dijinakkan.

Bagi seorang penduduk di situ, Muhamad Zainal, sudah terkenal dengan kecekapan menjerat spesis siakap mahupun pari. Beliau bijak membaca pergerakan dan perubahan air laut yang memasuki kuala kerana ketika itulah spesis tertentu mula agresif.


Pokok dan tunggul bakau yang tumbang menjadi tempat buruan utama Muhamad. Di situ sering didiami siakap putih dan merah. Kebiasaannya di situ tempat anak ikan bermain dan spesis ini menunggu untuk menyerang hendap mangsa.

Justeru, tidak hairan tempat sebegini menjadi pilihan utama Muhamad untuk melabuhkan joran. Setakat ini, rekod tangkapan peribadi beliau ialah seekor siakap putih seberat 15 kg yang dijinakkan menggunakan umpan udang hidup. Katanya, siakap di situ memang rakus menelan umpan dan perlu bijak melayan untuk mengelakkan pemancing kempunan mendaratkannya.

Beliau sering menggunakan perambut dawai sepanjang dua jengkal untuk mengelakkan ia putus akibat asakan siakap merah mahupun siakap putih.

Begitu juga tali utama yang berkekuatan melebihi 40 paun sering digunakan, katanya apabila diajukan soalan.

Pada hari itu, siakap seberat 3 kg berjaya dijinakkan selain kerapu dan gelama.




Source:  Joran

No comments:

Post a Comment