Friday 15 August 2014

Memancing Di Pulau Angsa

Trip memancing ke pulau angsa.
 
Pulau angsa atau boleh juga dikenali sebagai rumah api terletak di dalam negeri selangor. Perjalanan kesana kalau dari KL mengambil masa tidak sampai 2 jam bergantung kepada kesesakan jalan. Biasanya jika travel malam ia tidak sibuk dan cepat sampai.

Dari KL saya mudah melalui lebuhraya persekutuan terus ke arah klang. Tiba di Klang ikut tanda arah menghala ke Kapar. Seterusnya jalan yersebut akan membawa anda ke kuala selangor. Jeram merupakan daerah sebelum kuala selangor. Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.15pm dan tiba di pangkalan jeram (Medan ikan bakar Jeram) jam 10.30pm. untuk menaiki boat ke pulau Angsa anda perlu memastikan waktu air pasang terlebih dahulu. biasanya orang boat akan membawa kita apabila air mula pasang.


Menaiki Boat ke Pulau angsa mengambil masa 30 minit dari pangkalan jeram (Pangkalan bersebelahan dengan medan ikan bakar jeram). Untuk ke Pulau Angsa anda boleh menaiki mana2 boat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Terdapat beberapa orang yang menawarkan perkhidmatan menghantar . Ada yang mengenakan bayaran mengikut bilangan orang dan ada yang mengenakan bayaran sebiji boat. anatara bayaran cas perkhidmatan boat antaranya RM250 sebiji boat pergi-balik maksimum 6 orang. dan ada penghantaran mengikut perkepala iaitu RM35 minimum 4 orang sebiji boat. 
Inilah adalah Boatman yang saya gunakan untuk ke pulau Jemur dan Pulau Angsa. Nama Boatman ini adalah Saroni, Orang tempatan biasa memanggil beliau dengan panggilan “WAK” ,dan beliau gagap bila bercakap, so cakap jgn laju2. Saya sudah 3 kali termasuk trip ini menggunakan perkhidmatan wak untuk pergi ke pulau Jemur (Pangkalan Penyelidikan Unisel) dan Pulau angsa. Pulau Angsa merupakan trip kali pertama. Cas boat yang dikenakan adalah RM250 pergi balik. Beliau juga menyediakan perkhidmatan menjual Udang hidup dan pumpun.

 
Pulau Angsa
Pulau Angsa terdapat Rumah Api yang masih berfungsi dengan baik. Di pulau tersebut terdapat chalet yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya setelah sebahagian dari chalet itu terbakar. jika di lihat dari segi struktur dan binaan yang masih tinggal chalet tersebut merupakan chalet yang best dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kami turut dimaklumkan bahawa chalet tersebut merupakan tempat singgahan Sultan Selangor. Dan penjaga pulau tersebut turut menunjukkan bekas bilik singgahan Sultan Selangor. Bayaran RM10 seorang dikenakan untuk memancing diatas tinggalan chalet tersebut. Bayaran dibuat kepada penjaga pulau tersebut. Saya pun tidak pasti sama ada penjaga tersebut bekerja dgn jabatan laut ataupun orang tempatan. Menurut beliau mereka hanya bertiga sahaja menjaga rumah api dan chalet tersebut dan pulang ke darat setiap 2 minggu.

Rumah Api

Chalet yang terbiar dan masih boleh digunakan



Chalet yang terbakar dan rosak

Sebahagian chalet yang ditinggalkan terdapat juga bilik yang masih boleh digunakan dan ia berkunci. tetapi bilik tersebut tiada kemudahan toilet yang sempurna seperti bekalan air yang bersih. Oleh itu setiap kali menggunakan tandas anda perlu menggunakan bekalan air hujan yang telah di takung. Chalet yang boleh digunakan tersebut boleh di sewa dengan bayaran RM30 ( Tak pasti pulak sama ada semalam adatau sepanjang berada di pulau). Bagi chalet yang telah rusak dan pecah, toilet memang tidak dapat digunakan terus hanya boleh jadi tempat berteduh sahaja jika berlaku hujan ribut. Bekalan air yang bersih digalakkan dibawa sendiri oleh anda. Tiada bekalan makanan di pulau ini oleh itu kita perlu membawa peralatan memasak dan bekalan makanan yang mencukupi sepanjang berada di pulau tersebut. Kemudahan Elektrik disediakan, oleh itu anda tidak perlu risau bila malam, kerana terdapat lampu, malah anda boleh menggunakan peralatan elektik sendiri seperti Rice Cooker, Cas handphone dan juga menggunakan laptop.

Lokasi Memancing
Untuk memancing anda boleh memilih mana2 lokasi yang terdapat di pulau dan chalet tersebut. Jika air surut anda boleh mengelingi disekitar pulau tersebut dengan berjalan diatas batu. Jika air pasang pulak tempat yang paling sesuai adalah sekitar lokasi chalet tersebut. Terdapat kawasan chalet yang hanya tinggal bentuk simen konkrit sahaja, tiada tempat berteduh juga boleh dijadikan lokasi untuk memancing, tetapi kena la berhati-hati ketika meniti  tiang2 konkrit tersebut.


Hasil tangkapan sepanjang 2 hari 1 malam di pulau angsa tidak memberangsangkan. Sedikit kecewa tambah lagi salah seorang kawan yang ikut adalah pemancing baru yang belum pernah memancing di laut. Aktiviti ikan hanya dirasai ketika malamnya sahaja ketika air tengah pasang penuh. Hanya ikan gelama banyak diperolehi. Pada siang esoknya langsung tiada aktiviti ang menarik. Jadi pada tengaharinya ramai pemancing ambil kesempatan untuk tido.

Pada sebelah petang ketika air pasang penuh pulau angsa mula dikunjungi oleh pemancing lain yang ingin bermalam sehingga hari ahad, Kumpulan ini datang dengan family yang besar habis semua chalet yang elok mereka tempah ( ada 3 je pun chalet yang elok tu).

Hasil temubual dengan pemancing2 lain, saya mendapati bahawa mereka adalah kerap datang dan menurut mereka aktiviti yang paling baik ketika air pasang penuh semasa bulan penuh. Kebanyakkan mereka menggunakan kaedah casting.

Perjalanan pulang sebelum air surut, kami bertolak pulang sekitar jam 4.30pm. Perhatian sekiranya anda menggunakan perkhidmatan boatman tersebut dikawasan jeram pastikan anda yang tidak pandai berenang membawa sendiri LIFEJAKET kerana mereka tidak menyediakan life jaket untuk kita. kali pertama saya menggunakan perkhidmatan beliau cuak jugak, masa kat atas boat tu bila di tanya dia tiada life jaket, tambahan hujan ribut pulak ketika itu.. fuuhhh gabra .. mada tu tong polestrin jadi harapan..

ok itu sahaja coretan kisah trip memancing di Pulau Angsa.. Sudi baca sudi-sudilah bagi komen dan pandangan.

3 comments:

  1. Terima kasih ya bang Info bagus ni

    ReplyDelete
  2. Al fatehah tekong wak saroni baru sahaja meninggal minggu lepas jan 2017..

    ReplyDelete