Ikan Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan agresif. Ikan kelah juga amat sensitif dengan persekitaran, oleh itu ia mudah lari atau pantas bergerak sekiranya ternampak bayangan. Oleh yang demikian seseorang pemancing kelah perlu menyesuaikan diri dengan teknik penyamaran sekiranya ingin mengail ikan kelah. Warna hijau atau ala tentera adalah yang terbaik dan jangan buat bising semasa mengail ikan kelah.
Umpan ikan kelah
Ikan kelah biasanya memakan makanan semulajadi seperti buah-buahan hutan seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu. Ikan kelah juga meminati ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah.
Kelapa sawit atau biji getah yang dibakar menjadi kegemaran ikan kelah kerana mempunyai aroma yang kuat didalam air.
Peralatan yang sesuai untuk mengail ikan kelah
Peralatan yang sesuai untuk mengail ikan kelah
Seeloknya gunakan joran yang sederhana berat, antara 7-9 kaki panjang manakala kelili dengan 200 meter tali 15-25 paun sudah memadai. Perlu diingatkan, tali mestilah yang tahan lasak kerana ikan kelah amat agresif dan boleh memutuskan tali jika tali tidak cukup kuat. Antara yang disarankan ialah Maxima chameleon, daiwa crytal clear dan samurai green. Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang paniang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai. lkatan trilene Ouga (dikenali ikatan mahseer) adalah cara ikatan yang terbaik. Basahkan ikatan dengan air liur sebelum mengetatkannya secara perlahan-lahan. Anda perlu memastikan struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali.
Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah. Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 - 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik Cili digunakan antara perambut dan tali utama.
Sumber
No comments:
Post a Comment