Layan Ikan Bulan dengan Ultralight/Micro Lure
SABAK BERNAM: Trip terjah yang direncanakan Noob Caster bagi mencari Ikan Bulan atau Tarpon di daerah ini cukup mengujakan penulis apabila ikan yang sering membuat aksi gymnastik selepas terkena mata kail itu tewas di tangan penulis dan rakan-rakan baru ini.
Dengan menggunakan set spining aksi ringan atau ultrlight, ikan bermata bulat besar dan bersisik perak ini mudah ditumpaskan walaupun kejadian rabut seperti gewang terpelanting atas darat semula selepas ikan ini melakukan aksi gymnastiknya.
Tambahan pula, tali air payau dan berwarna seakan hijau jernih adalah habitat asal yang cukup baik untuk ikan bulan bersantuari dan membiak dengan banyak di kawasan ini.
Walaupun stok ikan yang mendiami kawasan ini terlalu banyaknya, kaedah tangkap dan lepas perlu diamalkan dalam sesi ini.
Jom kita saksikan gambarnya;
Kawasan padang pancing yang bersih dan bebas daripada aktiviti memukat yang berleluasa. Air payau yang menjadi habitat utama ikan ini membesar dan membiak dengan banyak.
Tangkapan pertama penulis yang pertama kali memancing ikan bulan ini. Selepas tunjuk ajar dari saudara Aswadi mengenai tekniknya, ikan ini berjaya didaratkan walaupun kejadian rabut sebanyak tiga kali berlaku.
Teknik Fly Fishing atau pancing layang cukup mujarab menjerat ikan ini yang gemarkan umpan berbulu persis udang padang yang menjadi makanannya. Tangkapan paling banyak diperoleh dengan kaedah ini berbanding set spinning. Bagi penggila flyfishing, memang syok!!
Ikan belukur/ubi berkongsi sama dengan habitat bulan. Siakap, Bandang/Milkfish,udang galah/udang putih juga terdapat dalam habitat ini.
Apiz banyak mendaratkan ikan ini dengan menggunakan spin fly.Penulis memang gemarkan teknik ini.Umpan fly warna merah dan putih cukup berkesan di sini.
Tangkapan pelbagai saiz.Untuk dibuat lauk kerana ingin merasai isi ikan ini. Perhatikan sirip dorsalnya. Cukup cantik apabila melihat ikan ini timbul atau frenzy seperti ikan lumba-lumba bergerak dalam kumpulan.
Teknik Fly Fishing yang digunakan penulis.
Kesimpulan; Satu kelainan memancing ikan ini berbanding toman, Peacock Bass dan Siakap. Ini kerana daya pecutanya cukup kuat selepas terkena mata kail. Sekali terkena mata kail belum tentu anda berjaya mendaratkan ikan ini kerana mereka boleh melucutkan mata kail dengan aksi akrobatiknya.
Cukup seronok memancing ikan ini denga set aksi ringan dengan melihat daya pecutannya walaupun saiznya dalam 600 gram sekitar kawsan padang pancing ini.
Alatan sesuai memancing ikan ini.
Rod; 1-8lb- ke atas seperti Abu Hornet Stinger, Daiwa Crossfire, Fenwick GT 1 ps
Reel; Semua saiz 500 dengan spool cetek
Tali; 2-6lb
Lure; Yo- Zuri, Baby Cima, Abu Tormentor, semua berat 2 gram.
Kaedah;
Apabila melihat ikan ini timbul perhatikan ketulan buih angin yang dihasilkan selepas itu. Anda cepat-cepat buat balingan ke atas buih itu. Ini menunjukkan ke mana arahnya selepas dia pergi.
Lakukan balingan di kawasan bawah pokok atau reba habitat ikan ini bermain ketika waktu tengahari . Bulan menjadi pasif dan tidak 'frenzy' kerana cuaca panas yang mengehadkan aktivti mereka ini. Bulan tidak aktif pada waktu petang.
Selepas terkena mata kail, cepat-cepat karau tali supaya tegang.Jangan biarkan kendur kerana selepas aksi akrobatiknyua matakail akan mudah lucut.
AMALKAN KAEDAH TANGKAP DAN LEPAS DEMI KESINAMBUNGAN GENERASI PADA MASA DEPAN.
Source: Joranharian
No comments:
Post a Comment