Sunday, 31 March 2013

Shamsuddin mahir lubuk Tanjung Tuan

 

Oleh Osman Lisut





















APA yang dilarang di darat, jangan dilakukan di atas bot. Itulah antara pantang larang yang harus dipatuhi pemancing apabila menaiki bot Tekong Shamsudin atau nama sebenarnya Mohd Shamsuddin Abdullah, 41, dari Seremban, Negeri Sembilan.
APA yang dilarang di darat, jangan dilakukan di atas bot. Itulah antara pantang larang yang harus dipatuhi pemancing apabila menaiki bot Tekong Shamsudin atau nama sebenarnya Mohd Shamsuddin Abdullah (gambar), 41, dari Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau yang berjinak-jinak sebagai tekong sejak dua tahun lalu itu sering menasihatkan pemancing supaya tidak membawa kelakuan di darat ke dalam bot kerana dikhuatiri boleh mendatangkan musibah sekali gus membahayakan pemancing malah orang lain dalam bot.

“Ini berdasarkan pengalaman saya yang turut meminati aktiviti memancing sejak di alam remaja lagi. Malah, ilmu daripada tekong veteran yang saya pelajari turut diperturunkan kepada pemancing baru supaya mereka mengetahui bahawa hutan dan laut ada pantang larangnya.

“Ini termasuk melakukan maksiat atau membawa barangan yang dilarang agama. Malah, mencarut atau menghina kejadian Allah juga dilarang sama sekali diluahkan, begitu juga bercakap besar,” katanya ketika dihubungi Joran, baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang kontraktor amat arif mengenai lubuk ikan di sekitar perairan Port Dickson seperti di Tanjung Tuan, Tanjung Agas dan Lukut, serta lubuk sehingga 18 batu nautika berhampiran perairan sempadan perairan antarabangsa.

“Kalau tekong veteran menggunakan kepakaran dengan melihat keadaan alam semula jadi termasuk burung dan bintang di langit bagi mengesan lubuk ikan, berlainan pula saya menggunakan peralatan moden termasuk sistem penentu kedudukan global (GPS) dan alat penduga gema (echo sounder).

“Saya cuba memodenkan pengetahuan tekong dan nelayan di Port Dickson kerana penggunaan peralatan ini mampu memberikan hasil lumayan. Pada masa yang sama menjimatkan masa kerana tidak perlu bersusah payah mengesan lubuk di laut yang tiada penanda, melainkan penggunaan GPS,” katanya.

Beliau berkata, lubuk kapal karam di perairan berkenaan kaya dengan pelbagai spesies seperti gerepoh, kerapu, jenahak, talang dan pari. Tidak kurang juga spesies jahan, mayong dan kalau bernasib baik aruan tasik atau tenggiri mampu diperoleh pemancing.

Untuk menduga perairan Port Dickson anda boleh menghubungi Shamsuddin: 0133105900.



Source:  Joran
More Stories:  http://Gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment