Minggu ni cuti panjang skit. Kalau ambik
isnin campug dengan selasa dah 4 hari cuti. Cuti panjang ni sempena pak
janggut putih turun nak bg hadiah, ho ho ho. Aku ambik kesempatan cuti
ni utk bwk famili aku berjalan. Destinasi kali ni ialah Melaka. Salah
satu negeri yg agak jarang aku singgah. Kali ni kami ke Pantai Puteri yg
terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di Daerah Melaka Tengah,
berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10km dari Bandar Melaka.
Inilah pertama kali aku dan famili sampai ke pantai ini.
First Impression?…terbaik la. Aku terkejut
jugak tgk keadaan pantai di sini. Walaupun pantai tidak selebar pantai
di sebelah Pantai Timur tetapi keadaan pantai ni amat bersih. Dengan
pokok rhu yg memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir.
Pantai ni amat sesuai utk aktiviti perkhemahan. Beberapa kemudahan utk
kaki kaki nak berkhemah juga ada. Contohnya beberapa buah tandas awan.
Kalau famili suka aktiviti outdoor, aku rasa pantai ni sesuai. Ramai
jugak group group yg berkhemah disini.
Tu cerita kaki camping. Ni cerita kaki
pancing. Dua tiga hari sebelum start trip, aku check dlm web, xtvt yg
biasanya org buat kat sini. Antara yg dilistkan ialah memancing. Keadaan
pantai yg tidak lebar tetapi memanjang memang amat sesuai utk dijadikan
port memancing pantai. Disepanjang pantai ini terdapat berberapa pondok
nelayan menyimpan bot dan deretan kedai kedai menjuai ikan. Umpan bukan
masalah la. Boleh didapati sepanjang jalan ditepi pantai tersebut. Ada
satu bahagian tu, ada tambak batu yg agak kedepan dr pantai. Ini cun
kalau jadi tempat tenggek utk surfcast. Aku tak bawak peralatan. So cuma
peram mata saja tgk dari jauh. Next trip, memang aku bwk sekali. Kalau
nak lg cun, boleh riki bot nelayan yg byk ditepi pantai. Manatau kot kot
ada yg bwk utk trip memancing. Jgn tanya aku. Tak dan nak riki.
Kami sekeluarga menginap di Hotel Pantai
Puteri. Hotel yg baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan dengan kadar
sewa yg berpatutan. Wifi laju dan utk kwan aku yg tiap kali tanya hotel,
syarat utama mesti ada swimming pool, hotel ni pun ada. Jgn risau nak
apply MOU. Hotel pulak berada betui betui berhadapan dengan pantai.
Cross jalan utama, terus boleh bukak baju dan terjun laut. Dalam kepala
aku dah plan utk next trip.
Utk keterangan lanjut boleh ke http://pantaiputeri.hotels.net.my/.Sumber
More Fishing News: www.gofishtalk.com
No comments:
Post a Comment