Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, bersyukur padaNya kerana dengan izin serta impah kurniaNya blog ini dihasilkan bagi mengajak semua pembaca untuk memahami betapa Islam mengajak umatnya mencintai dan memelihara alam sekitar yang ada pada hari ini.
Memandang sekeliling ruang lingkup mata yang Allah kurniakan, sungguh banyak kawsan yang telah dirosakkan oleh tangan-tangan manusia.
Maka, benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
(Surah ar-Ruum:41)
Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia kearah kemusnahan.
Ini kerana hubungan manusia dan alam sekitar sangat rapat dan manusia sangat bergantung padanya. Manusia yang memusnahkan alam ibarat memusnahkan kehidupannya sendiri.
benarlah firman Allah:
"janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"
(Surah al-baqarah:195)
Oleh itu, semoga pembaca sekalian dapat mencintai alam kurniaan Allah yang Esa ini..Amin..
No comments:
Post a Comment