
Ikan
Cupak @ Caranx sexfasciatus, merupakan salah satu dari keluarga
(Caranx) atau keluarga kecil trevally yang terkenal dengan sifat memburu
secara berkumpulan semasa mencari makanan.
Klau dipasar atau bahasa pasarnya ada juga menggelar ikan ni sebagai ikan Nyok-Nyok, isinya yang padat dan harganya yang berpatutan seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan dan ia sedap dimasak gulai atau kari.
Dan bagi pandangan pemancing pula, sifat ikan ini yang ingin tahu dan membaham pa saja umpanan menjadikan ia spesis wajib diperolehi pabila kita memancing diperairan malaysia.(Tetapi taburannya semakin banyak sekiranya kita memancing melebihi 10 Batu nautika dari darat) Dari sebelah selat Melaka terutamanya di perairan Pulau Jarak dan sebelah Laut Cina Selatan yang taburannya banyak sisekitar pelantar-pelantar minyak disana.
Tandaan
berwarna merah ni menunjukkan taburan ikan cupak, dan dilihat ia hidup
subur di sekitar perairan malaysia, indonesia dan Australia. Ini
menunjukan bahawa ikan cupak ni dapat membiakan dengan baik dengan
keadaan dan iklim tertentu sahaja.
Lazimnnya
ikan ni bergerak secara berkumpulan, oleh itu sekiranya kita mula
memperolehi ikan ni, jaga-jaga berkemungkinan banyak lg kawanannya
disekitar kita memancing. Di lihat ikan ni juga kurang sensitif terhadap
pemancing tetapi sekiranya terlalu banyak terlepas atau terlucut semasa
memancingnya berkemungkinan bodongnya akan lari bersama.

Dicadangkan sekiranya pemancing berminat untuk memburu spesis ni, cukuplah sekadar set pancingan sederhana PE 1-3. Ini kerana pemancing dapat menghayati perlawanan dengan lebih baik sesuai dengan berat tangkapan rata-rata seberat 2-5 kilo dan kadang-kadang ada juga spesis melebihi 6 kilo keatas.
Perlawanannya mirip-mirip seperti GT, lebih-lebih lg dilayan menggunakan set pancingan sederhana, Lenturan joran dan drag yang berdesing sambil memuntahkan main line sememangnya memberi kepuasan. Junaman demi junaman dibuat sememangnya mendebarkan. Dan pada ketika itu pemancing hanya perlu mengawal keadaan agar ia tidak terlucut atau terlepas.
Kaedah bottom berumpankan selayang atau sotong juga dapat menarik minat spesis ni. Selain itu, bagi kaki jigger penggunaan jig luminus 100g kebawah sudah memadai untuk memburu spesis ni. Dan sekiranya ikan ni galak memburu ikan terbang dipermukaan, penggunaan popper juga berkesan untuk menjeratnya. Dan akhir sekali kita juga boleh mencuba Pancingan Bulu ( Diperbuat dari tali Rapia) juga berkesan untuk memburu spesis ni. Jimat, mudah dan cepat disediakan.
Klau dipasar atau bahasa pasarnya ada juga menggelar ikan ni sebagai ikan Nyok-Nyok, isinya yang padat dan harganya yang berpatutan seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan dan ia sedap dimasak gulai atau kari.
Dan bagi pandangan pemancing pula, sifat ikan ini yang ingin tahu dan membaham pa saja umpanan menjadikan ia spesis wajib diperolehi pabila kita memancing diperairan malaysia.(Tetapi taburannya semakin banyak sekiranya kita memancing melebihi 10 Batu nautika dari darat) Dari sebelah selat Melaka terutamanya di perairan Pulau Jarak dan sebelah Laut Cina Selatan yang taburannya banyak sisekitar pelantar-pelantar minyak disana.


Dicadangkan sekiranya pemancing berminat untuk memburu spesis ni, cukuplah sekadar set pancingan sederhana PE 1-3. Ini kerana pemancing dapat menghayati perlawanan dengan lebih baik sesuai dengan berat tangkapan rata-rata seberat 2-5 kilo dan kadang-kadang ada juga spesis melebihi 6 kilo keatas.
Perlawanannya mirip-mirip seperti GT, lebih-lebih lg dilayan menggunakan set pancingan sederhana, Lenturan joran dan drag yang berdesing sambil memuntahkan main line sememangnya memberi kepuasan. Junaman demi junaman dibuat sememangnya mendebarkan. Dan pada ketika itu pemancing hanya perlu mengawal keadaan agar ia tidak terlucut atau terlepas.
Kaedah bottom berumpankan selayang atau sotong juga dapat menarik minat spesis ni. Selain itu, bagi kaki jigger penggunaan jig luminus 100g kebawah sudah memadai untuk memburu spesis ni. Dan sekiranya ikan ni galak memburu ikan terbang dipermukaan, penggunaan popper juga berkesan untuk menjeratnya. Dan akhir sekali kita juga boleh mencuba Pancingan Bulu ( Diperbuat dari tali Rapia) juga berkesan untuk memburu spesis ni. Jimat, mudah dan cepat disediakan.
No comments:
Post a Comment