ETIKA MEMANCING
-
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja.
-
Tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
-
Sentiasa meningkatkan ilmu memancing.
-
Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian peralatan memancing.
-
Menghormati hak-hak pemancing lain.
-
Menghormati peraturan kolam atau lokasi pancing persendirian.
-
Menyebarkan pengetahuan sesama pemancing.
-
Menyokong usaha-usaha memelihara alam sekitar.
-
Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan ke dalam lokasi pancing.
-
Berusaha membangunkan industri pancing.
KEKALKAN IKAN SEGAR
BAGI
kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat
Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat
busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan.
- Menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas.
- Paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai.
- Banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk.
- Membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja.
LESUNG BATU RUMAH IKAN
MUNGKIN
sukar bagi seorang pemancing untuk mencari lubuk ikan yang tidak pernah
habis dengan ikan-ikan di dasarnya. Lazimnya kita biasa mendengar tayar
atau kereta buruk dijadikan tukun untuk ikan berkampung di sekitarnya.
Mengikut
petua, anda boleh membuat lubuk ikan anda sendiri tetapi mungkin
mengambil masa yang agak lama. Dapatkan satu lesung batu yang sudah
berlubang di bahagian tengahnya. Pastikan anda tidak membuat lubang dan
ianya terjadi kerana sudah terlalu lama digunakan.
Campakkan lesung batu berkenaan ke mana-mana bahagian sungai yang anda suka, ikan akan berkumpul di situ.Kalau nak tahu cuba buat…
JANGAN MELANGKAH JORAN
Mungkin
ramai yang percaya apabila joran dilangkah, ia akan dilanda ‘suwey’ dan
joran tersebut sudah tidak ‘ong’ lagi. Amalan ini adalah perkara biasa
kepada kaki pancing, tetapi masih ada yang tidak percaya dan tidak
menghiraukan pantang larang tersebut.
Mereka menganggap ia cuma dusta orang-orang tua zaman dulu-dulu.Tidak
dinafikan sesetengah pantang larang adalah untuk mendidik kita untuk
tidak melakukan sesuatu yang tidak sopan dan sesetengah pantang larang
pula adalah tahyul semata-mata.
Joran
adalah sebuah alat yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi
untuk mencari rezeki. Adalah tidak sopan untuk kita melangkah sebuah
alat yang digunakan untuk mencari rezeki sama seperti kita melangkah
sepinggan nasi yang kita ingin makan.
Walaupun pendekatan nenek moyang kita
menggunakan pendekatan menakutkan kita dengan mengatakan apabila joran
dilangkah rezeki sudah tidak datang, ia boleh menimbulkan keraguan
kepada kita. Pada pokok pangkalnya mereka hanya ingin kita terus
menghormati alat yang digunakan untuk mencari rezeki.
Kebanyakan
pemancing kini sudah tidak menghiraukan kebanyakan pantang larang orang
tua-tua dan sudah tidak berminat dengan pantang larang tersebut.
Ambillah sesetengah pantang larang sebagai ikhtibar dan jangan
mengambilnya bulat-bulat kerana boleh menyebabkan kita percaya kepada
yang takhyul sebaliknya jadikannya bekalan ilmu kepada kita.
ASAM PENGUBAT MABUK LAUT
Memancing
laut dalam adalah sangat menyeronokkan namun ia merupakan suatu dugaan
dan cabaran yang perlu ditempuhi apabila mabuk laut. Laut yang bergelora
dan ombak menghempas dikala panas terik menyebabkan para pemancing
tumpas dek terkena mabuk laut.
Pelbagai
petua dan tips yang digunakan pemancing termasuk menggunakan teknologi
moden seperti ubat mabuk yang berada di pasaran. Kekurangan air didalam
badan dan hempasan laut yang bergelora menyebabkan para pemancing boleh
tumpas apatah lagi apabila kepanasan yang melampau waktu tengah hari
melemahkan lagi mangsa mabuk laut.
Memakan
buah yang masam dan minum air yang secukupnya boleh memberikan kelegaan
kepada kaki pancing dari mabuk dan sekaligus dapat mengelakkan para
pemancing dari terus mabuk dan membantutkan keseronokan memancing.
Membawa
gula-gula dan sentiasa memastikan mulut tidak kering boleh mengelakkan
dari mabuk dan memberikan keselesaan kepada badan para pemancing.
Para
pemancing dinasihatkan meminum air secukupnya dan jangan biarkan perut
kosong dan dalam berkeadaan letih. Walau perbagai dugaan untuk
memancing, para pemancing adalah lasak dan akan terus berjaya untuk
menaikkan tangkapan seterusnya tidak kira apapun dugaan yang mendatang.
Tips pancing juga boleh diperolehi menerusi forum berikut:Pancing.Net
KakiPancing.Net
BruneiFishing
Joran
atur.tripod.com
Memancing Ikan
Sumber
No comments:
Post a Comment