Monday, 8 April 2013

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning

 

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata (Bertulang belakang)
Kelas:Actinopterygii
Order:Perciformes
Suborder:Percoidei
Superkeluarga:Percoidea
Keluarga:Carangidae
Genus:Seriola
Spesies:'S .dumerili'
Nama binomial
Seriola dumerili
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning atau nama saintifiknya Seriola dumerili, adalah sejenis spesies ikan laut dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam famili Carangidae genus Seriola.
Ia terdapat di lautan Mediterranean, lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan persisiran India, berada antara kedalaman 20 dan 70 m (dengan maksima 360 m). Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan genus terbesar dalam keluarga Carangidae, dengan panjang maksima sekitar 200 cm.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan ikan pelagik pantas berenang dengan tingkah-laku menyerupai 'Seriola lalandi dorsalis' (Yellowtail amberjack/kingfish). Ia merupakan ikan keperakan dengan garis kuning pada bahagian sisi, dengan belang perang melintasi bahagian mata.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan pemangsa berkuasa yang memburu ikan dan haiwan bertulang belakang lain.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning amat digemari oleh nelayan sukan kerana ia merupakan ikan yang berkuasa dan agak besar, malah sehingga 70 kg. Ia juga merupakan ikan yang sedap dimakan. Ia juga merupakan ikan buruan besar dan amat tangkas perbandingan paun dengan paun.


Ikan Aji-Aji Kuning



Source:  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

No comments:

Post a Comment