Thursday, 11 April 2013

Baung Anak Jate




Inilah hasil pancing semasa berkunjung ke jeti Tasik Pergau. Baung Tasik Pergau sedap dimasak kalau kena cara dan resepinya. Bukan selalu saya menaikkan baung kat Tasik Pergau. Kalau toman .......... keraplah jugak. Mungkin faktor cuaca dan air memainkan peranan.

Pada petang itu, saya berjaya menaikkan 2 ekor toman. Baung menjelang tiba selepas solat maghrib. Baung selalunya aktif pada waktu malam. Lebih-lebih lagi jika air sedikit keruh. Baung ini dinaikkan dengan umpan cacing setelah umpan anak ikan gagal menarik perhatian.

Kalau dah rezeki ....................... umpan apa pun jadi. Tapi yang munasabah laaaaaaaaaaa.
Sekarang dah hampir musim tengkujuh..........aktiviti pancing Tasik Pergau terpaksa dihentikan seketika. Mungkin tahun depan..........baru boleh sambung balik.


Haaaa............. inilah hidangan ikan baung masak tempoyak.
Best gak......... makan ikan yang dipancing sendiri. Inilah antara nikmat hobi memancing selain melayan sentapan ikan menyambar umpan.
 
 
 
Source:  Pancingngaiul

No comments:

Post a Comment