Monday 19 November 2012

Kekili Ajiking Wahoo


TCE Tackles, memperkenalkan produk terbaru kekili Ajiking Wahoo dengan rekaan menarik yang diperkuatkan dengan lapan alas bebola. Bahan binaan daripada aluminium dilengkapi sistem regangan kalis air yang berkekuatan tinggi. Ciri-cirinya iaitu kedudukan drag di belakang membolehkan keupayaan sistem drag T300 karbon menjadi kuat dan lancar.


Kekili Ajiking Wahoo

TCE Tackles, memperkenalkan produk terbaru kekili Ajiking Wahoo dengan rekaan menarik yang diperkuatkan dengan lapan alas bebola. Bahan binaan daripada aluminium dilengkapi sistem regangan kalis air yang berkekuatan tinggi. Ciri-cirinya iaitu kedudukan drag di belakang membolehkan keupayaan sistem drag T300 karbon menjadi kuat dan lancar. Sistem drag berkenaan mampu bertahan diberi tekanan 30 kilogram.

Selain itu dengan rekaan keseimbangan oleh komputer membuatkan kekili ini mudah dikendalikan. Ciri lain iaitu wayar lengan bail tebal, pengayuh aluminium supaya lebih ringan.

Nisbah karauan iaitu 4:1:1. Maklumat lanjut hubungi TCE Tackles di talian 04- 4844524 atau 03-90577826.


Beg Ekspedisi EquinoxPENERAJU barangan aktiviti sukan lasak Outworld, menampilkan ekspedisi pelbagai guna yang berkualiti lagi tahan lasak kegunaan aktiviti perkhemahan ataupun dalam hutan dan sebagainya.

Berkapasiti 75 liter yang bahan buatannya ternyata kalis air hingga mampu dibawa ke mana saja oleh individu yang menggunakannya.

Didatangkan saiz 46,75 dan 100 liter dengan harga yang berpatutan. Untuk pertanyaan lanjut layari laman web outworldprogear.com.

Suunto Core

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd menampilkan edisi terbaru jam tangan digital Suunto Core kepada penggemar yang aktif melakukan aktiviti untuk latihan kesihatan atau aktiviti lasak di dalam hutan dan sebagainya.

Direka dengan bentuk jam digital yang canggih dengan menggunakan pelbagai mod tersedia ada, berupaya mengukur tahap kecerdasan dalaman pemakainya, jam ini turut dilengkapi dengan kompas.

Tersedia dalam warna hitam dan putih adalah kombinasi yang sesuai juga untuk dipakai ketika dalam majlis formal. Untuk pertanyaan hubungi UFL Outdoors di talian 03-22825721.



Sumber Dipetik Dari: http://joran.bharian.com.my/

More Stories: http://gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment