Oleh Zulhilmi Hat
KELONG Acheh menggamit kehadiran kaki pancing. |
"KITA memancing sambil bersantai, dapat ikan atau tidak, itu belakang kira," pesan Soffan Abdullah yang membawa 11 ahli keluarga termasuk keluarga sebelah mentuanya memancing di Kelong Acheh, Johor, baru-baru ini. Trip ringkas yang diaturkan olehnya untuk memancing di kelong terbabit disifatkan mampu mengeratkan tali silaturahim antara keluarga masing-masing yang jarang berjumpa kerana kesibukan kerja.
"KITA memancing sambil bersantai, dapat ikan atau tidak, itu belakang kira," pesan Soffan Abdullah yang membawa 11 ahli keluarga termasuk keluarga sebelah mentuanya memancing di Kelong Acheh, Johor, baru-baru ini.
Trip ringkas yang diaturkan olehnya untuk memancing di kelong terbabit disifatkan mampu mengeratkan tali silaturahim antara keluarga masing-masing yang jarang berjumpa kerana kesibukan kerja.
Bertolak kira-kira jam 11.30 pagi dari Kampung Tengah, Kluang, yang melalui Kahang dan bandar Mersing seterusnya ke Kampung Penyabong sejauh 130 kilometer (km) cukup menggembirakan hati masing-masing yang ingin menduga ikan gred A seperti yang diceritakan rakan-rakan yang berjaya menaikkannya sebelum ini.
Perjalanan kira-kira dua jam itu, akhirnya sampai di jeti Penyabong yang siap ditunggu pemandu bot yang tidak lekang senyum menantikan kunjungan keluarga ini tiba.
Perjalanan menaiki bot kira-kira 15 minit ke kelong terbabit pula dianggap singkat pada petang itu selepas keadaan cuaca panas dan dijangka memberikan laba yang banyak sekiranya dimurahkan rezeki sehingga tamat trip ini.
Peralatan memancing untuk ‘si suami’ disediakan selengkapnya dan di bawa naik ke kelong Acheh yang tersergam indah dan terletak berhampiran Cina Selatan, manakala ‘si isteri’ pergi merebahkan diri dalam bilik akibat keletihan.
Hujan tiba selepas panas menyebabkan Soffan, Sabarudin, Yakin Senen dan Suparman Siron bingkas menyediakan peralatan memancing untuk teknik ‘bottom drifting’ atau dasar hanyut yang sudah terkenal di kalangan pemancing di situ.
Teknik terbabit antaranya menggunakan umpan selar, tamban atau selayang, sotong hidup yang sudah disediakan pekerja di kelong itu.
Balingan pertama dibuat Soffan dan seterusnya diikuti oleh Sabarudin, Yakin Senen dan Suparman menggunakan umpan sotong, iaitu umpan yang mujarab di situ untuk menjerat Gerong Belang, Jenahak, Alu-Alu, Tenggiri dan Aruan Tasik yang terdapat banyak di situ.
Belum pun sempat duduk, joran Soffan melengkung ‘U’ seperti ditarik ikan raksasa di bawah kelong berkenaan. Perlawanan berlaku kira-kira 20 minit yang mana masing-masing tidak mengetahui jenis ikan yang makan umpan itu. Harapan mendapatkan gerepoh skala 15kg berkecai apabila tali 40 paun putus.
Pada sebelah malam beliau memburu jenahak yang dikatakan mudah diperolehi. Sabaruddin yang menyediakan umpan sama berjaya menaikkan gerut-gerut dan siakap, manakala Soffan dengan ikan tanda dan kerapu yang semuanya berskala dua kilogram.
Pancingan santai keluarga ini disambung keesokan harinya menggunakan teknik ‘Apollo’ yang turut berjaya menaikkan berpuluh-puluh ikan selar kuning. Hasilnya dua tong ikan selar kuning, tetanda, jenahak, siakap, parang dan alu-alu berjaya dibawa pulang untuk keluarga.
“Pakej dua hari satu malam dengan RM130 seorang yang dikenakan pengusaha tekong terbabit cukup berbaloi jika dibandingkan dengan hubungan kekeluargaan yang tidak ternilai ini,” kata Soffan.
FAKTA
Source: http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Berita/20091113121325/Article/index_html More Stories: http://gofishtalk.com/forum/topics/bersantai-sekeluarga-di-kelong-acheh-2
No comments:
Post a Comment