Wednesday, 4 December 2013

Panorama indah Kenyir

 


KEINDAHAN landskap di sekitar Pengkalan Gawi ketika matahari terbenam.
 
SELAIN digilai oleh golongan kaki pancing dan pencinta alam, kunjungan ke Tasik Kenyir di Hulu Terengganu sememangnya satu kesempatan yang tidak seharusnya dilepaskan oleh penggemar fotografi.
Sebagai tarikan pelancongan terkemuka di Terengganu, tasik buatan manusia seluas 2,600 kilometer persegi itu menjanjikan 1,001 peluang khususnya bagi yang menggemari fotografi genre alam semula jadi dan landskap.
Penulis baru-baru ini menghabiskan masa beberapa hari di sekitar tasik empangan hidro elektrik itu untuk merakamkan keindahan bentuk muka buminya ketika matahari terbit dan terbenam.
Beberapa tempat menarik seperti kawasan perkelahan air terjun, santuari ikan kelah, pulau burung dan taman herba juga berbaloi dimasukkan ke dalam senarai tempat untuk dikunjungi.
Bagi yang mementingkan keselesaan dan kepuasan semasa bercuti, penginapan di Lake Kenyir Resort & Spa boleh menjadi antara pilihan terbaik kerana menawarkan konsep percutian di dalam rimbunan hutan hujan yang tidak terusik.
Selain resort lima bintang yang terletak tidak jauh dari Pengkalan Gawi itu, beberapa resort dan calet turut menawarkan harga penginapan yang berpatutan.
Antaranya Petang Island Resort, Uncle John Resort, Musang Kenyir Resort, Tanjung Mentong Resort dan Kenyir Santuary Resort.
Bagi yang meminati aktiviti memancing, rumah bot (houseboat) yang banyak berlabuh di Pengkalan Gawi menawarkan pakej bermalam sambil berpeluang untuk meneroka jauh ke penjuru tasik.


Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment