Monday, 8 September 2014

Ikan Kelah (mahseer)

Image
 
Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.
Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang ditemui pada hari ini. Ikan kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan haiwan omnivor yang tidak hanya makan alga, krustasia, serangga, katak dan ikan-ikan mangsa yang lain, tetapi juga buah dan bunga yang berguguran dari pohon-pohon yang tumbuh di tepi-tepi sungai. Selain dianggap sebagai ikan sukan ‘game fish’, ikan kelah juga merupakan sumber perikanan komersil di India.
Kenapa Ikan Kelah menjadi kegilaan Pemancing?
Ikan kelah bukan sahaja terkenal dengan keenakan rasa isinya yang bertekstur halus itu, malah daya juangnya juga adalah sangat  mencabar bagi pemancing untuk mendaratkannya . Justeru, kombinasi daya juang yang hebat serta isinya yang sedap maka ianya menjadi buruan peminat sukan memancing ikan air tawar.
Akibat aktiviti penangkapan yang melampau dan permintaan di pasaran yang tinggi kini ianya diancam kepupusan. Ia juga dikenali sebagai ‘King of the River’, kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah di dunia dan di Malaysia sahaja terdapat tiga spesies.
Kebanyakan ikan kelah yang ditemui di Malaysia ialah jenis kelah merah. Habitat semulajadinya adalah di hulu-hulu sungai yang keadaannya lebih 500 meter dari paras laut
Specis Ikan Kelah Di Malaysia
Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis
Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.
Image
Tor Tambroides” Ikan Kelah Merah
Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya adalah hijau tua keperangan
Image
“Tor Duoronensis” Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah
Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dikenali sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Manakala di Sabah pula ia dikenali sebagai Pelian.
Image
“Tor Douronensis” Ikan Kelah Biru
Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.
Image
Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand. Terdapat jalur belang hitam ditengah badan.
Ciri-ciri Ikan Kelah
Menurutnya lagi secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang deras. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan mudah dikenal pasti kerana memiliki bibir dan mulut yang besar.
 Ikan kelah mendiami di sungai-sungai yang bersih dan jernih serta terdapat arus dan berbatu
Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.
Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.
Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.
Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus
Kenapa Ikan Kelah mempunyai harga yang sangat tinggi di Malaysia?
Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam arena “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori “mahal“. Ringkasnya ikan kelah ini digilai kerana untuk tujuan ikan sukan, ikan hiasan dan juadah makan. Ikan kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.
Umpan untuk menjerat Ikan Kelah.
Umpan yang popular untuk menjerat ikan kelah ini ialah mmpan buah sawit. Buah sawit diperam terlebih dahulu selama 3 hari supaya lebih berbau dan berminyak. Umpan sawit selalunya di cangkuk sebiji-sebiji pada mata kail ataupun dipotong-potong kecil dan dicucuk disepanjang mata kail.
Buah sawit
Cara mencangkuk umpan sawit pada matakail
Selain itu, buah ara masak yang tumbuh liar di hutan juga menjadi umpan kegemaran ikan kelah.
Buah ara
Perbezaan ikan Kelah dan Tengas/Kejor
Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika sekali imbas, kelihatan ikan tengas dan kejor ini hampir serupa dengan kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang populasinya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, populasinya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah istilah panggilan bagi ikan tengas oleh kaum Cina (peminat dan penternak) kerana miripnya seperti kelah, dan juga digelar sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan kelah ini kerana terdapat  peniaga yang menipu pelanggan dengan menawarkan ikan tengas/kejor dengan harga senilai kelah kerana kedua ikan ini kelihatan hampir sama secara kasarnya.
Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis
Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
Di Malaysia, Ikan Kelah ini sudah mula menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana isinya sedap dan berharga mahal telah menjadikan permintaan terhadap ikan ini terlalu tinggi. Aktiviti memancing sahaja tidak meyumbang kepada faktor kepupusan, tetapi ianya disebabkan segolongan manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan cepat. Penggunaan jaring, renjatan elektrik, menuba dan mengebom ikan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kepupusan ikan tersebut. Contohnya di Taman Negara Pahang sendiri, terdapat sebilangan nelayan darat yang masih menggunakan teknik terlarang ini sebagai mata pencarian mereka. Kemudian anak-anak ikan kelah ini juga ditangkap dan dibekalkan kepada pengusaha atau penjual ikan-ikan hiasan di seluruh negara. Walaupun pihak Taman Negara telah memberi amaran keras bagi altiviti menjaring, renjatan elektrik, menuba dan mengebom ini, namun aktiviti mereka begitu licik sehingga boleh terlepas dari pengawasan pihak berwajib. Apabila ikan kelah ini semakin berkurangan lalu golongan pemancing pula yang dipersalahkan.
Faktor pencemaran alam dan sungai juga adalah penyumbang utama kepada kepupusan ikan kelah ini yang sememangnya hidup di dalam sungai-sungai yang jernih dan bersih. Walaupun terdapat sekelompok pemancing yang mengamalkan konsep Tangkap dan Lepas, namun usaha murni ini tidak membawa kepada perubahan yang besar selagi mana aktiviti perikanan tidak terkawal ini dapat dibendung sepenuhnya.
 

More Fishing Stories:  http://Gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment