Tuesday, 1 January 2013

BUAH ARA - kegemaran ikan sungai






Biasanya buah ara tumbuh meliar di tebing sungai di kawasan kampung. Memancing ketika musim pokok ara berbuah adalah menyeronokkan kerana buahnya menjadi kegemaran pelbagai spesies ikan terutama di Sungai Perak dan Sungai Pahang.

Ikan kaloi (paling mudah didapati, lampam, tongsan sisik kasar, patin, lawang dan kekadang baung turut menggemari buah ara). Ketika buah ara masak ranum masa adalah terbaik untuk memancing.Ketika ini ikan mudah mabuk kerana memakan buah yang gugur dan masa yang sama pemancing boleh tumpang sekaki dengan meletak buah yang dicangkuk pada mata kail
Selain itu. anda boleh membelah atau memotong buah ara yang masak ranum untuk mengeluarkan aromanya supaya senang dicangkuk satu persatu sampai panjang lebih kurang sejengkal pada perambut.Teknik ini sangat sesuai digunakan di lubuk yang agak jauh dari pokok ara yang kebiasaannya banyak terdapat di tebing sungai sekitar daerah Perak Tengah.
 
Musim buah ara masak antara empat dan lima kali setahun. Setiap kali masak boleh tahan seminggu namun begitu tidak semua buah pokok ara menjadi kegilaan ikan sungai. Biasanya yang berbau wangi dan warna merah hati menjadi pilihan pemancing sekitar daerah Perak.



 

sumber drp Akhbar Joran, Berita Harian

More Stories:  http://gofishtalk.com/forum/topics/buah-ara-kegemaran-ikan-sungai-1

No comments:

Post a Comment