Monday, 17 June 2013

Cara membaca pasang surut air laut



Untuk membaca jadual air pasang sila rujuk kepada contoh di bawah seperti yang biasa tertera dalam sisipan JORAN. Sebagai contoh

Pelabuhan Klang

SABTU

Masa Meter

02.52 1.80848

08.48 4.41518

01.51 1.32128

21.28 4.5

AHAD

Masa Meter

03.38 1.90927

09.27 4.21556

15.56 1.42215

22.15 4.5

Paparan masa adalah 24 jam. Contoh, pada Sabtu jam 2.52 pagi, air berada di paras paling surut dan mula bergerak pasang selepas jam 2.52 pagi. Air akan pasang sepenuhnya pada jam 8.48 pagi dan kembali bergerak surut hingga berhenti jam 3.18 petang. Air kembali pasang dan penuh pada jam 9.28 malam.

Waktu terbaik memancing berdasarkan pada jadual pasang ini ialah pada jam 2 pagi hingga jam 3.30 pagi, jam 8 pagi hingga jam 9 pagi, jam 2.40 petang hingga jam 3.50 petang dan seterusnya.

Pengiraan dibuat berdasarkan kepada pergerakan air piantan (30 minit sebelum dan selepas arus berubah) di mana ikan muara kebiasaannya galak setiap kali berlaku pertukaran arus.

Tetapi tidak bermakna waktu lain kita tidak boleh memancing. Memancing boleh seharian tetapi fokus dan tumpuan perlu diberikan setiap kali arus akan berubah. Persembahan umpan untuk ikan muara seperti jenahak, siakap dan kerapu sebolehnya ikan hidup atau jenis umpan segar. Selain itu pemancing perlu pastikan perambut dan tali utama tidak berbelit ketika umpan dilepaskan ke dasar.

Penggunaan saiz mata kail, kekuatan perambut dan tali utama pula tertakluk saiz ikan yang biasa di pancing di satu-satu lokasi. Secara am peralatan medium 15 paun hingga 30 paun sesuai untuk pancing muara.


   Source:  Pasang Surut Air Laut Malaysia

No comments:

Post a Comment