Saturday, 23 November 2013

Kolam Mancing Heritage, Ulu Yam

 

Kolam ini merupakan kolam yang terkenal di kawasan ini. Kami sempat menjenguk dan melihat pancingan yang macam mana ditawarkan oleh pihak pengurusan kolam ini. 
20131001_115520
Petanda yang menarik!
 
20131001_115736
Sebagai permulaan kolam ini merupakan kolam berbayar yang pertama setelah meredah jalan empangan Batu. Kolam ini terletak di sebelah kanan jalan yang menuju ke pekan Ulu Yam. Sekiranya anda telah menjumpai sebuah sekolah di sebelah kiri jalan anda telah terlajak dan perlu patah balik sedikit untuk menjumpai kolam ini.
Terdapat ruang untuk meletak kereta yang setimpal di kawasan kolam ini. Situasi ini mungkin berubah pada hujung minggu. Kolam ini beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam pada hari biasa dan 24 jam pada hari Jumaat dan Sabtu.
 
20131001_115745 
 
20131001_115759
Ikan yang terdapat dalam kolam-kolam pancing disini adalah ikan Rohu, Patin dan Talapia. Terdapat juga ikan Haruan dan Raja (Peacock Bass), akan tetapi ia tidak dibenarkan untuk dipancing. Sekiranya anda dijumpai memancingya terdapat denda sebanyak RM 50.
 
20131001_115816 20131001_115832
Kawasan kolam pancing ini dijaga dengan amat rapi sekali. Ia bersih dan hijau. Kami berasa begitu nyaman ketika berada di sini. 
20131001_115858
Suasana yang nyaman
Suasana yang nyaman
Suasana yang nyaman

Secara keseluruhanya terdapat tiga kolam disini yang boleh dipancing. Kesemua kolam disini mempunyai tempat untuk berteduh sekiranya cuaca kurang baik. Air dalam kolam bersih dan sentiasa dikipas untuk menjaga kualitinya.
Sekiranya anda pemancing yang suka memancing di kolam begini tempat ini boleh diambil kira dalam pilihan tempat memancing anda. Walaupun apa yang ditawarkan amat generik akan tetapi suasanya bersih dan amat menenangkan. 
Suatu lagi fakta yang membezakan kolam ini daripada kolam yang lain adalah airnya berpunca dari sungai bersebelahan dengan kolam ini. Ini menjadikanya airnya agak bersih.
 
20131001_120127
Jenguklah dulu sebelum keluar memancing sekiranya anda berada di kawasan ini.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment