King mackerel atau nama
scientifiknya Scomberomorus cavalla dikatakan gemar menyerang hendap
mangsanya secara berkumpulan. Lokasi-lokasi yang dipercayai kaya dengan spesis
tenggiri ada disebelah pantai timur merangkumi perairan kelantan, terengganu,
pahang dan Utara johor dan disebelah pantai barat, lokasi tuas di sekitar
perairan Kedah dan kapal-kapal karam diperairan Penang menjadi lokasi permainan
spesis pemangsa bergigi tajam ini.
Bentuk badan yang tegap, bulat dan memanjang
memberikan kelebihan kepada tenggiri untuk melakukan renangan selaju mungkin.
Tengiri lebih gemar dengan umpan hidup dan boleh dipikat dengan penggunaan
perambut spinner yang di Casting oleh pemancing.
Taburan tenggiri diseluruh dunia. Rantau Asia Tenggara yang kaya dengan spesis "King mackerel" ini.Giginya yang tajam dan tersusun mampu memutuskan perambut mono 60lb sekalipun. Oleh itu penggunaan perambut steel 20lb-25lb adalah terbaik bagi memburu spesis ini.Lazimnya spesis ikan ini lebih gemar berenang berkumpulan dan mencari bodong-bodong ikan pemangsa untuk mudah memburu. Ikan kembong, selar, lolong dan selayang lazimnya menjadi hidangan utama tenggiri.
Untuk penyediaan perambut dan teknik memancing, teman akan postkan selepas mendapat maklumat selanjutnya dari rakan-rakan dari xtremeanglers.
No comments:
Post a Comment