Penawar herba tradisional mudah diterima ramai adalah kerana ia 
amalan para anbiya dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ia  sebagai kaedah 
mencegah dan menyembuh, dan ia nya selesa dan selamat.
Ia membina semula keseimbangan untuk merawati penyakit, dan tidak 
memerlukan kajian mendalam untuk mengenali penyakit itu. Ciri-ciri ini 
lah meletakkan rawatan tradisional lebih unik dari segi penyembuhan 
penyakit, terutama penyakit yang degil yang tidak difahami (kalau 
mengenal punca penyakit adalah lebih baik).
Perubatan Tradisional adalah sains dan seni, berurusan dengan 
penyenggaraan kesihatan dan pencegahan, menitikberat  dan mengubati 
penyakit. Ia mempunyai sejarah yang panjang selama beribu tahun. Ia 
adalah warisan turuntemurun penduduk dunia.
Rawatan tradisional mempunyai teori tersendiri yang unik dan kaedah
 untuk mengenalpasti (diagnosis) dan merawat penyakit. Diajarkan, 
terdapat penimbang penting didalam tubuh badan. Jika penimbang penting 
ini diganggu gugat penyakit mula menular.  Apabila sakit, ini 
menunjukkan tanda tanda ketidak seimbangan di dalam badan. Membina 
penimbang lain dengan ramuan herba yang lain adalah satu cara untuk 
mengembalikan kesihatan badan (menyembuhkan penyakit).
Dalam sistem perubatan herba tradisional, penawar (ubat-ubatan) 
herba disediakan secara seragam berdasarkan kepada kegunaan tumbuhan itu
 dan ada kalanya cara penawar itu digunakan untuk merawat. Diantara 
kaedah-kaedah atau cara digunakan termasuk:
i) Celupan / campuran (infusions) (teh panas),
ii) Rebusan(decoctions) (teh rebus),
iii) Penyerapan (tinctures) (ekstrak alkohol dan air), dan
iv) Rendaman (macerations) (rendam biasa) yang akan diterangkan dengan terperinc.
vi) Serbuk, bijian, kapsul (POWDERS, PILLS, CAPSULES, TABLETS)
Dalam sistem perubatan Yunani dan Ayurveda penggunaan kaedah yang 
sama di samping itu mereka juga mengamalkan mandian berherba dengan air 
panas (di mana pesakit direndam di dalam atau dimandikan dengannya), 
penyedutan tumbuhan serbuk (seperti tembakau sedutan), penyedutan wap 
pelbagai tumbuhan aromatik yang direbus di dalam air panas, dan juga 
rawatan beraroma (bau-bauan wangian tertentu).
Pengamal Herba berhemah yang terlatih akan sentiasa meneliti dan 
mengkaji kaedah kaedah dalam penyediaan tumbuhan atau tanaman yang 
digunakan secara tradisional agar rawatannya berkesan.
KIMIA TUMBUHAN AKTIF BERSAMAAN PEMULIHAN AKTIF
Aktiviti biologikal atau aktiviti penyembuhan (therapeutic) 
tumbuhan penawar / ubatan amat berkait rapat dengan bahan kimia yang 
terkandung didalam tumbuhan itu. Bahan kimia ini boleh dikelompokkan 
kepada kumpulan-kumpulan utama seperti
i) minyak asas
ii) alkaloid
iii) asid
iv) steroid
v) tanin
vi) Pembuihan (saponin) dan sebagainya.
Setiap satu daripada kumpulan bahan kimia mempunyai kaedah 
tersendiri dalam proses pengekstrakan, untuk memperolehi kimia penawar 
daripada tumbuhan itu dan ke dalam herba yang disediakan. Sebagai 
contoh, sesetengah bahan aktif kimia yang terdapat di dalam tumbuhan 
tidak larut di dalam air, oleh itu dengan hanya merendamkan daun sebagai
 teh didalam air panas, ataupun merebuskan daun itu, tidak akan 
mengekstrak bahan penawar / kimia itu ke dalam air yang disediakan 
sebagai penawar melalui teh atau minuman ekstrak daun.
Secara umumnya, jika ia tidak larut di dalam air maka, ia juga 
tidak akan larut semasa proses pencernaan, jadi pengambilan tumbuhan itu
 dalam bentuk kapsul atau biji (tablet) juga tidak akan banyak membantu.
 Jika bahan aktif kimia itu tidak terdapat didalam penyediaan penawar 
(remedi) yang disediakan, maka ia mungkin tidak akan dapat memberi 
apa-apa faedah atau kesan yang berkait dari khasiat tumbuhan, tanaman 
dan buah buahan itu.
Walau bagaimanapun, mungkin bahan aktif kimia yang sama ini hanya 
mampu dilarutkan didalam alkohol / cuka. Kerana ini, penyediaan berhemah
 lengkap dengan ilmu pengetahuan amat penting, bagi mengetahui kumpulan 
mana penyediaan ini tergolong. (Penyediaan sebagai penawar diatas, 
adalah dalam bentuk TINCTURE (pengekstrakan air/alkohol).
Menariknya, ini juga merupakan sebab mengapa sesetengah 
tumbuhan disediakan dengan cara tertentu dalam merawat sesuatu keadaan 
tertentu, namun ia disediakan dengan cara yang berbeza untuk merawat 
keadaan yang sama sekali berbeza. Sebagai contoh; penyediaan ekstrak 
campuran (infusi) / teh dari tumbuhan yang menggandungi steroid 
anti-radang, tumbuhan untuk merawat sakit sendi (artritis) (pada waktu 
yang sama ia meninggalkan bahan bahan kimia yang tidak larut air didalam
 ramuan itu).
Apabila tumbuhan yang sama disediakan dalam alkohol sebagai 
tincture, steroid yang mudah rapuh akan reput (degraded) atau terbakar 
didalam alkohol tetapi dalam masa yang sama alkaloid antibakteria yang 
lain (yang hanya larut didalam alkohol) telah diekstrak keluar. Ini 
dapat menjelaskan mengapa teh dari tumbuhan digunakan untuk merawat 
artritis manakala  tinture dari tumbuhan yang sama secara tradisinya ia 
digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan bakteria lain.
Bomoh  atau dukun luar bandar bukan seorang ahli kimia yang 
terlatih dengan mesin berteknologi tinggi dan peralatan saintifik yang 
boleh mereka gunakan pada bila bila masa bagi mengasingkan dan mengkaji 
kimia tumbuhan.
Pengetahuan mereka telah dibina dalam tempoh masa berdekad-dekad, 
diturun temurunkan pengetahuan berdasarkan cubaan, pemerhatian (empirik)
 kegagalan, uji kaji keatas manusia, dan malah bergantung pada nasib dan
 tuah (serendipity), tentang cara yang terbaik untuk menyediakan 
tumbuhan ubatan sebagai penawar herba yang berkesan.
Kerap juga, para ahli kimia dan ahli sains tumbuhan sepakat 
mengesahkan apa yang dipanggil sebagai "mereka yang tidak berpendidikan"
 pengamal perubatan herba telah berjaya melalui perbezaan kimia yang 
rumit, tindak balas dan interaksi, dan jenis-jenis bahan kimia yang 
berbeza - "tanpa disengajakan" telah membangunkan cara yang paling 
berkesan untuk mengeluar dan menggunakan aktiviti biologikal.
Daripada ilmu yang dimiliki oleh para pengubat tradisionallah maka 
ahli-ahli sains memulakan pencarian bermula dengan yang memberi petunjuk
 khusus kepada jenis bahan kimia yang mungkin hadir dalam sesuatu 
tumbuhan berdasarkan kaedah penyediaan tradisional yang digunakan.Bottom
 of Form
Jika dikatakan tumbuhan disediakan dalam bentuk minuman teh untuk 
merawat satu penyakit dan disediakan sebagai penyerap (tincture) untuk 
merawat penyakit yang berbeza... disana ada sebab untuk itu!
MEMILIH PRODUK 
 
Kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang diketengahkan disini boleh didapati
 dipasar, kedai runcit, pembekal penawar herba dan pusat pusat 
pembenihan pokok herba; dalam bentuk mentah, kering, serta dalam produk 
pekilangan (disediakan dalam bentuk kapsul, biji, tinctures, ekstrak, 
pati dan lain-lain). Walau bagaimanapun, pengguna bijak, peka dan sedar 
sama ada pembekal dan pengeluar produk menghasilkan produk mereka secara
 tradisional atau tiruan, kerana ia amat beza dari segi kualiti dan 
kesan yang dihasilkan dari produk itu.
Satu contoh yang baik ialah tumbuhan hutan hujan Amazon Brazil, 
Muira puama (pokok mandul). Ia amat terkenal dalam pasaran runcit 
melebihi 5 tahun sebagai ubat perangsang seksual dan kekuatan lelaki 
berdasarkan pada sejarah yang panjang penggunaan di Amazon untuk fungsi 
seksual lelaki. Oleh itu, ia muncul sebagai ramuan utama bagi produck 
ransangan seksual dan sebagai formula kesihatan seksual lelaki yang 
dijual di kedai-kedai makanan kesihatan.
Walau bagaimanapun, pengguna yang sedar dan tahu bahawa kebanyakan 
bahan bahan kimia yang dapat memberi manafaat dari tumbuhan ini hanya 
bolih dilarut didalam alkohol atau cuka buah buahan sahaja, maka sudah 
pasti mereka tidak akan mengambil atau mengguna produk di atas rak yang 
disediakan dalam bentuk kapsul atau bijian. Mereka akan mengambil yang 
dalam bentuk cairan tincture sahaja.
Amat sukar untuk dikatakan jika pengeluar herba kurang arif, atau 
hanya mengambil kesempatan keatas pasaran herba yang popular apabila 
mereka mengabaikan kaedah kaedah penyediaan. Ramai hanya menggunakan 
satu jenis kaedah pengekstrakan tanpa mengambil kira jenis tumbuhan 
perubatan yang mereka miliki dan isi kandungan kimia yang unik terdapat 
pada tumbuhan itu.
Ini menyebabkan ada beberapa produk yang penggambilannya berkesan, 
manakala yang lain tidak, bergantung kepada yang mana bahan-bahan aktif 
kimia sebenarnya berjaya diekstrak. Malangnya, hasil titik peluh pembeli
 dan penggunalah yang menentukan yang mana berkesan. Menyedihkan lagi, 
nilai dan keberkesanan herba tumbuhan lah yang seringkali dinilaikan, 
sebab pengeluar produk yang tidak berhemah. Terdapat ramai lelaki di 
luar sana yang mendakwa muira puama tidak dapat memberi kepuasan (atau 
nilai untuk wang mereka) kerana mereka yang memilih produk yang salah 
(kapsul), sedangkan pada hakikatnya, muira puama adalah salah satu 
daripada produk alam semulajadi yang terbaik untuk fungsi seksual lelaki
 jika ia disediakan dengan cara yang betul, sebagai tincuture alkohol.
Maka, seperti  dengan kebanyakan industri, pepatah lama mengingatkan "biarkan pembeli berjaga-jaga"
 begitu juga dengan industri produk herba. Sebelum membeli produk 
keluaran herba , lakukan beberapa penyelidikan dan berilah perhatian 
teliti terhadap kaedah tradisional. Walaupun kapsul dan bijian (tablet) 
mudah diambil, kadang-kadang ia tidak lebih berkesan daripada  merebus  
atau mengekstrak (decoction or tincture).
Ada juga pengecualian dan penyesuaian. Sebagai peraturan am ibu 
jari, kebanyakan tumbuh-tumbuhan  yang disediakan secara tradisional 
sebagai celupan / campuran (infusions) dan rendaman (macerations) sejuk 
akan mempunyai bahan aktif kimia yang mudah larut didalam air. Ini 
bermakna tumbuhan itu boleh diambil dalam bentuk bijian (tablet) atau 
kapsul kerana bahan-bahan kimia akan pecah dan larut  didalam saluran 
pencernaan.
Terdapat beberapa pengecualian-secara amnya untuk tumbuh-tumbuhan 
beraromatik yang memerlukan haba untuk membebaskan minyak aromatik 
utamanya yang dihidu sambil menghirup teh penawar agar lebih mudah 
penyerapannya kedalam mulut dan tekak.
PENYEDIAAN PEMULIHAN ANDA SENDIRI
Walaupun bermasalah dan memakan masa menyediakan rawatan pemulihan 
(remedi) semulajadi anda sendiri, biasanya ia lebih menjimatkan daripada
 membeli barangan yang telah dihasilkan. Ia juga boleh menjadi lebih 
berkesan apabila disediakan dengan cara yang betul dan mengikut kaedah 
penyediaan tradisional.
Langkah pertama ialah mencari  sumber bahan mentah tumbuhan yang 
baik. Cari pembekal yang bereputasi baik. Sila tanyakan soalan mengenai 
amalan menuai. Banyak pembekal mendapat bahan bahannya dari cara 
pempajakan dan ada yang mendapatnya dari mencari pembekal kecil kecilan 
menyebabkan bekalan yang tidak berterusan. Melakukan penyelidikan yang 
diperlukan untuk mencari pembekal yang baik, bertanya soalan, dan 
pastikan anda mendapat spesies tumbuhan yang betul, segar, dan dituai 
berjadual.
Jika anda tidak merancang untuk menggunakan bahan bahan dalam masa 
terdekat, adalah baik untuk memastikan bahan bahan itu tidak terdedah, 
biarkan sahaja didalam bungkusan asalnya, dan jauhkan dari cahaya 
matahari secara langsung (simpankan di dalam almari tertutup).
Kebanyakan tumbuh tumbuhan akan menyerap kelembapan dari 
sekelilingnya dan dari udara, jika bungkusan telah dibuka, bungkuskan 
semula agar kedap udara, atau simpankan bahan bahan itu di dalam balang 
kaca dengan penutup yang ketat (elakkan dari mengguna bekas logam), 
simpankan bahan bahan itu pada suhu bilik purata (70-80 darjah). Secara 
umumnya, "jangka hayat" untuk kesegaran yang optimum adalah setahun 
untuk daun-daun kering, dan dua tahun untuk kulit kering dan akar jika 
disimpan dengan betul.  Jika anda tinggal di kawasan panas, kelembapan 
tinggi, mungkin mustahil untuk mengekalkan kelembapan, balang kaca yang 
kerap dibuka dan ditutup, memudahkan tumbuh-tumbuhan berkulat. Jika ini 
berlaku, buang dan beli yang segar. Simpan dalam beg beg kertas agar ia 
boleh "bernafas" (walaupun ini akan mengurangkan jangka hayat tumbuhan 
itu).
Tidaklah perlu mencari daun teh kepingan yang sudah dipetik  untuk 
menyediakan  teh, daun teh yang sudah dikisar halus juga boleh digunakan
 sebagi teh, tinctures dan rebusan (decoctions ). Daun yang sudah 
dikisar halus, biasanya boleh dibuat pemulihan yang lebih kuat kerana 
kawasan permukaan yang lebih luas tersedia untuk diekstrak didalam 
cecair. Masa tambahan untuk menapis biasanya diperlukan apabila bekerja 
dengan serbuk tumbuhan, para pengamal herba lebih suka menggunakan  
serbuk daripada daun daun kepingan yang besar kerana yang halus 
menghasilkan ekstrak yang lebih banyak.
Disyorkan mengguna air suling atau air Osmosis Songsang (RO) bila 
mengekstrak keluar tumbuh-tumbuhan perubatan. Air paip biasa mengandungi
 klorin dan lain-lain bahan kimia yang mungkin mempunyai interaksi atau 
tindak balas rantai dengan satu atau lebih banyak bahan kimia yang 
terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
Kaedah penyediaan utama yang digunakan dalam panduan rujukan seksyen tumbuhan utama adalah seperti berikut.
CELUPAN / CAMPURAN (Infusions)
Campuran biasanya digunakan untuk herba, daun halus dan 
tumbuh-tumbuhan lembut segar. Menyediakan celupan sama seperti 
menyediakan secawan teh. Airpanas dicurahkan keatas tumbuhan herba (atau
 gabungan bahan herba), ia ditutup dan dibiarkan berendam selama 10-15 
minit atau lebih. Ia boleh disediakan dalam cawan minum (dengan hanya 
mencurah air panas ke atas herba ini atau dengan menmasukkan bahan bahan
 herba ke dalam periuk yang air telah dipanaskan. Jika celupan ingin 
disediakan dalam periuk, adalah lebeh baik menggunakan periuk seramik 
berpenutup (elak dari mengguna periuk logam). Kacau beberapa kali bahan 
bahan didalam periuk agar benar benar terendam (terutamanya dengan herba
 potong) adalah amat membantu. Nisbah herba dengan air bergantung kepada
 bahan, sama ada herba potongan atau herba serbuk digunakan. Secara 
umumnya menggunakan 1 sudu teh serbuk herba atau 2 sudu teh herba 
potongan besar menggunakan 6-8 auns (oz) air adalah mencukupi. Jika 
menggunakan herba halus, kacau sekali dan biarkan serbuk tenggelam ke 
dasar cawan, kemudian minum celupan (infusi) itu di bahagian atas 
(meninggalkan mendakan di bahagian bawah cawan). Jika menggunakan herba 
potong, minum begitu sahaja kemudian tapiskan hampas nya. Menyedia 
celupan/campuran hanya bila perlu dan dihabiskan pada hari yang sama ia 
disediakan. Ia boleh diambil secara panas, suam, atau sejuk.
Sukatan adalah secawan (6-8 auns (oz)), diambil dua atau tiga kali 
sehari. Pengambilan seharian bolih disediakan sekali pada waktu pagi 
(2-3 cawan pada satu-satu masa), dan bakinya disimpan didalam peti sejuk
 sehingga sedia untuk digunakan. Pengecualian adalah pada 
tumbuh-tumbuhan yang lebih beraroma dengan minyak penting yang aktif. 
Adalah sebaik baiknya disediakan dalam satu sukatan (dos) tunggal 
seperti yang diperlukan dan diambil dengan serta-merta (masih panas / 
suam).
REBUSAN(decoctions)
Rebusan (Decoctions), biasanya kaedah pilihan apabila bekerja 
dengan tumbuh-tumbuhan yang lebih sukar dan berserabut, kulit dan akar 
(dan yang mempunyai bahan kimia larut air). Selain daripada merendam 
didalam air panas, bahan tumbuhan itu direbus dalam tempoh waktu yang 
lebih lama untuk melembutkan bahan berkayu yang sukar sambil melepaskan 
komponen-komponen aktif.
Antara kesukaran dalam penyediaan rebusan (decoctions) di 
kebanyakkan tempat hari ini adalah keperluan ruang untuk menyimpan 
tumbuhan herba. Di samping itu, terdapat cara penyediaan rebusan yang 
amat berkesan yang telah diabaikan, seperti menyesuaikan masa memasak 
bahan-bahan yang berbeza.
Masa memasak yang berbeza-beza yang disyorkan mewakili diantara dua sebab utama:
a) Masa yang diambil untuk pengeluaran unsur unsur aktif dari dalam herba mentah dan
b) Jangka masa mula kehilangan unsur unsur aktif disebabkan haba, pengoksidaan, penguraian, dan penyejatan keatas bahan herba.
 Apabila sayur-sayuran segar direbus  atau dikukus, selepas 
beberapa minit warna sayur mula menjadi lebih cerah, dan beberapa ketika
 kemudian, ia mula pudar dan kehilangan kedua-dua rasa dan nilai-nilai 
nutrisinya. Dengan cara yang sama, rebusan herba boleh terlalu masak, 
dengan ini menyebabkan ia memusnahkan nilai perubatan yang terdapat 
didalamnya.
Mineral, dan bahan-bahan yang mempunyai mineral sebagai komponen 
utama, memerlukan masa memasak yang agak lama. Ia mempunyai kelarutan 
yang rendah dan dengan itu mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan 
nya, tetapi ia tidak akan rosak disebabkan  masa memasak yang terlalu 
lama.
Dalam usaha mengekstrak mineral, ia terlebih dahulu perlu dijadikan
 dalam bentuk serbuk, kerana air didihan tidak mampu menembusi dalaman 
bahan berstruktur. Secara tradisinya, bahan  bahan  bermineral 
dimasakkan terlebih dahulu sebelum bahan-bahan lain dimasukkan selama 
sejam.   
Untuk menyediakan rebusan, guna periuk seramik dengan penutup 
pemasangan mudah yang selamat. Timbang jumlah herba yang diperlukan 
(biasanya nisbah yang sama 1 sudu teh serbuk herba atau 2 sudu teh herba
 dipotong bagi 8 auns (oz) air) ke dalam periuk dan masukkan air 
bergantung kepada jumlah cawan rebusan yang diperlukan. Nyalakan api 
yang sederhana besar biar mendidih. Letakkan penutup di atas periuk dan 
kecilkan api menjadi sederhana atau sederhana rendah supaya mendapat 
campuran renehan yang baik. Tutup renehan tu selama 20 minit, Jika anda 
dapat melihat wap renehan atau menghidu bau aroma herba ini, ini 
menunjukkan penutup periuk anda tidak cukup ketat dan minyak pati 
bernilai terlepas keluar. Selepas 20 minit, matikan api, keluarkan dari 
tungku dan biarkan sejuk sedikit. Jika menggunakan herba potong, tapis 
campuran dengan penapis teh ke dalam cawan sambil menekan -nekan bahan 
campuran herba untuk mendapat seberapa banyak cecair dari tumbuhan herba
 itu. Jika menggunakan herba serbuk, biarkan  serbuk itu mendak kedasar 
periuk terlebih dahulu kemudian tuangkan air rebusan ke dalam cawan 
(mana-mana mendapan yang terlepas biarkan ia tenggelam kedasar cawan). 
Sukatan biasa rebusan kebiasaannya  satu setengah (1½) hingga satu (1) 
cawan, diminum dua atau tiga kali sehari. Untuk rebusan sekali guna 
boleh disediakan pada waktu pagi (2-3 cawan pada satu-satu masa), dan 
bakinya disimpan didalam peti sejuk untuk kegunaan semula.
Rebusan pekatl (Strong Decoctions)
Bergantung kepada jenis bahan tumbuhan yang digunakan, rebusan 
pekat / kukuh disediakan dalam dua cara.  Yang pertama biarkan renehan 
itu mendidih lama, ini biasanya dilakukan jika bahan kayu, kulit atau 
akar itu besar. Maka masa renehaan adalah sehingga 2 jam atau lebih, 
untuk memecah,  melembut dan mengekstrak sebanyak mungkin khasiat dari 
tumbuhan herba itu.
Pilihan lain,  jika bahan campuran herba dari kayu, akar, kulit 
yang kecil tapi memerlukan ekstrak penawar yang banyak darinya, maka 
lakukan seperti diatas (mereneh sehingga 20 minit), kemudian biarkan ia 
terendam selama semalaman sebelum menapis hampasnya.  Apabila menapis 
pastikan ia ditekan dan diperah untuk mendapat air dan khasiat yang 
terkandung darinya.
REBUSAN CARA LAIN
Herba tumbuhan juga boleh direbus dengan susu. Nisbahnya adalah 
satu sebahagian herba, lapan bahagian susu dan 32 bahagian air (1:8:32).
 Campuran ini direbus di atas api yang rendah hingga semua air sejat. 
Susu menambah nilai tonik dan berkhasiat herba. Gabungan diantara Susu 
dan herba adalah serasi. Ia meyejukkan, menghentikan pendarahan dan 
mengurangkan keradangan. Apabila diguna dengan buah pala, ia 
menggalakkan tidur.
PENYERAPAN (Tinctures)
 Istilah "alkohol" berasal dari bahasa Arab, bermaksud "semangat 
terlalu halus" ("finely divided spirit") dan ini dijadikan  rujukan 
bahawa semua benda  mempunyai semangat (roh). semangat pada wain amat 
terlalu halus sehingga ia tidak kelihatan kerana ia dibebaskan dari 
cecair melalui haba, ia muncul kembali apabila peluwapan . Wain 
digolongkan sebagai bahan pemanas yang dijadikan pengalir haba keseluruh
 badan dan mengeluar sejuk.
Menggunakan alkohol sebagai penyerapan adalah  pengekstrakan dari 
tumbuhan dan tanaman yang memiliki bahan aktif kimia yang tidak dapat 
larut didalam air kedalam alkohol / cuka, dan / atau apabila suatu 
keperluan dalam jumlah yang lebih besar disediakan untuk kemudahan atau 
untuk disimpanan pada satu jangka masa panjang.  Penyediaan penyerapan 
yang sempurna dapat meyimpan kepada suatu waktu yang amat lama tanpa 
merosakkan sifat, nilai dan kemampuan penawar dari tumbuhan herba. 
 Peratusan kandungan alkohol biasanya membantu menentukan jangka hayat: 
lebih banyak alkohol digunakan, lagi panjang jangka hayat penyerapan 
(tincture). Kadang kadang peratusan alkohol dan air adalah unik kepada 
herba yang digunakan sebagai ramuan aktif, ada yang lebih mudah larut 
didalam alkohol dan ada yang lebih mudah larut didalam air. Jenis 
alkohol boleh berbeza-beza. . . dari alkohol jenis vodka, rum, atau dari
 90 ke 180 proof grain. Jika dikatakan 80 proof ia bermakna 40% adalah 
alcohol dan selebihnya adalah air.
Untuk menyediakan Tincture berjangka hayat sekurang-kurangnya satu 
tahun, ia memerlukan sekurang- kurangnya alkohol 40% (ekstrak herba 
dalam botol 80 proof tanpa menambah air). Gunakan botol kaca yang bersih
 atau balang dengan penutup jenis putar (screw) atau gabus, botol 
berwarna gelap dan jauhkan dari pancaran tepat cahaya matahari.
Bila menggunakan tumbuh-tumbuhan kering, gunakan dua auns (2 ounce)
 bahan tumbuhan (potong atau serbuk) bagi setiap 8 auns (1 cawan) 
cecair. Ada juga tumbuhan herba dipotong secara potongan besar, maka 
bila mahu mengguna, gunakan cara timbang berat bukan dengan jumlah 
banyak bahan.  “Ukuran seragam 4:1” tincture bermaksud satu (1) bahagian
 herba kepada empat (4) bahagian cecair (1 auns herba kepada 4 auns 
cecair). Untuk menyediakan kurang lebih 1 cawan tincture (bahan kering 
akan menyerap cecair) masukkan 2 auns herba (dipotong atau serbuk) ke 
dalam balang kaca yang bersih. Tuangkan ½ cawan (4 auns) air suling dan ½
 cawan (4 auns)  dari 180 proof alkohol ke dalam bekas (atau hanya 
menggunakan 1 cawan terus dari 80 proof vodka tanpa air).
Meterai balang dan simpan pada suhu bilik jauh dari pancaran tepat 
cahaya matahari. Goncangkan botol / balang sekurang-kurangnya sekali 
sehari pada masa yang sama membenarkan bahan - bahan itu terendam 
sekurang-kurangnya dua minggu (potongan tumbuhan herba secara besar 
memerlukan rendaman lebih lama, selama 4 minggu). Pada akhir dua minggu,
 tapis keluar bahan bahan menggunakan penapis beralas kain (mudah 
diperah hampas itu untuk mendapat air dan pati yang masih ada) dan 
dituangkan ke dalam balang kaca yang baru lagi bersih dan meterai. Oleh 
kerana kaedah ini menggunakan nisbah tumbuhan yang lebih tinggi dari 
cecair dan menggunakan alkohol sebagai pemekat kimia (concentrate 
chemical), sukatan (dos) yang diperlukan dalam tinctures biasanya lebih 
sedikit dibandingkan daripada jenis celupan (infusion) dan rebusan 
(decoctions). Sukatan (Dos) purata bagi tinctures kira-kira 1-2 
mililiter (kira-kira 30 hingga 60 titis) 2 hingga 3 kali sehari. Penawar
 cecair tincture boleh diletakkan secara langsung  kedalam mulut untuk 
menghasilkan penyerapan serta-merta, atau boleh dicampurkan sedikit 
sahaja kedalam air atau jus minuman. Jika anda tidak suka kandungan 
alkohol (atau ingin untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak), masukkan 
sukatan itu kedalam air panas yang baru lepas mendidih kira-kira 1-2 
auns agar alkohol itu akan bertukar menjadi wap dan hilang dalam masa 
satu atau dua minit. (Biarkan sejuk sebelum digunakan). Simpan tincture 
itu pada suhu bilik dan jauh dari pancaran terus cahaya matahari.
RENDAMAN (macerations)
Kaedah penyediaan pastinya yang paling mudah. Tumbuhan segar atau 
kering dibiar terendam didalam air sejuk semalaman. Ramuan herba ini 
ditapis dan airnya diambil. Kebiasaannya cara ini digunakan keatas 
tumbuhan yang memerlukan kelembutan dan / atau tumbuh-tumbuhan yang 
segar, atau bagi tumbuhan yang  bahan penawar / kimianya alah atau 
mungkin rosak disebabkan kepanasan atau yang mungkin terhilang 
khasiatnya bila dicampur alkohol. Ia juga merupakan cara yang paling 
mudah bagi menyesuaikan dengan kaedah barat, kerana ia mudah dijadikan 
dalam bentuk bijian (tablet) atau kapsul.  
SERBUK, BUTIR, KAPSUL (POWDERS, PILLS, CAPSULES, TABLETS)
Menjadikan serbuk herba mentah sebagai ubat-ubatan mempunyai 
sejarah yang panjang. Serbuk boleh ditelan bersama dengan air atau yang 
dibancur kedalam air mendidi air panas. Serbuk juga boleh dibuat dalam 
bentuk maajun (kedalam bentuk melekit) dimana serbuk dicampur bersama 
madu atau cecair seperti sirap, dipercayai untuk melambat lambatkan 
penyerapan bahan-bahan herba kedalam usus, dan ini adalah kesan yang 
disengajakan. Serbuk juga dijadikan dalam bentuk butiran (pils dan 
tablets) dan kapsul, agar ia mudah dikembalikan ke bentuk serbuk semasa 
didalam perut, sebagai kapsul atau tablet ia mudah larut bila terkena 
cecair panas perut.
Menghasilkan serbuk mudah tapi menghasilkan proses penyediaan 
serbuk kesihatan adalah sukar: bahan herba mestilah dipotong kepada 
kepingan yang kecil, dikeringkan secukupnya untuk menjadikan ia rapuh, 
kemudian dihaluskan secara ditumbuk atau dikisar menjadikan serbuk. 
Serbuk yang dikisar dengan mesin boleh menghasilkan kehalusan jaringan 
80 hingga 100 mesh (amat halus sehingga hampir larut didalam perut, 
tanpa melalui process pemecahan). Kebanyak pengisaran dirumah, serbuknya
 tidak dapat melepasi tapisan jaringan 30 mesh.
Penyediaan dalam bentuk serbuk mempunyai kelebihan berbanding 
penyediaan dalam bentuk cecair. Bagi mengelak pembaziran bahan-bahan 
berharga, disyorkan bahawa bahan bahan yang menghasilkan pengekstrakan 
yang lemah, yang boleh menghilangkan keupayaan disebabkan haba dan / 
atau penyejatan (evaporation), atau yang meyebabkan terkumpulnya keladak
 atau hampas dibahagian bawah periuk, dikisar menjadi serbuk dan diambil
 secara langsung.  
Sesetengah bahan, seperti succinum, amat lemah untuk dilarut 
didalam air panas (atau alkohol), manakala ada yang akan rosak 
disebabkan proses pengekstrakan, seperti haba denaturation dari protein 
anthelmintic omphalia: bahan seperti ini lebih sesuai dijadikan dalam 
bentuk serbuk.
Malah bagi beberapa bahan yang tidak dijangka, seperti alkaloid 
yang mudah larut dan stabil di dalam air, terdapat keadaan di mana 
terdapat kelebihan untuk menggunakan serbuk. Sebagai contoh, dalam 
Jurnal 1988 Perubatan Tradisional Cina dan Barat Bersepadu, satu kajian 
perbandingan Shedan Chuanbei (pundi hempedu ular dan fritillaria) serbuk
 dan cecair menunjukkan bahawa kandungan relatif alkaloid fritillaria 
dalam serbuk adalah lebih tinggi daripada dalam penyediaan cecair (oleh 
lebih daripada 2:1). Di samping itu, tindakan ekspektoran (expectorant 
action), seperti yang dicatit pada tikus makmal, adalah lebih baik 
dengan serbuk daripada cecair.
Salah satu kaedah untuk menangani kekurangan sumber penawar herba 
adalah bergantung sepenuhnya kepada bentuk serbuk, yang digunakan pada 
sukatan  yang lebih rendah, menggantikan sukatan rebusan yang lebih 
tinggi. Untuk  "serbuk rebusan ," sukatan herba mentah biasanya 
dikurangkan kira-kira dua pertiga (2/3). Seperti yang dilaporkan dalam 
Buku Panduan Penyediaan Herba Cina (1989), perbandingan membuat teh 
dengan mendidih likuoris sama ada dari potongan keping atau dari 
 tepung, mendedahkan bahawa 28% lebih glycyrrhizin  dapat diperolehi 
dari separuh dari serbuk likuoris berbanding dengan  rebusan likuoris 
kepingan.
Apabila mengambil minuman serbuk secara langsung, satu perlima 
(1/5) ke satu per sepuluh (1/10) berat bahan herba yang digunakan untuk 
merebus (decoction) bolih digunakan untuk mendapat kesan yang sama. 
Herba rebusan (decoction) 180 gram bolih digantikan dengan dua boluses 
9-gram atau dua dozen bijian. Walau bagaimanapun, terdapat had apabila 
jumlah bahan-bahan mentah dikurangkan dengan cara ini, seperti mendapat 
sejumlah mineral yang munasabah dari herba. Perlu diambil kira apabila 
memutuskan formula yang digunakan dalam dos serbuk yang lebih rendah dan
 apa penyakit yang mampu dirawati darinya.
Apabila herba diserbukkan, jangka hayatnya menjadi terhad. Proses 
penyerbukkan membuat permukaan yang lebih luas terdedah kepada udara, 
kelembapan, dan cahaya. Oleh itu, serbuk herba mesti disimpan didalam 
bekas bertutup rapat tak ditembusi cahaya dan kedap, sebaik-baiknya 
dalam persekitaran suhu terkawal jika ia perlu disimpan bagi tempoh yang
 panjang.
Membuat tablet atau pil dapat mengurangkan masalah permukaan yang 
terdedah; begitu juga dengan pengkapsulan. Ia bergantung kepada 
kemampatan serbuk yang dimasukkan ke dalam kapsul. Pembungkusan cara 
moden (misalnya, botol kaca dan plastik) dapat memanjangkan jangka hayat
 bahan-bahan herba yang disimpan.
Menelan serbuk secara langsung boleh meyukarkan, maka jika dibancuh
 didalam air mungkin lebih diterima untuk sesetengah orang, selagi rasa 
ramuan yang tidak terlalu pahit dan berbau. Serbuk dijadikan dalam 
bentuk Tablet dapat membantu menyelesaikan sebahagian besar masalah 
pengambilan serbuk. Tetapi bilangan tablet untuk dimakan akan mengganggu
 pengambilan dalam bentuk tablet dan yang mempunyai masalah tekak akan 
mengalami kesukaran menelan tablet. Tablet besar untuk orang dewasa 
tidak boleh diberi kepada kanak-kanak yang mungkin akan mendapat 
manafaat daripada pengambilannya.
SAPUAN DAN PENEKAP (Poultices and Compresses)
 
Ubatan Sapuan (Poultices) perlu dibuat segar untuk kegunaan 
serbaguna. Ia biasanya digunakan untuk kecederaan seperti lebam-lebam, 
terseliuh, salap scrapes dan lain-lain. Ia juga boleh dibuat dalam 
bentuk separuh pejal atau jenis krim. Bahan herba direndamkan kedalam 
minyak untuk ekstrak (minyak sayuran biasanya) khasiat ubatannya, ia 
dibiar terendam untuk jangka masa tertentu.
Sapuan (Poultices) membolehkan penyapuan bahan ubatan terus 
kekulit. Bahan tumbuhan Herba dilumatkan mengguna lesung dan alu. Air 
panas ditambah untuk melembutkan bahan. Kemudian bahan secara langsung 
ditekapkan kepada kulit atau diletak diantara dua helai kain dan 
ditampalkan pada kulit. Balutan rengan digunakan bagi mengikat tuam ke 
kawasan itu.
Banyak ubatan herba digunakan secara langsung keatas 
kulit sebagai sapuan (poultices), biasanya pada ruam dan sebagai rawatan
 luka dan melegakan kesakitan. Sapuan telah disediakan dalam pelbagai 
cara,  dari seorang  bomoh / dukun mengunyah daun atau akar yang segar 
dan meludahkan keatas tempat luka, mau pun dengan melumatkan daun atau 
akar segar dengan tangan atau dengan lesung dan alu. Ada ketikanya hanya
 cukup dengan mencelurkan ramuan dengan air panas atau dicurahkan air 
panas ke atas ramuan kering atau segar untuk melembutkannya, kemudian 
ditekapkan keatas bahagian kulit atau dilapitkan diantara dua helai kain
 dan diletakkan diatas kulit, kemudian sehelai kain pembalut dari kapas 
digunakan untuk membalut tempat luka (kalau didalam hutan sekeping daun 
lebar biasa digunakan sebagai pembalut).
Penekap adalah dengan hanya merendam kain atau kapas kedalam bahan 
celupan (infusion), rebusan (decoction), rendaman (macerations) atau 
kedalam penyerap (tincture) kemudian tekapkan keatas bahagian badan / 
kulit.
PENAWAR CUCIAN DAN MANDIAN (Baths and Bathing Remedies)
Terdapat beberapa jenis penawar dari hutan dan belukar yang telah 
digunapakai beribu - ribu tahun sebagai mandian wap atau sauna tumbuhan 
ubatan dicampur kedalam air mandian dan pesakit disuruh berendam 
didalamnya. Kaedah rawatan konvensional tidak sama seperti beberapa cara
 penyampaian terkini dalam sistem penyerapan dadah kekulit.
Kulit adalah organ yang indah, mampu menyerap bahan kimia tumbuhan 
(dan juga bahan-bahan kimia tiruan (sintetik)) secara langsung ke dalam 
tisu lemak melalui bawa kulit dan kemudian kedalam aliran darah. 
Memandangkan tumbuh-tumbuhan segar secara amnya digunakan sebagai 
pemulihan mandian (dicincang atau dihancurkan terlebih dahulu sebelum 
menambah kedalam air mandian), menerima-pakai secara Barat tidak 
semestinya sesuai kalau hanya mengguna bahan tumbuhan kering sahaja. 
Pilihan secara lain juga mampu diguna pakai, cuba guna dari pati rebusan
 (decoction) atau celupan (infusion) 20 ke 30 auns dalam air mandian 
kemudian rendam didalamnya sekurang kurangnya 10 minit.
PENYEDIAAN RASA (Rawatan dari sumber Mineral)
Raksa, sulfur, emas, perak dan logam - logam lain, digunakan dalam 
persediaan rawatan khas alkimi (alchemy) Yunani dan Ayurveda yang sangat
 berguna bagi terapi peremajaan dan mempunyai tindak balas yang kuat ke 
atas sistem saraf. 
Penyediaan sedemikian itu dipanggil persediaan 
'Rasa'. Logam dan mineral yang digunakan dalam bentuk abu, atau dikisar 
sehingga benar benar menjadi serbuk sehalus - halusnya, atau seperti 
emas yang digiling sehingga benar - benar nipis ketahap apabila disentuh
 ia akan merasap atau hilang dari pandangan. Bahan bahan yang disediakan
 dengan cara tertib dan mengikut langkah langkah penyediaan betul tidak 
akan menyebabkan bahan bahan tersebut menjadi toksik atau racun. Malahan
 ia juga digabungkan dengan herba.
Bahan campuran logam, mineral dan herba akan dikisar lagi dan 
berkali-kali akan diayak bagi menghasilkan serbuk yang sangat halus. 
Kemudian bahan tersebut akan melalui satu lagi proses khas pemanasan 
menggunakan bahan bakar seperti tahi lembu kering, rumput, sabut dan 
lain lain tumbuhan semula jadi.
PENUTUP
Setelah mengetahui serba ringkas tentang cara dan jenis penyediaan 
ramuan herba, diharap minat dan pengetahuan mengetahui lebih mendalam 
akan timbul dengan sendirinya.
Teh herba adalah umum dan mudah digunakan diantara semua jenis 
jamu. Ini adalah kerana ia mudah dibeli dimana-mana kedai dan anda juga 
boleh menyediakan bahan bahan teh untuk diri anda sendiri. Teh herba 
boleh dibuat menggunakan beberapa jenis daun, batang atau bunga tumbuhan
 herba yang berbeza. Setiap satu daripada tumbuh-tumbuhan herba yang 
dimasukkan menjadi teh mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Sebelum 
anda cuba membuat teh herba anda sendiri, fahamilah fungsi dan khasiat 
tumbuh-tumbuhan yang anda ingin menggunakan kerana tanpa mengetahuinya 
anda mungkin tercampuran tumbuh-tumbuhan yang bercanggah fungsi dan 
khasiat.
 
 
Read More: Whazzup-U.com