Nak Tahu Rahsia Pelajar Cemerlang???
Salam..
Menjadi PELAJAR YANG CEMERLANG sudah semestinya di idam-idamkan oleh setiap orang pelajar. Tak ada seorang pelajar pun di dunia nie yang tak nak jadi pelajar cemerlang..Betul kan??Cuba korang Tanya diri korang @pun adik-adik korang nak tak jadi pelajar cemerlang nie..
Tapi tak semua pelajar mengetahui cara untuk menjadi pelajar cemerlang nie. Hendak menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukanlah hanya korang duduk berjam-jam menghadap buku. Korang kena ingat usaha tanpa doa jugak tidak boleh jadi. So, usaha dan doa kita hendaklah seiring. Barulah kita dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
Nak jadi PELAJAR CEMERLANG??Ha, korang boleh baca + practisekan tips yang Pengembara Ilmu share dengan korang lepas nie..Syaratnya korang kenalah baca entri nie sampai lah habis..Smoga dengan nie korang akan menjadi pelajar cemerlang kat skolah korang nanti…
SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif boleh membantu mana-mana pelajar menjadi seorang berkeyakinan yang seterusnya membawa kepada perubahan yang baik dalam diri dan pembelajaran. Selain tue, dengan berfikiran positif nie pelajar akan sentiasa ceria dan happy je. Nak buat kerja pun hati sentiasa senang. Berbanding dengan orang yang berfikiran negative, mereka mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit dari yang berfikiran negative.
NYATAKAN MATLAMAT
Nak menjadi pelajar yang cemerlang jugak kita kena sasarkan matlamat sebelum melakukan sesuatu perkara kerana dengan matlamat ianya lebih mudah untuk kita mencapai kejayaan. Kalau boleh korang tetapkan satu matlamat yang jelas dan hebat supaya dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk korang. Tapi korang kena ingat jugak, jangan letakkan matlamat yang hebat je, usaha tak ada pulak..Memang korang tak akan jadi pelajar cemerlang lah kalau itulah gayanya…
MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL & MENTAL
Menjaga kesihatan adalah paling penting untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tak kiralah kesihatan dari segi fizikal mahupun mental. Dengan adanya kesihatan yang baik, badan dan minda kita jugak akan berada dalam keadaan yang baik. So, dengan tue mudahlah untuk kita menerima pelajaran @ ilmu. Jangan terlalu asyik dan menekankan diri untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran. Takut nanti kita sendiri yang akan stress @ tertekan. Bila dah stress nie susah untuk kita memahami apa yang kita pelajari..
MENJAGA PEMAKAN
Sebagai seorang pelajar jugak kita kena jaga pemakanan kita jika hendak menjadi pelajar yang cemerlang. Sebab apa perlu menjaga pemakanan?? Supaya kita dapat mengingati apa yang kita telah pelajari. Pemakan yang seibang adalah sangat penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
CARA BELAJAR YANG BAIK
Sebagai manusia sudah semestinya kita kan mempunyai cara belajar yang bersesuaian dengan diri kita. Ada pelajar yang suka belajar bersendiri. Ada pulak pelajar yang suka belajar secara berkumpulan. Korang carilah cara belajar yang korang rasa sesuai dengan diri korang. Dengan tue korang akan dapat belajar dengan berkesan. Tapi cara belajar yang paling terbaik adalah dengan membuat peta minda..
BERKAWAN DENGAN RAMAI ORANG
Kita jugak kena berkawan dengan ramai orang untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Bukan untuk di ‘bodek’ tetapi untuk kita saling bertukar-tukar pendapat. Bila kita berkawan @ bergaul dengan ramai orang, pengetahuan kita akan berkembang kerana kita saling bertukar pendapat dengan rakan-rakan kita. Tapi AWAS!!!Korang kena berhati-hati semasa memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa kepada jalan yang betul dan jugak sebaliknya…So, korang carilah kawan yang positif dan cemerlang supaya korang boleh jadi seperti mereka..
Ha, korang dah tahu kan bagaimana caranya nak jadi seorang pelajar yang cemerlang??Korang cubalah buat tips nie kalau nak menjadi pelajar yang cemerlang..bagi sesiapa yang nak mencuba tips nie, Pengembara Ilmu ucapkan GOOD LUCK!!!
No comments:
Post a Comment