Wednesday, 5 March 2014

Dua Cara Buat Telur Masin


PERNAH menjamah telur masin yang tidak menepati selera? Kurang masin atau terlalu masin? Harganya pula semakin hari semakin mahal, pasti membuatkan kita membebel tidak puas hati.
Ada juga anak perantau yang tinggal atau belajar di luar negara teringin menikmati lauk telur masin. Jika sukar, apa salahnya hasilkan sendiri telur masin.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tidak sukar membuat telur masin. Memang agak lama menunggu tetapi proses membuatnya tidak sukar. Pasti puas hati menikmati telur masin buatan sendiri.
CARA PERTAMA
Jika bimbang, hasilkan beberapa biji dulu seperti panduan berikut: Bahan-bahan yang diperlukan:
10 biji telur 1 jag air (2 liter) 500 gram garam (atau mengikut selera kemasinan sendiri)
Proses pembuatan telur masin:
a) Petua memilih telur
- Telur itik yang terbaik tetapi boleh juga menggunakan telur ayam. Bukan semua orang mudah mendapatkan telur itik. Sebenarnya telur ayam pun boleh juga digunakan cuma telur itik lebih tebal kulitnya dan sesuai dijeruk sebagai telur masin. Ia juga dikatakan lebih tahan lama dan hasilnya lebih sedap berbanding telur ayam.
Di Malaysia tidak sukar mendapat telur itik bagi membuat telur masin tetapi sekiranya anda perantau di luar negara dan sukar mendapat telur itik, telur ayam boleh digunakan.
- Saiz bukan masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana kelak mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan.
- Telur mesti sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur.
- Mesti menggunakan telur yang baru dan segar.
b) Basuh telur sehingga bersih dan keringkan.
c) Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman.
d) Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan.
e) Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekali gus. Tutup bekas kemas-kemas.
f) Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya.
g) Selepas dua minggu, telur sudah boleh direbus. Kemasinan telur bergantung pada air garam tadi dan sekiranya terlalu masin, boleh rendam di dalam air biasa sehari dua bagi mengurangkan masin sebelum direbus
 
. Telur Masin dalam Bebola Daging
 
CARA KEDUA dipetik dari blog ini Hujung minggu yang lalu kami bersama anak-anak buat telur masin. Kosnya sangat murah, tanah liat korek free sahaja ambil di belakang rumah. Kos lain pula garam hanya RM 1.50 dan yang mahal sikit telur itek sebanyak 50 biji cuma RM 24.00, hanya itu sahaja kos yang diperlukan. Langkah pertama ambil tanah liat yg kering hancurkan guna tukul.
 

 
Kemudian kisar tanah itu hingga halus, lepas itu tapis utk mengasingkan butiran kasar.
 

 
Buat ramah-ramai berkumpulan tak terasa semua kerja itu sambil sembang- sembang sahaja.

 
Tanah tadi digaul bersama larutan garam dengan kadar 7-10g bagi setiap biji. Kacau tanah dan masukkan air sedikit demi sedikit … GUNAKAN GARAM HALUS kerana senang utk larut.
 
 
Selepas itu salutkan tanah tadi kepada telur… macam main tanah senang je.

 
Golekkan telur yang telah disalut tanah tadi di atas sekam padi bakar. Boleh juga digolekkan di atas habuk kayu… utk mengekalkan kelembapan tanah dan mengelakkan telur tadi dari melekat antara satu sama lain
 
.
…..dah siap pun, tunggu hingga 2 minggu ke atas baru boleh direbus.
Utk langkah yg lebih jelas sila klik  ke blog asal bawah ni yer
1. CARA CARA MEMBUAT TELUR MASIN KAEDAH SALUTAN 2. TELUR MASIN STEP BY STEP

Sumber

Read More:  www.whazzup-u.com

No comments:

Post a Comment