Monday 13 April 2015

Umpan Memancing Ikan Pari


Walaupun tidak turun memancing, sekurang-kurangnya saya masih boleh kongsikan sedikit info tentang memancing. Perkongsian kali ini adalah tentang tips memancing ikan pari. Sebelum pergi memancing kena ada ilmu sedikit tentang waktu dan umpan yang sesuai.

Umpan Ikan Pari
Penggunaan umpan sesetengahnya mengikut tempat dan lokasi pancing. Boleh rujuk kepada penduduk setempat jika ingin kepastian. Umpan yang disebutkan ini adalah jenis umpan yang biasa dirembat sang pari. Oleh kerana pari ikan yang suka mendap di dasar, peralatan halus dan lembut bukanlah lawannya. Saiz minimum yang disyorkan ialah 20 paun atau PE2.
Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah:

  1. Udang hidup
  2. Sotong cumit 
  3. Sotong jarum hidup
  4. Sotong mati tapi yang belum kena ais
  5. Sotong kurita
  6. Sotong katak kecil
  7. Ikan jajang (seperti belacak sungai)
  8. Ikan belanak
  9. Selayang/ selar kuning di potong dua
  10. Anak ikan bebolos
  11. Anak ikan gelama
  12. Ikan kembung
  13. Perumpun
  14. Ikan tamban dan 
  15. Ikan beliak mata
Waktu Memancing Ikan Pari
Waktu sesuai ialah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air. Pari menelan umpan tidak kira masa, sama ada pagi, petang dan malam.
Teknik Memancing Ikan Pari
Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan ke atasnya akan mula melarikan diri. Tenaga yang di miliki pada permulaan ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah. Semasa memberi tali, pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia. Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar dalam jangka masa yang lama.


Jenis Ikan Pari
Jenis pari yang biasa makan umpan pemancing ialah pari benting, pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari pasir, pari nyonya, pari daun, pari kulim, pari tanjung, ketuka dan kadang kala pari lang.

Credit:Sumber

No comments:

Post a Comment