Sunday, 30 December 2012

Perihal Ikan Sembilang


Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita iaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Bagi saya, anda boleh membuat perbandingan di antara sembilang dan gemang dari segi ciri-ciri yang saya sebutkan tadi untuk mendapatkan kepastian yang lebih. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbezaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama.

Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih 'power' dari abangnya walaupun berbadan kecil.

Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari. Saya sendiri pernah dua kali merasai denyutan bisanya yang membuatkan kawasan sengatan bengkak selama 4 hari. Sakit... malas nak cerita panjang dan anda jangan mencubanya, kes 'naya' adanya. Lebih-lebih lagi sengatnya tersembunyi di sebalik deretan sirip yang lembut seolah-olah ia tidak mempunyai duri yang keras lagi tajam.



la mempunyai 4 misai di bahagian atas bibir mulutnya yang keras manakala 4 lagi di bawah bibir mulut yang bergigi halus tapi tajam. Misai atau sesungutnya (maxillary barbel) di bahagian paling tepi harnpir mengenai sirip dan sengat di kiri dan kanannya yang kesemuanya 4 pasang. Sesungut digunakan sebagai alat pengesan (deria bau) untuk mengesan kehadiran mangsa dan makanan terutama pada waktu malam dan di air yang keruh.


Habitat Dan Sifat

Bagaimanapun ketika air surut, spesies ini gemar kepada kawasan bertunggul kayu atau yang mempunyai reba di dasar muara sungai, di kawasan jeti pemunggahan ikan dan dermaga asalkan mempunyai struktur pelindung. Masa ini, ia dikatakan kurang aktif (makan) atau lebih kepada berehat sementara menanti pergerakan air pasang. Bagi mereka yang biasa menyelam di persisiran pantai, kadang-kala anda boleh jumpa sederet ikan sembilang yang jumlahnya melebihi 30 ekor berselindung di belakang kayu.




Ikan sembilang bergerak secara berkumpulan yang besar dan sesetengahnya dilaporkan sehingga beratus ekor. la juga gemar mendiamkan diri pada air yang agak dalam walaupun sifatnya gemar mencari makanan di air cetek. Sembilang karang pula mudah diperolehi di kawasan batu karang atau kawasan pantai Semenanjung.

Umpan

Ikan ini kurang memilih umpan namun seperti spesies lain, ada di antara umpan yang meniadi kegemaran atau diet utamanya. Perumpun adalah yang terbaik selain udang, sotong, siput, anak ketam, kupang (siput sudu) serta anak ikan. Begitu juga penggunaan telur belangkas yang dikatakan paling mujarab untuk mengurnpan sembilang. Kebanyakan pemancing lama menggunakan telur belangkas yang dibakar dan ditaburkan di kawasan pilihan seperti gigi air atau anak muara sungai bagi mengundang sembilang datang sebelum mata pancing dilontarkan dengan umpan perumpun atau isi siput.

Telur belangkas menjadi wangi selepas dibakar dan sembilang dikatakan mampu menghidu kehadiran telur belangkas yang mempunyai protien serta khasiat yang diperlukan. Bukan saja sembilang malah ikan lain juga gemar kepada telur belangkas yang biasa bertelur di gigi air dan kawasan berpasir. Sembilang juga menyarnbar umpan hidup seperti anak belanak, selangat dan bebolos jika ia terjumpa.

Teknik

Cara terbaik memburu sembilang ialah di sekitar kawasan yang menjadi kegemaran spesies bermisai lapan ini seperti yang ditulis di atas. Jika memancing dari pantai, anda perlu mencari kawasan berkuala sedikit atau pantai yang mempunyai anak sungai atau alur air. Labuhkan umpan pilihan terutama perumpun atau isi siput sungai di kawasan sekitar di 'pintu masuk' kuala terutama masa pertukaran arus terjadi sama ada bergerak surut atau mengolak pasang. Sembilang yang lapar akan meninjau kawasan terbabit untuk memburu mangsa sarna ada ketika ia masuk ke dalam atau keluar dari anak sungai tersebut.
 
 

.

No comments:

Post a Comment