Umpan 101
Tarikh:
9 Januari 2014
Umpan yang digunakan ialah ikan kembung, selar, tamban, sotong dan ikan tongkol. Ikan umpan hidup lebih digemari oleh ikan tenggiri berbanding ikan yang telah mati. Penggunaan perambut jenis wayar steel diwajibkan kerana ikan tenggiri mempunyai gigi yang amat tajam seperti pisau.
Selain itu teknik trolling juga mampu memperdayakan ikan tenggiri. Gewang jenis selaman dalam digunakan semasa trolling. Ikan tenggiri juga boleh di pancing menggunakan jig besi. Jig besi yang dipadankan dengan kevlar steel digunakan untuk jigging tenggiri.
Set Memancing Ikan Tenggiri.
Memancing tenggiri amat mudah. Walupun ikan ini mampu memberi tentangan hebat, ikan ini cepat kalah kerana ikan ini tidak mempunyai stamina yang lama.
Ikan ini amat seronok di pancing jika menggunakan set sesuai dan sepadan dengan kekuatan ikan ini. Padanan rod berkeluatan PE1-2 atau PE1-3 bersama kekili bersaiz ringan seperti kekili siries 2000 siries - 4000 siries pasti mengujakan.
Untuk memancing ikan tenggiri ini saya gemar menggunakan tali utama yang berkekuatan 20lb. Tidak lupa juga tali perambut kabel sebagai insurance kerana ikan tenggiri yang mempunyai gigi yang tajam dengan mudah dapat memotong tali mono ataupun tali braided.
Mata kali yang sering saya gunakan bersesuaian iaitu bersaiz 2/0-4/0. Set memancing seperti di atas memadai untuk memancing ikan tenggiri. Perlu diingatkan kelebihan mempunyai tali utama yang banyak mampu memberi kelebihan kepada pemancing untuk menang semasa perlawanan dengan ikan ini.
Sumber
No comments:
Post a Comment