Banyak lokasi jadi pilihan pelancong dalam, luar negara untuk jamu selera
Oleh Siti Salmiah A Hamidsalmiah@hmetro.com.my
PELUANG mengunjungi Johor memang dinanti-nantikan walaupun beberapa kali mengunjungi negeri di selatan tanah air itu.
Johor memang unik. Keunikannya dapat dilihat daripada budaya, penduduk, alam semula jadi, sejarah, makanan sehinggalah tempat menarik untuk dikunjungi.
RESTORAN 6 CORNER
SEMARAK bauan ikan bakar pastinya membuka selera sesiapa yang mengunjungi Restoran 6 Corner di Kampung Senibong, Permas Jaya.
Kampung Senibong adalah lokasi makanan laut yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing. Berse belahan dengan laut, pastinya ia menyajikan pemandangan yang menarik dengan barisan bot berdekatan jeti.
Restoran 6 Corner menawarkan pelbagai hidupan laut segar yang ditangkap di Selat Melaka dan Selat Johor. Antara yang menarik ialah ketam masak lada hitam, udang majerin, sotong tepung, siakap tiga rasa dan kerang masak pedas.
Sambil menghirup udara laut yang segar, pengunjung pastinya berselera menikmati juadah disediakan.
Alamat: Restoran No 6, Jalan Persisiran, Kg Senibong, Permas Jaya, Masai.
BAZAR JB
SEOLAH-olah wujudnya karnival, begitulah riuhnya sua sana di Bazar JB di Jalan Segget. Selain barangan antik, aksesori, pakaian dan makanan, pengunjung boleh me nikmati shisha diiringi persembahan karaoke.
Diperkenalkan pada 2009, Program Bazar Johor Bahru (Bazar JB) menghidupkan kembali aktiviti perniagaan di kawasan itu.
‘Uptown’ baru ini adalah rangkuman beberapa aktiviti perniagaan seperti pasar malam, bazar orkid, bazar lambak, lutan van, ‘car boot sale’ serta pasar tani.
Aktiviti bermula dari jam 6 petang hingga 2 pagi.
Bazar ini turut menyediakan beca yang boleh dinaiki pelancong mengelilingi bazar dengan bayaran berpatutan.
Alamat: Bazar JB, Jalan Segget, Johor Bahru
DAMAI SEAFOOD VILLAGE
JOHOR memang kaya dengan makanan laut dan buktinya restoran makanan laut Damai di Kampung Danga.
Dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, restoran ini sentiasa mendapat sambutan pelanggan.
Juadah popular di sini ialah siakap goreng ala Sri Danga, ketam masak lada hitam, udang majerin, daging ala Mongholian dan tauhu Jepun goreng.
Lokasi dan dekorasi restoran ini turut mencuri tumpuan ramai. Tidak hairanlah restoran ini menjadi pilihan ramai bagi sebarang keraian.
Alamat: 50 Jalan Kassim Noor, Kg Danga, Persisiran Perling
BANGUNAN SULTAN ISMAIL
KOTA Iskandar di Nusajaya seperti juga Putrajaya dibina dengan pelbagai bangunan cantik. Selain itu, landskapnya begitu indah dengan binaan rumah ukiran lama seperti rumah limas dan rumah Bugis.
Kebanyakan bangunan di Kota Iskandar dibina ke arah kiblat di Makkah berbanding binaan konvensional ke arah utara dan selatan.
Lawatan ke Galeri Siar Jauhar di Bangunan Sultan Ismail membolehkan pengunjung tahu asal-usul Johor.
Bangunan ini hasil rekaan gabungan Johor-Melayu dan Moor-Andalusia menghimpunkan galeri, muzium, Parlimen dan kehijauan taman. Ia dinamakan bersempena Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur.
Namun, terdapat tiga bahagian menarik di Kota Iskandar ini iaitu Dataran Mahkota, Bangunan Datuk Jaafar Muhammad dan Kompleks Bahagian Negeri (mengandungi tiga bangunan utama) yang belum diterokai sepenuhnya lagi.
Alamat: Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar, Nusajaya
J
OHOR PREMIUM OUTLET
PUSAT beli-belah sering dikaitkan dengan wanita, namun jangan terkejut jika berkunjung ke Johor Premium Outlet (JPO) di Indahpura, Kulaijaya.
Dengan barisan 80 butik berjenama seperti Gap, Lacoste, Michael Kors, Nike, Oroton, Ralph Lauren dan Salvatore Ferragamo tidak hairanlah ia menjadi kegilaan membe li-belah sekeluarga.
Mula dibuka pada November 2011, JPO menjana ekonomi Johor malah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Bakal menjadi pusat beli-belah unggul pertama di Asia Tenggara, ia menawarkan lebih 90 barangan berjenama seluruh dunia, antaranya barangan kanak-kanak, sukan, fesyen, aksesori dan barangan kemas pada harga berpa tutan.
Lokasinya dikatakan strategik kerana berada di laluan utama Lebuhraya Utara Selatan dan Laluan Link Kedua serta kemudahan udara, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai.
Alamat: Johor Premium Outlets, Jalan Premium Outlets, Indahpura, Kulaijaya
LADANG HERBA NASUHA
APABILA disebut herba sudah tentu ia membabitkan pelbagai tumbuhan berkhasiat yang sukar didapati pada masa kini.
Dibina pada 1976, kedatangan peserta disambut dengan pengenalan kepada 108 produk yang jarang ditemui.
Diasaskan Nasuha Kasian, ladang seluas 800 hektar ini adalah ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia.
Ia mampu menghasilkan 10 tan metrik bahan mentah setiap hari.
Selain menanam dan mengilang tumbuhan herba, ladang Nasuha ini turut mempunyai kemudahan lain seperti kabin, dewan mesyuarat, jakuzi, spa herba dan terapeutik, restoran herba serta kem motivasi yang mempunyai pelbagai ke mudahan menarik.
Ia turut mengeluarkan pelbagai produk herba kesihatan dan masakan di bawah jenama CT Herbs Spices Nasuha dan Mak Siti.
Alamat: Km 19, Jalan Muar-Pagoh, Muar
Sumber
No comments:
Post a Comment