Monday, 5 November 2012

Diganggu Cek Pun Di Padan Dam


Hari itu aku bekerja separuh hari kerana merasa kurang sihat dan sepatutnya berehat dirumah. Tetapi sesampai dirumah tiada seorang pun anakku disana, kerana mereka masih bersekolah.....tidak tahu apa nak buat aku merasa bosan dan mengambil keputusan pergi memancing, kegiatan yang sangat aku gemari. Aku menghubugi temanku Azman dan Indra, membuat temujanji pada jam 6 peteng di Teban Garden kerana kami akan pergi memancing di Pandan Dam. Apalagi aku pun bergegas persiapkan peralatan pacing dan terus ke Teban Garden membeli umpan dan makan petang.....seperti biasa kita bercerita tentang pengalaman pancing masa lalu, kadangkala ceritanya agak luar biasa dari nyata.....kata oarang 'Fisherman Talk' banyak tambahannya.
Selepas Magrib kami menuju kedestinasi .....kita harus berjalankaki hampir 2 km dengan barang2 pancing, kerana tiada jalan untuk kenderaan awam pergi kesana. Sesampai disana sudah hampir jam 8 malam, kami berehat sementara menghilangkan rasa letih meredah jalan tadi...maklumlah engin dah lama. Malam Sabtu itu agak kelam tiada bintang2 kelihatan seperti hujan akan turun..."harap-harap malam tidak hujan" selambaku kepeda temanku yang tersandar dipokok kelapa, aku merasa bimbang jikalau hujan turun disitu tiada tempat berteduh.
Setelah menyiapkan joran aku pun mengambil satu sudut berhampiran kawasan semak-samun untuk memulakan balingan joran pertama, temanku yang lain memacak joran masing ditengah pagar berhadapan sungai Pandan. Memang selalu tempat ini sunyi maklumlah jauh dari jalanraya, hanya kami bertiga berada disebelah sungai dan terdapat dua orang sedang menjala diseberang sungai agak2 50 meter lebar. Aku perhatikan orang yang berdua tadi memang berani sangat......menjala masuk kedalam air padaketika malam sangat2 membahaya kerana tempat ini memang ada buaya dan sangat keras.....ada banyak cerita lama yang ku dengar kerana aku asal orang kawasan Kampung Bendung disini.
Setelah hampir 4 jam kami memancing tiada ikan besar yang ingin menyentap umpan kami, hanya beberapa ekor ikan pasir2 dan anak ikan sembilang...."takde rezki malamni" kataku kepada teman2 ku, kerana aku yang saran uat datang kesini sebab aku pernah menarik ikan Siakap seberat 5 kilo disini......"malam sikit ikan lapar...makanlah dia" selambaku kepeda muka2 bosan. Air sudah hampir pasang penuh....jam ditangan menujukan sudah jam 2 pagi, sepatutnya inilah masanya ikan akan makan lamun ku.......aku memendang jauh keseberang sungai seolah2 mencari orang yang menjala tadi...tertanya2 dalam hati dorang dapat ikan banyak tak? Alangkah terperanjatnya aku setelah aku terlihat ada satu susuk tubuh berbaju serba putih dan kelihatan rambut panjang sangat menutup muka seperti penyanyi rock 'KISS'. Aku mengosok mata ku dan merenung lagi betul2........alamat betullah yang tercegat diam diseberang sungai ternyata Cek Pun...apalagi aku pun baca apa yang ku tahu dan buat bodoh sahaja dan berkata dalam hati "aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku"...itulah pesan bapaku bila teurjumpa benda2 pelik. Bulu roma remmang sangat dan perasaan takut pun ada tetapi... ku lihat Indra sudah pun tidur kerana bosan dan Azman masih memencing...aku tak mahu beritahu mereka takut2 menyusahkan mereka.....Aku mencuri pandang lagi kearah Cek Pun tadi, terrasa lega kerana sudah tidak kelihatan lagi "agaknya mata aku yang rabun" bercakap sendirian dan terus memancing.
Kira jam 4 pagi Azman menghampiri aku ..."abang kau tengok kat seberang sana orang berdiri pakai baju putih...itu orang yang jala tadi ke" tanya Azman.....aku menolih kearah yang sama tadi........istiffar panjang, rupanya Cek Pun tadi masih adalagi...kalini dia menghayun susuk tubuhnya kekanan dan kiri memndang kebawah. "Ssssshut biarkanlah" jawapku kepada Azman tanpa berkata banyak. Teman ku ini Azman memang tak tahu berkenaan hantu kerana dia adalah seorang serani Islam, jadi aku tak mahu menakut2 dia jikalau aku beritahu cerita sebenar...jadi aku buat pandang lain saja.
Tiada ikan terus malam itu, Azman menjadi bosan dan mengajak aku balik saja pada jam 4.30 pagi....aku keberatan untuk meninggal tempat ini, kerana belum puashati tiada ikan besar yang menarik joranku...lagipun aku merasa agak seram untuk keluar berjalan jauh melalui jalan yang gelap takut2 Cek Pun akan mengikut kami pulang, disini agak terang dengan lampu dikawasan empanggan air. Aku bercadang akan bergerak pulang selepas subuh..."nantilah dulu aku belum dapat ikan, kalau kau penat tidur dulu" kataku pada Azman.
Aku teruskan pancingku ......Azman pun mencari tempat untuk tidur tanpa mengemas barang2 pancingnya. Kira2 setengah jam kemudia dalam masa aku megelamun seorang diri menanti ikan mengegar lonceng dihujung joranku......angin menjadi kencang seperti ribut akan tiba dan hujan gerimis mula turun.......tiba2 aku terdegar bunyi dahan pokok bergegar bersebelehan semak-samun dimana aku memacak joran...bunyi semangkin kuat dan hampir denganku, seolah-olah ada kera besar sedang mengayuk dari dahankedahan. Aku tidak berani mendungak keatas tetapi mencuri lihat dari hujung mataku.....apa yang ku lihat samar-samar ada lembaga berbaju putih sedang bertengggek diatas pokok disebelah kiriku. Apalagi aku terlompat cabut lari gementar......rupa-rupanya Cek Pun tadi sudah datang kesebelah sungai aku berada. Remangan bulu tengkuk mangkin kuat dan aku terbau kadangkala bauan yang sangat wangi seperti bunga melor...kemudian bauan seperti bangkai. Aku bergegas menuju keteman yang sedang nyenyak tidur dan mengejuk mereka dengan cepat...."kau kenapa orang lagi tidur sedap2, kau pekik2 macam orang gila" tanya Azman separuh tidur.......aku katakan pada mereka hujan lebat dah nak turun dan kita harus balik segera.
Kami pun dengan cepat mengemes barang2 dan jalan pulang menuju kejalan raya tanpa aku memandang kebelakang lagi.
Beberapa hari kemudian aku bertemu Azman dan dia bertanyakan padaku mengapa aku kelihatan pucat dan senyap bila dalam perjalanan pulang pada pagi kita memancing.......aku ceritakan padanya orng yang dia nampak disebelahan pada malam itu dalah Cek Pun. Dia pun apalagi sumpah serana.....dan berjanji tak akan pergi memancing kesana lagi....aku pun sama juga kataku dalam hati menyembunyikan rasa gerunku di ganggu Cek Pun.....Tamat

Read More: http://gofishtalk.com

No comments:

Post a Comment