Sebenarnya
diagram ni aku copy dari blog rakan-rakan yang lain..ni diantara
perambut-perambut yang aku biasa gunakan untuk kaedah memancing di laut ni.Dan
ada juga aku gunakan perambut ni dimana juga dirasakan sesuai. al maklumla aku
ni pun main try and error je penggunaan perambut ni.maka kat sini cuma cadangan
bagi penggunaan perambut bagi situasi-situasi yang selalu aku laksanakan..

Klau perambut ni, aku panggil perambut batu hidup.
selalunya aku gunakan untuk pancingan dikawasan berarus atau casting umpan..klau
kita main peram dikawasan yang berarus perambut ini sesuai digunakan..panjang
swivel ke mata juga mengikut kesesuian padang pancing.jikalau air sedikit keruh
bolehla kita gunakan kurang dari 50cm dan sekiranya air jernih bolehla kita
gunakan panjang perambut melebihi 2 meter..ada kalanya aku balun sampai 5 atau 6
depa dengan penggunakan tali florocarbon.dan sekiranya dikuatiri ikan dapat
memutuskan perambut elokla sejengkal dua leader dihadapan disambung menggunakan
wire@steel leader untuk elak dikecewakan. Dan penggunakan batu ladung mengikut
kesesuaian arus.jikalau arus deras bolehla kita gunakan ladung bersaiz 8 keatas
dan begitu la jika sebaliknya. Kadangkala aku gunakan kaedah ni untuk pancingan
sungai juga. Disana aku gunakan perambut yang kurang 30cm untuk memudahkan
balingan ketengah sungai..

Ni pulak perambut drifting (main di pertengahan kedalaman air) atau bottom(tenggelam sepenuhnya) dengan penggunaan batu mati..penerangan panjang perambut juga seperti diatas. kadangkala aku gunakan tanduk untuk memisahkan main line dengan leader untuk mengelakkan leader bersimpul ketika umpan diturunkan secara laju dari atas bot.

Dan dua perambut diatas ni pula aku panggil
perambut apollo dengan batu ladung mati dihujung perambut.Kaedah pancingan
Bottom. Biasanya klau pancingan dilaut aku modified sikit sambungan bahagian
main leader ke hook leader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya
menggunakan swivel.ini bagi memudahkan hook leader mudah berpusing mengikut arah
arus laut.manik tu berfungsi lebih kurang macam bearing la.Gambar seperti
dibawah.
selain itu hook leader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah.Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.

Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.
Mungkin ada teknik-teknik mudah dari rakan-rakan lain, tapi cuma teknik-teknik ni yang selalu dipraktikkan oleh aku apabila turun ke laut..


Ni pulak perambut drifting (main di pertengahan kedalaman air) atau bottom(tenggelam sepenuhnya) dengan penggunaan batu mati..penerangan panjang perambut juga seperti diatas. kadangkala aku gunakan tanduk untuk memisahkan main line dengan leader untuk mengelakkan leader bersimpul ketika umpan diturunkan secara laju dari atas bot.


selain itu hook leader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah.Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.

Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.
Mungkin ada teknik-teknik mudah dari rakan-rakan lain, tapi cuma teknik-teknik ni yang selalu dipraktikkan oleh aku apabila turun ke laut..
Source: Memancing@fishing
No comments:
Post a Comment