Berbibir atau tanpa bibir
Gewang Bass boleh berfungsi dengan bibir ataupun tanpa bibir. Gewang Bass yang tidak berbibir mendapat aksi mereka dari ciri muncung depan yang menjunam ia. Ini dihasilkan dari posisi cincin ikatan gewang ini yang terletak di bahagian atas badan gewang. Badan yang leper dari posisi ini juga mengahasilkan aksi getaran yang amat kuat apabila ia dikarau. Sebagai penambah gewang ini selalunya diisi dengan bebuli untuk menhasilkan bunyi gocakan yang kuat.
Gewang tak berbibir biasanya datang dalam berat 7g sehingga 30g. Apa yang bagus tentang gewang yang berciri sebegini adalah ia boleh digunapakai dalam air yang cetek ataupun yang dalam. Prinsipnya adalah gewang yang lebih ringan dan karauan lebih cepat dalam air cetek manakan sebaliknya untuk air dalam. Kebanyakkan gewang tidak berbibir sebegini selalunya jenis "weedless" dan boleh dicabut keluar dari rumput sekiranya mengadapi kondisi yang tebal.
Didalam bab gewang berbibir pula, ciri gewang sebegini selalunya boleh dikenalpasti melalui dalam yang dicapainya pada kadar kayuhan yang biasa. Pembuat gewang berbibir selalunya mengukur betapa efektifnya gewang mereka beraksi menggunakkan tali nylon mono atau florokarbon yang mempunyai daya rentangan sebanyak sepuluh paun. Maka gewang bebibir selalunya diklasifikasikan sebagai gewang cetek, tengah ataupun dalam.
Apa yang akan membolehkan gewang berbibir menjunam adalah reka bentuk bibirnya. Cara ikatan pada bibirnya juga akan mempengaruhi bagaima gewang in beraksi. Bibir pada gewang sebegini juga dapat membantu gewang ini menghindari apa halangan yang terdapat dalam air. Ini berlaku sekiranya bibir tersebut berhentak dengan halangan tersebut.
Bentuk badan mempengaruhi kesemuanya
Bentuk badan gewang mempengaruhi aksi renanganya. Bentuk gewang yang lebih bulat akan mempamerkan aksi yang lebih kepada menhuyung manakala badan yang tirus pula mengahasilkan aski yang lebih bergetar. Fungsi aksi sebegini mempunyai kegunaan pada waktu tertentu. Misal kata sewaktu ikan Bass sedang agresif dan memburu dalam kelompok aksi menhuyung lebih mencakup untuknya. Sebaliknya untuk gewang yang lebih tirus untuk kondisi dimana ikan tidak ingin mengejar atau bertindak agresif.
Selaman yang dicapai menggunakkan gewang berbibir
Bibir yang pendek dan berbentuk segi empat selalunya dikaitkan dengan selaman yang cetek. Gewang sebegini digunakkan dalam hajat untuk memaksa ikan yang berada didalam rumpai dibawah naik dan menerkam gewang tersebut.
Bagi menyelam didalam ruang diantara 5 – 10 kaki bibir yang yang saiznya diantara dua hingga tiga inci selalunya menjadi pilihan.
Untuk selaman yang agak dalam badan gewang selalunya lebih besar dan bibirnya akan melebihi ukuran tiga inci. Untuk menggunakkan gewang sebegini kelengkapan memancing anda harus lebih besar. Ini kerana gara renangan gewang sebegini memang kuat. Ada kala memenatkan.
Kepentingan menggunakkan tali yang betul
Untuk berkesan dengan baik sekali gewang seharusnya berenang betul-betul diatas dasar perairan yang dipancing. Ini boleh dicapai dengan memadankan saiz tali dengan dalam selaman gewang tersebut.
Sebagai contoh. Sekiranya anda ingin gewang selaman dalam anda untuk menyelam lebih tinggi anda menggunakkan talian mono 20 paun berbanding dengan talian floro 10 paun. Sebaliknya misalkata anda ingin gewang selaman tengah anda untuk mencapai selaman yang maksima anda gunakkan tali floro sebanyak 10 paun. Prinsipnya adalah tali floro yang lebih nipis akan menjunam dengan lebih dalam lagi.
Warna Gewang
Gewang sebegini selalunya keluar dengan bermacam jenis warna. Akan tetapi tiada kepentingan untuk memiliki kesemua jenis warna. Warna yang mirip ikan umpan adalah suatu titik permulaan yang sesuai. Dan dari sana bereksperimen dengan pelbagai kondisi air seperti keruh, hitam dan jernih.
No comments:
Post a Comment