Sunday 3 February 2013

Rompin(Fishing Destination)

Rompin



Ikan Layaran menjadi lambang bandar
 Rompin

 

Masjid Rompin menjadi tumpuan masyarakat Melayu untuk sembahyang

Tangki air di tepi jalan ke Rompin
Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.

Asal Usul Rompin

Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.

Destinasi memancing ikan

Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.
Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan sungai dan laut terutamanya penggemar udang galah, anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.

Taman Endau-Rompin


Masjid di Kuala Rompin
Taman Negara Endau-Rompin terletak di daerah Rompin iaitu di hulu Sungai Endau dan Sungai Rompin. Terdapat pelbagai flora dan fauna di Taman Negara Endau-Rompin ini. Untuk pergi ke kawasan taman negeri ini, bagi yang melalui jalan dari bandar rompin, mereka haruslah melalui jalan ke mersing Johor dan memasuki simpang sepayang rompin. Jaraknya dari simpang sepayang adalah dalam lingkungan 40km.


Source:  http://wikipedia.org
More Stories:  GoFishTalk

No comments:

Post a Comment