Sunday, 2 June 2013

Kolagen ikan laut

 

Amiza Amiruddin (kiri) dan Reni Diana Sulaiman bersama produk Ephyra yang dihasilkan syarikat milik mereka Oceanlife Marketing Sdn. Bhd.
suatu ketika dulu beliau pernah dibebani dengan masalah jerawat pada wajah yang secara tidak langsung menjejaskan penampilan dan keyakinan dirinya.
Pelbagai rawatan dilakukan namun masih gagal sehinggalah beliau bertemu produk yang bukan saja serasi bahkan mencetuskan ilham untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan kecantikan agar dapat berkongsi produk tersebut dengan orang lain.
Walaupun perniagaan yang dikongsi bersama rakannya, Reni Diana Sulaiman baru memulakan operasi awal tahun ini, Amiza Amiruddin, 33, amat berharap agar produk yang dikeluarkan mampu memberikan keceriaan kepada setiap pengguna.

Menurut Amiza, produk keluaran syarikatnya, Oceanlife Marketing Sdn. Bhd., dikenali sebagai Ephyra yang merupakan 100 keluaran bumiputera.
Mempercayai bahawa kecantikan memberi perubahan dalam diri, menjadikan Amiza nekad untuk memasarkan produk yang kaya dengan bahan anti oksida selain kolagen ikan air masin yang terhidrolisis bagi awet muda.
Katanya lagi, Ephyra mampu memperbaharui dan melindungi kulit seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.
"Pernah satu ketika dahulu saya mengalami masalah jerawat yang teruk.
"Sudah pelbagai produk dicuba dan tidak terkecuali berjumpa dengan pakar tetapi masalah jerawat yang dialami tidak pulih.
"Akibatnya saya hilang keyakinan diri dan menjadi murung. Tetapi disebabkan ingin juga mencari jalan penyelesaian (memulihkan jerawat) akhirnya saya menemui jawapannya iaitu glutathione," ujarnya yang juga merupakan pengasas dan pengarah Oceanlife Marketing Sdn. Bhd.
Mengulas lanjut mengenai glutathione, katanya, bahan anti oksida tersebut memang sudah sedia ada di dalam badan manusia. Tetapi disebabkan faktor sekeliling seperti pencemaran, tekanan, minuman keras, merokok serta faktor pemakanan ia semakin berkurangan.
Disebabkan itulah pengambilannya semula secara berterusan amat diperlukan selain kulit akan menjadi semakin putih dan cerah di samping kelihatan lima hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.
Berbicara mengenai produk Ephyra pula, jelas Amiza, produknya itu telah memperoleh jaminan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dianugerahkan Amalan Pengilang Baik (GMP).
Produk ini selain dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan, ia juga mampu memulihkan masalah jerawat dan jeragat.
Selain itu, pengambilannya juga dapat menghaluskan serta menganjalkan kulit, melambatkan proses penuaan dan kedutan, merawat masalah rambut gugur dan rekahan tumit dan tidak ketinggalan berupaya menambah tenaga.
Ujar Amiza, Ephyra boleh dikategorikan sebagai satu kombinasi produk kesihatan serta kecantikan.
Sesuai untuk golongan lelaki dan wanita, Ephyra juga sesuai diminum oleh mereka yang menghidap kencing manis dan juga darah tinggi.
Ini kerana ia dapat mengawal kadar gula dalam badan bagi pesakit diabetes dan turut merendahkan kadar kolestrol yang bahaya dalam badan bagi penghidap darah tinggi.
Amiza memberitahu, kesan pemulihan dapat dilihat selepas sebulan pengguna mengambil produk tersebut (bagaimanapun kadar kecepatan keberkesanannya turut bergantung kepada individu tersebut).
Hanya perlu membancuh dengan air suam dan mengambilnya setiap pagi, sekali sehari.
"Ephyra dihasilkan daripada formula yang terbaik setelah penyelidikan selama setahun dibuat dan ia tidak melibatkan sebarang penggunaan bahan kimia.
"Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan alam semula jadi dan untuk itu pengambilannya tidak akan menggemukkan badan," katanya lagi.
Kini telah pun berada dipasaran, ia dijual dalam satu kotak yang mengandungi 30 paket kecil.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari www.oceanlife2u.com atau hubungi talian 019-3999238.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Produk/20121219/pr_02/Kolagen-ikan-laut#ixzz2V9h6jnjp
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment