Persediaan Pancing Laut
Dalam
Umpan -
Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau
dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti.
Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran
dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), ikan tongkol dan
sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.
Kekili -
Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi
teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah
minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang
kerosakan atau kehilangan (jatuh dalam laut).
.
Joran -
Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2
meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80
paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2
meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg.
Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang
yang sama atau 2 meter. Bagi popping, oran 2.5 meter sangat efektif untuk
lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk
memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi
mendapatkan umpan sotong hidup).
.
Saiz tali -
Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan
maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar
dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan
tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili
yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali
sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80
paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock
leader).
.
Batu ladung -
Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai
Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di
Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai
barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah
dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana
berada di kawasan yang sama – Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut
hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di
Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa
memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali
pancing sangkut atau putus.
.
Perambut -
Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan
minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan
perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air.
Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya
boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar,
tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki
tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga
dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).
Teknik -
Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam
tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula
daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting),
pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan
umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah
jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail
1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata
jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.
Waktu -
Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang
bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan
kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta
pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan
galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus
ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah.
Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu
lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap
kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu
berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.
Dipetik Dari: http://pancingngail.blogspot.sg/
No comments:
Post a Comment