Jika di negara-negara maju, rakyatnya dikenakan bayaran yang tinggi semata-mata untuk menikmati keindahan hutan yang hanya 'sekangkang kera'.
Malah, ada sesetengah negara, hutan yang dimiliki bukanlah hutan semulajadi, sebaliknya ditanam semula bagi memastikan khazanah tersebut terus dapat dinikmati oleh rakyatnya. Tetapi perlu dibayar jika mahu menikmatinya.
Tidak percaya? Jika anda berpeluang melancong ke negara seperti Jepun mahupun Amerika Syarikat atau mana-mana negara moden, jangan terkejut dengan kadar bayaran yang tinggi dikenakan biarpun hanya untuk tujuan bersantai atau bersiar-siar dalam kawasan hutan.
Perkara tersebut merupakan amalan negara-negara maju bagi mendidik rakyatnya menghargai hutan kerana hutan yang mereka miliki semakin berkurangan akibat dihimpit pembangunan.
Di Malaysia, kita amat bertuah kerana dikurniakan hutan hujan tropika yang tidak ternilai harganya malah masih luas.
Namun, sejauh manakah kita sebagai rakyat negara ini menghargainya? Bagaimanakah cara terbaik untuk kita menunjukkan penghargaan terhadap hutan yang masih ada?
Sebab itu katanya, pelbagai strategi dan polisi diperkenalkan untuk memulihara khazanah yang tidak ternilai tersebut.
"Salah satu strateginya adalah menggunakan kaedah ekonomi bagi memastikan penggunaan sumber semulajadi secara mampan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian seminar Bayaran bagi Perkhidmatan Ekosistem (PES), Bagi Hutan Hujan Tropika yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Jelasnya, keadaan masa kini yang kian mencabar menjadikan program pemuliharaan hutan merupakan tanggungjawab yang amat berat bagi pihak kerajaan.
Ini kerana hasil hutan iaitu balak merupakan sumber yang memberikan pulangan ekonomi kepada negara selama ini.
Persoalannya, adakah setimpal bayaran yang dikenakan berbanding perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh sesebuah kawasan hutan kepada komuniti dan negara secara umumnya?
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20130527/rk_01/Harga-keindahan-alam#ixzz2bBdXIkqq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment