Trip memancing ke pulau angsa.
 
Pulau angsa atau boleh juga dikenali sebagai rumah api terletak di dalam
 negeri selangor. Perjalanan kesana kalau dari KL mengambil masa tidak 
sampai 2 jam bergantung kepada kesesakan jalan. Biasanya jika travel 
malam ia tidak sibuk dan cepat sampai.
Dari KL saya mudah melalui lebuhraya 
persekutuan terus ke arah klang. Tiba di Klang ikut tanda arah menghala 
ke Kapar. Seterusnya jalan yersebut akan membawa anda ke kuala selangor.
 Jeram merupakan daerah sebelum kuala selangor. Kami bertolak dari Kuala
 Lumpur jam 9.15pm dan tiba di pangkalan jeram (Medan ikan bakar Jeram) 
jam 10.30pm. untuk menaiki boat ke pulau Angsa anda perlu memastikan 
waktu air pasang terlebih dahulu. biasanya orang boat akan membawa kita 
apabila air mula pasang.
Menaiki Boat ke Pulau angsa mengambil 
masa 30 minit dari pangkalan jeram (Pangkalan bersebelahan dengan medan 
ikan bakar jeram). Untuk ke Pulau Angsa anda boleh menaiki mana2 boat 
yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Terdapat beberapa orang yang 
menawarkan perkhidmatan menghantar . Ada yang mengenakan bayaran 
mengikut bilangan orang dan ada yang mengenakan bayaran sebiji boat. 
anatara bayaran cas perkhidmatan boat antaranya RM250 sebiji boat 
pergi-balik maksimum 6 orang. dan ada penghantaran mengikut perkepala 
iaitu RM35 minimum 4 orang sebiji boat.  
Inilah adalah Boatman yang saya gunakan untuk ke pulau Jemur dan Pulau Angsa. Nama Boatman ini adalah Saroni, Orang tempatan biasa memanggil beliau dengan panggilan “WAK” ,dan beliau gagap bila bercakap, so cakap jgn laju2. Saya sudah 3 kali termasuk trip ini menggunakan perkhidmatan wak untuk pergi ke pulau Jemur (Pangkalan Penyelidikan Unisel) dan Pulau angsa. Pulau Angsa merupakan trip kali pertama. Cas boat yang dikenakan adalah RM250 pergi balik. Beliau juga menyediakan perkhidmatan menjual Udang hidup dan pumpun.
Inilah adalah Boatman yang saya gunakan untuk ke pulau Jemur dan Pulau Angsa. Nama Boatman ini adalah Saroni, Orang tempatan biasa memanggil beliau dengan panggilan “WAK” ,dan beliau gagap bila bercakap, so cakap jgn laju2. Saya sudah 3 kali termasuk trip ini menggunakan perkhidmatan wak untuk pergi ke pulau Jemur (Pangkalan Penyelidikan Unisel) dan Pulau angsa. Pulau Angsa merupakan trip kali pertama. Cas boat yang dikenakan adalah RM250 pergi balik. Beliau juga menyediakan perkhidmatan menjual Udang hidup dan pumpun.

Pulau Angsa
Pulau Angsa terdapat Rumah Api yang masih berfungsi dengan baik. Di pulau tersebut terdapat chalet yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya setelah sebahagian dari chalet itu terbakar. jika di lihat dari segi struktur dan binaan yang masih tinggal chalet tersebut merupakan chalet yang best dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kami turut dimaklumkan bahawa chalet tersebut merupakan tempat singgahan Sultan Selangor. Dan penjaga pulau tersebut turut menunjukkan bekas bilik singgahan Sultan Selangor. Bayaran RM10 seorang dikenakan untuk memancing diatas tinggalan chalet tersebut. Bayaran dibuat kepada penjaga pulau tersebut. Saya pun tidak pasti sama ada penjaga tersebut bekerja dgn jabatan laut ataupun orang tempatan. Menurut beliau mereka hanya bertiga sahaja menjaga rumah api dan chalet tersebut dan pulang ke darat setiap 2 minggu.
 
 
Rumah Api
 
 
Chalet yang terbiar dan masih boleh digunakan
Sebahagian chalet yang ditinggalkan 
terdapat juga bilik yang masih boleh digunakan dan ia berkunci. tetapi 
bilik tersebut tiada kemudahan toilet yang sempurna seperti bekalan air 
yang bersih. Oleh itu setiap kali menggunakan tandas anda perlu 
menggunakan bekalan air hujan yang telah di takung. Chalet yang boleh 
digunakan tersebut boleh di sewa dengan bayaran RM30 ( Tak pasti pulak 
sama ada semalam adatau sepanjang berada di pulau). Bagi chalet yang 
telah rusak dan pecah, toilet memang tidak dapat digunakan terus hanya 
boleh jadi tempat berteduh sahaja jika berlaku hujan ribut. Bekalan air 
yang bersih digalakkan dibawa sendiri oleh anda. Tiada bekalan makanan 
di pulau ini oleh itu kita perlu membawa peralatan memasak dan bekalan 
makanan yang mencukupi sepanjang berada di pulau tersebut. Kemudahan 
Elektrik disediakan, oleh itu anda tidak perlu risau bila malam, kerana 
terdapat lampu, malah anda boleh menggunakan peralatan elektik sendiri 
seperti Rice Cooker, Cas handphone dan juga menggunakan laptop.
Lokasi Memancing
Untuk memancing anda boleh memilih mana2 lokasi yang terdapat di pulau dan chalet tersebut. Jika air surut anda boleh mengelingi disekitar pulau tersebut dengan berjalan diatas batu. Jika air pasang pulak tempat yang paling sesuai adalah sekitar lokasi chalet tersebut. Terdapat kawasan chalet yang hanya tinggal bentuk simen konkrit sahaja, tiada tempat berteduh juga boleh dijadikan lokasi untuk memancing, tetapi kena la berhati-hati ketika meniti tiang2 konkrit tersebut.
Untuk memancing anda boleh memilih mana2 lokasi yang terdapat di pulau dan chalet tersebut. Jika air surut anda boleh mengelingi disekitar pulau tersebut dengan berjalan diatas batu. Jika air pasang pulak tempat yang paling sesuai adalah sekitar lokasi chalet tersebut. Terdapat kawasan chalet yang hanya tinggal bentuk simen konkrit sahaja, tiada tempat berteduh juga boleh dijadikan lokasi untuk memancing, tetapi kena la berhati-hati ketika meniti tiang2 konkrit tersebut.
 
  
 
  
 
 
Hasil tangkapan sepanjang 2 hari 1 malam 
di pulau angsa tidak memberangsangkan. Sedikit kecewa tambah lagi salah 
seorang kawan yang ikut adalah pemancing baru yang belum pernah 
memancing di laut. Aktiviti ikan hanya dirasai ketika malamnya sahaja 
ketika air tengah pasang penuh. Hanya ikan gelama banyak diperolehi. 
Pada siang esoknya langsung tiada aktiviti ang menarik. Jadi pada 
tengaharinya ramai pemancing ambil kesempatan untuk tido.
Pada sebelah petang ketika air pasang 
penuh pulau angsa mula dikunjungi oleh pemancing lain yang ingin 
bermalam sehingga hari ahad, Kumpulan ini datang dengan family yang 
besar habis semua chalet yang elok mereka tempah ( ada 3 je pun chalet 
yang elok tu).
Hasil temubual dengan pemancing2 lain, 
saya mendapati bahawa mereka adalah kerap datang dan menurut mereka 
aktiviti yang paling baik ketika air pasang penuh semasa bulan penuh. 
Kebanyakkan mereka menggunakan kaedah casting.
Perjalanan pulang sebelum air surut, kami
 bertolak pulang sekitar jam 4.30pm. Perhatian sekiranya anda 
menggunakan perkhidmatan boatman tersebut dikawasan jeram pastikan anda 
yang tidak pandai berenang membawa sendiri LIFEJAKET kerana mereka tidak
 menyediakan life jaket untuk kita. kali pertama saya menggunakan 
perkhidmatan beliau cuak jugak, masa kat atas boat tu bila di tanya dia 
tiada life jaket, tambahan hujan ribut pulak ketika itu.. fuuhhh gabra 
.. mada tu tong polestrin jadi harapan..
ok itu sahaja coretan kisah trip memancing di Pulau Angsa.. Sudi baca sudi-sudilah bagi komen dan pandangan.

 
 
 
 
 
Terima kasih ya bang Info bagus ni
ReplyDeleteAl fatehah tekong wak saroni baru sahaja meninggal minggu lepas jan 2017..
ReplyDeleteBang Ada boat punya contact?
ReplyDelete