NamaTempatan:
|
Tongkat Ali Hitam
|
NamaSaintifik:
|
Polyalthiabullata
|
Nama Lain:
|
Serat (murut), Lang kong - หลังโก่ง(Thailand), Cay Ba Binh (Vietnam), Tongkat Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin, Serat.
|
Famili:
|
Annonaceae
|
Lokasidijumpai:
|
Hutan hujan tropika
|
Asal:
| |
keterangan:
Jika disebut tongkat ali atau eurycoma longifolia jack, secara spontan terbayang tongkat ali yang biasa digunakan dalam pelbagai produk kesihatan dan ubatan terkini. Tongkat Ali berasal dari hutan hujan Malaysia, Myanmar, Thailand dan Indonesia. Terdapat 3 jenis tumbuhan Tongkat Ali, iaitu Tongkat Ali Kuning, Tongkat Ali Hitam dan Tongkat Ali Merah. Pokok-pokok ini dapat dibezakan dari warna akarnya, selain dari rupa bentuk pokok itu sendiri.
Tongkat ali hitam dikelompokkan kedalam keluarga yang sama dengan bunga kenanga. Struktur daunnya hampir menyamai daun bunga kenanga hutan dengan permukaan daun yang agak kesat. Pokok bersaiz kecil ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda di litupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya meruncing. Tangkainya berukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.
Nama saintifiknya Polyalthia bullata King. Seperti tongkat Ali (Eurycoma longifolia) batang tongkat Ali hitam ini melurus dan jarang yang bercabang.
Bezanya dengan tongkat ali putih/kuning dan merah, batang pokok tongkat ali ini berwarna hitam dan membongkok pada bahagian berdaun muda bagi mendedahkan dirinya kepada cahaya. Dengan penampilannya yang unik, pokok ini mudah dikenali jika berada di kalangan berbagai spesies tumbuhan hutan. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai tujuan perubatan tetapi keutamaan faedahnya lebih tertumpu pada akarnya. Tongkat Ali hitam (Polyalthia Bullata) dan Tongkat Ali merah (Stema tuberosa) termasuk sebagai jenis yang paling mahal kerana kesusahan mendapatnya dan mempunyai nilai-nilai perubatan yang lebih baik.
Menurut Burkill (1966), tidak ada maklumat yang tepat menunjukkan tongkat ali hitam sebagai ubat tetapi hanya dengan nama tongkat ali, ia menunjukkan bahawa tumbuhan ini mempunyai sifat dan ciri afrodisiak.
KEGUNAAN:
Rajah 1 data SELDI-MS diperolehi dengan H4 Protein Chip arry dimuatkan dengan 50% ekstrak etanol dari enam spesies tumbuh-tumbuhan. anak panah menunjukkan puncak 4.3 kDa bioaktif peptida
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan (dijadikan makjun). Selain tonik untuk lelaki, air rebusan daun ini digunakan sebagai ubat rheumatik., "Orang Asli kaumTemuan” di Negeri Sembilan menggunakannya untuk mengubati lemah tenaga batin. Akar P. bullata dihiris bersama dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclealaxiflora) serta akar secanang (Lasianthu scyanocarpus) sepanjang 3 sm dan direbus sebanyak satu genggam (3 sm diameter) kedalam 3 cawan air dan dibiarkan sehingga tinggal secawan. Air rebusan ini kemudiannya diminum." (Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff – Tumbuhan Ubatan Malaysia - UKM 2002).
FITOKIMIA (PHYTOCHEMISTRY)
Terdapat dua yang baru 7,7′-bisdehydroaporphine alkaloids, 7,7′-bisdehydro-O-methylisopiline and 7-dehydronornuciferine-7′-dehydro-O-methylisopiline, dan yang telah dikenali, bisdehydroaporphine alkaloid, urabaine, telah diasingkan daripada kulit pokok Polyalthia bullata.
KANDUNGAN BAHAN AKTIF
• Bisdehydroaporphine alkaloids
• Bisdehydro-O-methylisopiline
• Dehydronornuciferine-7-dehydro-O-methylisopiline
• Bisdehydroaporphine alkaloid
FAEDAH TONGKAT ALI HITAM DALAM KESIHATAN;
Polyalthia Bullata King atau dikenali sebagai Tongkat Ali Hitam merupakan tumbuhan menyerupai (aceous) herba yang mempunyai nilai pemakanan yang boleh membantu meningkatkan stamina dan keupayaan lelaki. Penemuan saintifik membuktikan bahawa beberapa sebatian semulajadi yang terkandung dalam Tongkat Ali hitam meningkatkan kejantanan dan kehebatan seksual lelaki semasa aktiviti keintiman. Kajian farmakologi ke atas sebatian Saponosides dan Glycosides dalam Tongkat Ali Hitam membantu: -
Ø Melancarkan peredaran darah melalui pembersihan dan penyucian sistem
Ø Meningkat jisim otot, tenaga dan stamina
Ø Menggalakkan pemprosesan (synthesis) sperma
Ø Membantu mereka yang mempunyai masalah mati pucuk (seksual dysfunction)
Ø Mengawal kolesterol dalam darah bagi membantu mencegah masalah jantung dan tekanan darah tinggi
Ø Meningkatkan tahap testosteron, menguatkan ereksi dan meningkatkan jumlah sperma bagi lelaki
Ø Sebagai perangsang bagi kedua-dua lelaki dan wanita
Ø Menunjuk ciri-ciri anti-ketumbuhan (tumour) dalam uji-kaji in-vitro
Ø Melancar peredaran darah, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat tekanan darah tinggi, batuk kering, demam, demam kuning, cirit-birit dan disenteri.
Ø Meningkatkan mental, kepekaan fizikal dan persembahan
Ø Mengurangkan kelesuan mental dan keletihan
Ø Membantu pemulihan dan penyembuhan dari penyakit dan tugasan
Ø Membantu dalam mati pucuk, pancutan pra-matang, kencing tidak terkawal, kesukaran hamil, lemah pinggang dan kaki, lumpuh, dan lain-lain
CIRI-CIRI PRODUK
Bahagian tumbuhan yang digunakan: Akar
Keadaan rupa: Akar kering
Warna: Hitam (di luar), putih krim (di dalam)
Bau: Tersendiri Ciri-ciri
Rasa: pahit / payau
CARA PENGGUNAAN:
Cara penggunaan orang-orang zaman dahulu, mereka lebih gemar mengguna keseluruhan akar untuk dijadikan sebagai bahan minuman. Pada zaman ini, herba Tongkat Ali Hitam boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan, dalam bentuk kapsul dan dalam bahan-bahan campuran herba lain.
Langkah pemprosesan
- Tongkat Ali Hitam Akar dikutip dari hutan hujan.
- Kesemua akar terkumpul dibasuh dan dikeringkan sepenuhnya
- Akar diulang basuh dan dikeringkan semula untuk mendapat kelembapan 5% atau kurang.
- Akar-akar kering diracik menggunakan peralatan khusus dan dibungkus dalam bentuk akar hirisan, uncang teh, dan ekstrak serbuk.
KAEDAH MEMASAK & SUKATAN
A. Perisa Asli:
Rasanya sedikit masin (acetate) atau masam
B. Campuran Herba dan Bahan lain:
Tongkat Ali Hitam boleh dicampur dengan herba lain seperti Ginseng dan Habbatus Sauda dan dijadikan ia sebagai bahan kopi. Di samping itu, Tongkat Ali Hitam juga boleh direbus bersama tumbuhan lain seperti Ubi Jaga (Smilax Myosotiflora) yang mana dipercayai boleh mendatangkan kesan sama seperti Tongkat Ali putih (Eurycoma Longifolia) dalam memberi penekanan kepada ciri-ciri afrodisiak.
C. Cara Penyediaan:
1) Cuci hirisan akar.
2) Rendamkan 2g hirisan akar ke dalam 1 liter air selama 30 minit.
3) Rebus selama 30 minit hingga 1 jam.
4) Keluarkan hirisan akar, tapis dan minum.
Air tapisan (Tea) boleh dicampur dengan madu atau gula batu untuk mengimbangi rasa pahit Tongkat Ali Hitam. Bahan hirisan akar tongkat ali penggunaan pertama, boleh di guna semula untuk bancuhan kali kedua atau lebih sehingga rasa pahit sudah tiada.
Untuk mendapat hasil terbaik, ambil 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam, sekurang-kurangnya untuk seminggu pertama - kedua. Pada minggu-minggu berikutnya adalah untuk mengekalkan stamina, hanya ambil 2 kapsul pada waktu malam sahaja selepas makan. Mereka yang menghadapi masalah lemah tenaga atau masalah kelelakian: di cadang pengambilan 2 kapsul 3 kali sehari selepas makan untuk 1 - 3 bulan pertama. Minggu berikutnya diambil seperti biasa 2 kapsul sekali sehari selepas makan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
§ Individu yang menghadapi masalah kesihatan dan di bawah pengambilan ubatan dinasihatkan berunding dengan doktor sebelum mengambil Tongkat Ali.
§ Wanita hamil, sedang menyusu dan individu di bawah umur 16 tahun tidak digalakkan mengambil (supplement) tongkat ali.
§ Dilarang pengambilan dalam sukatan yang besar dalam tempoh yang singkat. Kebiasaan dos maksimum 50g dari hirisan kepingan akar untuk sehari. Pengguna harus mengekalkan pengambilan harian yang mencukupi dan seimbang, dan mengurangkan dos jika berlaku kesan sampingan.
KESAN SAMPINGAN
Herba ini boleh mendatangkan kesan sampingan keatas jantung bagi pesakit penyakit jantung. Makanan tambahan tongkat ali hitam tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau analog sildenafil (jenama viagra), tadalafil amino (jenama Cialis) dan bahan kimia merbahaya lain. Khabar yang didengari dari kalangan pengguna yang mengatakan berlaku kes kematian mengejut, kegagalan buah pinggang, kanser dan lain-lain. Ini terjadi kerana terdapat terlalu banyak produk yang dikenali sebagai 'ubat kuat' yang dijual di pasaran.
Pengguna harus tahu bahawa peningkatan dalam tenaga seksual seharusnya berlaku secara semula jadi dan bukan dalam masa yang singkat. Elakkan pengambilan makanan tambahan yang berlabel sebagai ubat 'kuat' lelaki, kebarangkalian untuk produk-produk seperti ini mengandungi bahan kimia yang merbahaya adalah tinggi. Banyak produk di pasaran telah ditarik balik kerana kandungan kimianya.
Tongkat ali hitam tidak mendatangkan kesan serta-merta jika rumusannya adalah 100% ekstrak daripada 2 jenis Tongkat Ali tanpa sebarang bahan kimia tambahan seperti perangsang seksual. Kesan biasanya hanya dirasai selepas pengambilan seminggu pertama.
Bagi pesakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, pastikan berjumpa dengan doktor di klinik atau farmasi. Seminggu selepas atau lebih pengambilan tongkat ali, periksa semula dengan doktor untuk mendapatkan kesan bagaimana herba semulajadi ini dapat membantu.
Mudarat dan kesan sampingan
Ketoksikan: ujud dalam beberapa kuasinode akar Tongkat Ali.
Pencemaran – plumbum/timah hitam (lead): daripada 100 produk yang dikaji, 17% mengandungi lead sebanyak 10.3 – 20.3 ppm dan tidak menepati keperluan kualiti ubatan tradisional Malaysia.
Pencemaran – raksa (mercury): daripada 100 produk yang dijual di farmasi, 36% mengandungi 0.52 – 5.30 ppm merkuri manakala penyediaan produk Tongkat Ali hitam pada dos-dos yang berbeza mendapati 26% daripadanya mengandungi 0.53 – 2.35 ppm merkuri. Keduanya melebihi kadar yang dibenarkan dalam ubatan herba dan tidak menepati kualiti ubatan tradisional Malaysia.
Kesan sampingan: walaupun kekurangan bukti saintifik, pengambilan jangka panjang telah dikaitkan dengan ganguan tidur atau apnoea, mudah marah, tekanan kepada testis dan sikap yang agresif.
PENCEMARAN RAKSA (MERCURY) DALAM PERSEDIAAN HERBA TONGKAT ALI HITAM.
Ang HH, Lee KL. Sumber: Sekolah Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang 11800, Malaysia. hhang@usm.my.
PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah), Malaysia telah melaksanakan tiga fasa pendaftaran ubat tradisional pada 1 Januari 1992. Sebanyak 100 produk dalam pelbagai bentuk dos persediaan herba farmaseutikal yang terdapat di Malaysia, mengandungi tongkat Ali hitam, sama ada persediaan tunggal atau gabungan, dianalisis untuk kehadiran logam toksik berat, merkuri, dengan menggunakan spektrofotometer penyerapan atom, selepas melakukan persampelan rawak mudah untuk membolehkan setiap sampel berpeluang yang sama untuk dipilih dengan cara yang tidak berat sebelah. Hasil kajian menunjukkan bahawa 26% daripada produk-produk ini memiliki 0,53-2,35 ppm merkuri, dengan itu, tidak mematuhi keperluan kualiti ubatan tradisional di Malaysia. keperluan ubatan tradisional di Malaysia ditentukan tidak melebihi 0.5 ppm bagi merkuri. Daripada sejumlah 26 produk, empat produk telah didaftar dengan DCA, Malaysia manakala yang lain, bagaimanapun, tidak berdaftar dengan DCA, Malaysia.
Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
ReplyDelete▪
Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
▪
Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.
▪
Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi
▪
-Kaki luka bernanah
-Badan letih dan lemah akibat kencing manis
-Paling penting dapat lindungi buah pinggang
-Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
▪
🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
▪
Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
▪
Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!
▪
Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
▪
Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻
NOTE :
Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.
Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.
En mohd zuhairi 0174687570
En mohd zuhelmi 0111 63 82 044
#sharing is caring
Reply