Friday, 22 August 2014

M3GPS X5 SE – Sistem GPS Papago



Anda tercari-cari sistem navigasi GPS untuk dipasangkan pada kereta idaman?



Dalam artikel kali ini, tim Autoviq diberikan peluang untuk mengulas sedikit sebanyak mengenai sistem GPS yang diberi nama M3GPS X5 SE (Special Edition).

Ciri-ciri M3GPS X5 SE


Antara ciri-ciri dan teknologi yang akan dapat dirasai oleh pengguna sistem ini adalah seperti:

  • Sistem GPS Papago (Antara sistem GPS yang terbaik di Malaysia dan seluruh Asia).

  • Menyokong SD Card dan GPS Card.

  • Mempunyai kabel mini USB dan USB 2.0.

  • Menyokong sistem Bluetooth.

  • Menyokong format MP3, CD, DVD dan lain-lain format lagu serta video.




Gambar rajah di atas adalah paparan menu sebaik sahaja kita bertindak untuk menggunakan M3GPS X5 SE. Reka bentuk grafik untuk paparan menu ini kelihatan agak simpel dan terlalu fancy jika dibandingkan dengan sistem GPS lain.

 

Penggunaan sistem navigasi GPS yang sangat membantu. Papago menyediakan maklumat tentang setiap laluan yang ada di sekitar kawasan Kuala Lumpur dengan baik sekali. Untuk seluruh negeri, kami masih belum berkesempatan untuk mencuba.

Namun begitu, berdasarkan ulasan orang ramai terhadap M3GPS X5 SE, sistem ini memberikan maklumat yang baik terhadap laluan perjalanan kenderaan di seluruh negeri.

Mungkin ada di kalangan para pembaca Autoviq yang menggunakan sistem GPS ini di negeri lain selain dari Selangor. Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.



Gambar di atas pula adalah paparan sistem audio M3GPS X5 SE. Sekali lagi, reka bentuknya kurang menawan. Tetapi dari segi fungsi, memang kami berpuas hati dengan kelengkapan yang sedia ada.

Berapa Harga M3GPS X5 SE?


Harga untuk sistem ini dijual dalam lingkungan RM1,200 ke RM1,300. Ia bergantung pada kedai-kedai aksesori kereta yang berhampiran dengan rumah.



Adakah anda sesuai menggunakan aksesori yang dilengkapi dengan sistem GPS ini di kereta idaman? Sudah tentu. Tetapi jika ada bajet lebih, boleh dapatkan aksesori yang lebih cantik reka bentuk design.

Bagi yang mementingkan fungsi, M3GPS X5 SE sudah cukup untuk memuaskan hati dan wang yang dilaburkan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, sistem touch screen mempunyai kekurangan dari segi sensitiviti.



Sensitiviti adalah isu utama jika mahu menggunakan sebarang gajet atau aksesori kereta touch screen. Kita tidak mahu rasa sukar untuk mengendalikannya, khususnya ketika sedang memandu.

No comments:

Post a Comment