Tuesday, 12 March 2013

Supian Keranda tekong hebat

 

Oleh Amran Abdullah

PEKAN: Nama memainkan peranan penting kepada seseorang sama ada dalam bidang kerjaya. Namun nama atau gelaran aneh pada seseorang memberikan satu kelebihan seperti nama yang dikaitkan dengan kerja bagi memudahkan seseorang itu mudah diingati.
PEKAN: Nama memainkan peranan penting kepada seseorang sama ada dalam bidang kerjaya. Namun nama atau gelaran aneh pada seseorang memberikan satu kelebihan seperti nama yang dikaitkan dengan kerja bagi memudahkan seseorang itu mudah diingati.

Begitu juga dengan tekong Mahamed Supian Yahya (gambar), 34, dari sini yang lebih popular dengan gelaran Supian Keranda. Ini kerana selain menjadi tekong beliau juga adalah pembuat keranda untuk orang mati.

Jika kita berada di bandar ini, Pekan, sebut saja nama Supian Keranda sejumlah besar masyarakat di sini akan mengenali beliau sebagai pembuat dan penjual keranda manakala di kalangan pemancing mengenalinya sebagai tekong hebat.

Beliau bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya selain membawa pemancing ke perairan Kuala Pahang dan beliau sendiri gemar memancing.

“Saya sering memancing pada hujung minggu dan setelah penat bekerja membuat keranda sepanjang minggu,” katanya yang masih muda dan bersemangat.

Beliau sering dipanggil untuk membawa pemancing terutama pada musim terbuka (bulan April hingga Oktober) untuk menduga beberapa lubuk di periaran daerah berkenaan.

“Bergantung kepada permintaan memancing turut diberi perhatian,” kata Mahamed Supian.

Mahamed senang berkongsi pengalaman pada siri Royal Pahang Billfish International Challenge apabila menyumbang khidmatnya sebagai tekong bagi menjayakan program besar itu.

“Saya suka berkongsi pengalaman dengan pelbagai peringkat pemancing sama ada memancing baru atau lama,” katanya.

Sikap mesra dan peramah Mahamed memudahkan pemancing mengetahui banyak lubuk memancing di perairan Pekan itu. Beliau boleh dihubungi melalui 012-9558237.


Source: Joran
More Stories:  http://Gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment