Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
Memancing kadang-kadang merupakan satu hobi atau minat bagi seseorang. Dan semestinya kebanyakkan orang lelaki yang memiliki hobi atau minat memancing nie. Kalau perempuan mungkin ada, tapi satu dalam seribu kot..Jarang kita lihat orang perempuan suka memancing. Ada jugak sesetengah orang membeli pelbagai peralatan memancing tanpa mengira harga peralatan tersebut semata-mata kerana hobi memancing nie.
Kalau tempat memancing pulak ada orang suka memancing kat sungai je. Tetapi ada pulak yang suka memancing di laut kerana lebih mencabar. Dan ada pulak yang memancing kat kedai je.Pendek kata, setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri mengenai tempat memancing yang digemari atau disukai.
Bagi sapa-sapa yang MEMANCING DI LAUT, korang kena buat persedian yang rapi dulu. Jangan main terjah je. Nanti kalau apa-apa jadi kat laut kan buat naya je…korang boleh ikut tips nie supaya korang tak nak susah di kemudian hari.
PERSIAPAN PERALATAN
Membuat persipan sebelum memancing adalah sangat penting. Korang mesti tahu nak gunakan alat apa. Kalau korang nak memancing ikan, mesti tahu kail apa yang bagus untuk digunakan. Selain tue, kalau korang memancing waktu malam korang kenalah sediakan lampu suluh. Nanti tak ada lah korang macam orang buta dalam bot sebab tak Nampak. Lagi parah kalau korang nak memancing tapi tak ada alat untuk memancing.. Apa crita tue???
BOT YANG DIGUNAKAN
Bagi sapa-sapa yang ada bot oklah. Tak payah cerita. Tapi, bagi sapa-sapa yang tak ada bot nie, korang mesti cari bot yang selalu digunakan untuk memancing. Lebih baik jika bot tue mempunyai Fish Finder dan GPS. Jangan disebabkan nak jimat budget korang sewa bot yang murah. Dan lebih parah lagi jika kapten kapal tak tahu ‘port’ untuk memancing. Kan ke buat rugi je korang sewa bot.
TARGET
Sebelum memancing jugak korang pastikan korang nak pancing ikan apa. Kalau nak pancing ikan tenggiri korang kena carik ‘port’ yang ada ikan tenggiri dan focus kepada pemancingan ikan tenggiri. Tapi, kalau korang ditakdirkan dapat ikan yang lebih baik atau ikan lain, kira rezeki korang lah tue..
LOKASI
Mencari lokasi yang strategic jugak merupakan salah satu persediaan yang perlu korang buat. Kalau korang tak tahu, korang try Tanya dengan orang yang berpengalaman kat tempat korang nak memancing tue. Jangan pulak bila semua korang dah sediakan, tapi tak tahu lokasi mana yang nak dituju..
CUACA
Mengetahui ramalan cuaca jugak tips penting untuk korang sebelum nak pergi memancing. Kalau korang tengah memancing kat laut, tiba-tiba hujan lebat, bukankah menjadi satu masalah pulak buat korang. Jadi sebelum memancing di laut, korang kena tengok ramalan cuaca. Kalau dikatakan laut bergolera dengan hebat, janganlah korang nak pergi memancing jugak. Batalkan je niat korang tue..
UBAT-UBATAN DAN MAKANAN
Nie lagi satu tips yang memang penting untuk korang sebelum pergi memancing di laut. Korang mesti ingat, kat laut tak sama dengan kat darat. Kalau tiba-tiba korang cedera kat laut, sekurang-kurangnya korang ada ubat sebelum korang sampai kat darat. Makanan jugak sangat penting. Di laut bukannya ada kedai yang menjual barang makan. Dan korang kena ingat, korang pergi laut bukannya sekejap. So, korang sediakanlah makanan yang mencukupi..
Tue lah beberapa tips yang boleh korang praktikkan sebelum memancing di laut.. Moga-moga dengan tips nie dapatlah membantu korang buat persediaan..:)
No comments:
Post a Comment