MENGHILANGKAN bau hanyir pada ikan air tawar kadang kala menjadi masalah kecil kepada pemancing yang ingin menjadikan tangkapan mereka sebagai juadah makanan atau sebagainya.
Sekiranya ikan tidak dicuci dengan sebaiknya, ikan yang dimasak dengan menu idaman mungkin akan terjejas rasa kemanisan isi ikan itu kerana bau hanyir terbabit.
Petua di sini, selepas membuang sisik dan isi perut ikan dengan sisa darah pada bahagian tulang dan kemudian rendamkan ikan tersebut dalam air dicampurkan dengan asam limau. Selepas itu masukkan sekali kulit limau tadi dan biarkan selama 10 minit.
Dikatakan asid yang terdapat dalam limau itu akan membuang sisa-sisa bau hanyir pada ikan dan sekali gus melembutkan isi ikan agar senang digoreng tanpa meninggalkan bau hanyir.
Anda juga boleh mencuba bahan lain seperti air asam jawa dan bancuhan tepung gandum sekiranya bau hanyir masih terlekat pada ikan itu. Kongsi petua/tip emel diarijoran@gmail.com.
Petua alahan Talang
JIKA seseorang itu alah dengan ikan talang, terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya, petua dicadangkan ialah dengan menggoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hampir lumat dan kemudian disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali dan biarkannya hingga kering
Petua: Sepit biru banyak petanda ada buaya
MEMANCING udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup
menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada
persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan.
Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya.
Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ.
Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini.

Petua: Tampal cengkih di pusat elak muntah
TIDAK ramai pemancing gemarkan memancing di perairan laut kerana
bimbangkan keadaan mereka yang akan mengalami situasi mabuk atau muntah
hingga membataskan aktiviti memancing mereka.
Justeru, pelbagai petua tradisional dan moden dilakukan untuk mengatasi keadaan ini termasuk menelan pil anti- mabuk yang mudah terdapat di pasaran.
Petua menahan mabuk cara mudah dan berkesan di sini iaitu sebelum turun ke laut dapatkan ‘plaster’ atau pelekat luka berharga RM0.20 yang biasanya mudah didapati di kedai runcit.
Selepas itu ambil cengkih dan sekeping pelekat luka terbabit dan kemudian tampal di pusat badan hingga menutup kesemuanya.
Dikatakan fungsi menampal pelekat ini di pusat adalah bertujuan mengelakkan angin daripada memasuki pusat badan yang menyebabkan kepala menjadi pening dan sekali gus mengekang pemancing dari muntah.

Petua: Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.
Petua: Telur mentah hindarkan agas
MEMANCING di dalam hutan untuk memburu ikan idaman cukup menyeronokkan apatah lagi lokasi yang dikunjungi itu ada lubuk terbaik.
Namun kegembiraan itu mungkin seketika saja apabila serangga pengacau seperti agas akan menggigit pemancing yang akan mendatangkan kegatalan pada kulit.
Petuanya, untuk mengelakkan agas mendekati, pemancing perlu membawa beberapa biji telur ayam mentah sebagai bekalan tambahan sebelum turun memancing di kawasan yang hendak dikunjungi.
Tujuannya banyak, selain boleh direbus untuk dimakan, telor yang dibawa ada kegunaan lain terutama mengelak agas.
Bagi mengelak diserang agas, anda hanya perlu pecahkan telur itu di kawasan aktiviti memancing tadi dan letakkan kira-kira 10 meter dari belakang anda.
Bau telur yang pecah tadi akan menarik pemerhatian agas ini untuk mengerumuninya sekali gus menjauhkan anda daripada menjadi sasaran serangan agas tadi.

Petua: Garam lambatkan ais cair
AKTIVITI memancing selama dua atau tiga hari sama ada di perairan
laut atau air tawar dengan membawa tong ais ke padang pancing adalah
satu kemestian bagi kaki pancing semua yang menginginkan ikan kekal
segar atau tahan lama.
Namun, ais yang dibekalkan dalam tong masing masing kadang kala tidak sampai waktunya dan semakin cair dan tidak lama kemudian hasil tangkapan mudah menjadi busuk walaupun dalam tong yang kedap udara.
Petuanya supaya air menjadi tahan lama ialah sebelum melakukan perjalanan ke padang pancing, ambilkan segenggam garam kasar dan kemudian taburkan garam itu dalam tong yang berisi ais.
Di katakan garam yang dimasukkan dalam tong ais tadi mampu merendahkan lagi suhu sejuk ais tersebut dan akan membuatkan ais menjadi tahan lebih lama

Petua: Hilangkan hanyir ikan air tawar
MENGHILANGKAN bau hanyir pada ikan air tawar kadang kala menjadi
masalah kecil kepada pemancing yang ingin menjadikan tangkapan mereka
sebagai juadah makanan atau sebagainya.
Sekiranya ikan tidak dicuci dengan sebaiknya, ikan yang dimasak dengan menu idaman mungkin akan terjejas rasa kemanisan isi ikan itu kerana bau hanyir terbabit.
Petua di sini, selepas membuang sisik dan isi perut ikan dengan sisa darah pada bahagian tulang dan kemudian rendamkan ikan tersebut dalam air dicampurkan dengan asam limau. Selepas itu masukkan sekali kulit limau tadi dan biarkan selama 10 minit.
Dikatakan asid yang terdapat dalam limau itu akan membuang sisa-sisa bau hanyir pada ikan dan sekali gus melembutkan isi ikan agar senang digoreng tanpa meninggalkan bau hanyir.
Anda juga boleh mencuba bahan lain seperti air asam jawa dan bancuhan tepung gandum sekiranya bau hanyir masih terlekat pada ikan itu. Kongsi petua/tip emel diarijoran@gmail.com.
Sekiranya ikan tidak dicuci dengan sebaiknya, ikan yang dimasak dengan menu idaman mungkin akan terjejas rasa kemanisan isi ikan itu kerana bau hanyir terbabit.
Petua di sini, selepas membuang sisik dan isi perut ikan dengan sisa darah pada bahagian tulang dan kemudian rendamkan ikan tersebut dalam air dicampurkan dengan asam limau. Selepas itu masukkan sekali kulit limau tadi dan biarkan selama 10 minit.
Dikatakan asid yang terdapat dalam limau itu akan membuang sisa-sisa bau hanyir pada ikan dan sekali gus melembutkan isi ikan agar senang digoreng tanpa meninggalkan bau hanyir.
Anda juga boleh mencuba bahan lain seperti air asam jawa dan bancuhan tepung gandum sekiranya bau hanyir masih terlekat pada ikan itu. Kongsi petua/tip emel diarijoran@gmail.com.
Umpan kelah
Petua: Sawit peram umpan kelah, tengas
BUAH kelapa sawit lazimnya digunakan sebagai minyak masak tetapi bagi kaki pancing, ia dikatakan paling mujarab buat memikat ikan kelah (tor tambroides) yang terdapat di empangan atau sungai.Namun ia perlu diperam bagi tempoh tertentu dengan memilih buah yang cukup masak dan mempunyai kadar minyak yang tinggi menggunakan air yang tidak mempunyai klorin selama tiga atau empat hari sehingga bertukar warna dan rasa.
Selepas itu, ia perlu dijemur di kawasan panas selama dua hari.
Kemudiannya, simpan umpan terbabit dalam guni gula atau tepung sebelum turun memancing. Proes pengoksidaan membuatkan buah sawit tadi bertukar masam dan inilah umpan yang dikatakan mampu menarik selera ikan kelah selain tengas dan lampan yang gemarkan ‘haruman’ buah kelapa sawit ini.
Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, Perumpun akan cepat mati
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.
Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Petua naikan pari
Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Petua : Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.
More Fishing News: www.gofishtalk.com
No comments:
Post a Comment