Post kali ini saya akan menghuraikan teknik-teknik memancing ikan samada, di kolam, sungai atau laut. Teknik-teknik ini digunakan bergantung kepada jenis ikan yang hendak di pancing dan juga kepada keadaan kawasan memancing. Oleh yang demikian pemilihan kelengkapan yang sesuai adalah perlu sebelum keluar memancing. Hal ini bergantung kepada jenis ikan nak di pancing, kawasan pancing, keadaan fizikal dan kedalaman air.
CASTING.-Casting
atau teknik mengilat adalah satu kaedah memancing dengan membuat
lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa
perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan. Umpan yang
digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis
serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu
(spoon).Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika
proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di
kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
POPPING.-Popping
– Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan
replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan 'popper' yang
pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi 'poop'
ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
JIGGING.-Jigging
adalah teknik mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan
tiruan yang di panggil 'jig'. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan
timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna
garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
DRIFTING.-Drifting
atau menghanyut umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke
sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan.
Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh
dilakukan siang dan malam.
TROLLING.-Trolling
atau menundaumpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada
kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung
kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang
tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular
dilakukan siang hari.
Setakat ini sahaja dulu post tentang teknik dan cara memancing ikan di laut dan di sungai. Semoga kaedah teknik memancing ikan ini berguna untuk anda. | |||||||||||||
Posted: 13 Apr 2014 02:33 AM PDT
CARA DAN TEKNIK MEMANCING UDANG GALAH
Salam… Untuk entri kali saya akan bincangkan tentang Cara dan Teknik mengumpan udang galah. Ia merangkumi dari segenap aspek iaitu dari segi peralatan memancing, kawasan memancing, umpan pancing, waktu pancing dan sebagainya. Perkongsian ini adalah dari pengalaman dan pembacaan serta perkongsian rakan-rakan pemancing saya diluar sana yang juga kaki pancing udang galah. Diharap dengan adanya entri ini tentang cara dan teknik memancing udang galah, dari segi umpan udang galah, peralatan memancing, pot udang galah dan sebagainya, memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca sekalian tentang cara dan teknik memancing udang galah. Tapi sebelum itu kita fahamkan dahulu tentang fakta Udang Galah dan selepas itu baru topik cara pancing udang galah. FAKTA LENGKAP TENTANG UDANG GALAH Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Termasuk dalam keluarga Palaemonidae, udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain. Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti pesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies.Udang galah Macrobrachium rosenbergii dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau. Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, atau pun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah. Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit. Spesies udang galah mudah dikenali terutamanya bagi penduduk yang duduk berhampiran sungai dan persekitarannya. Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah. Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai. Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg. Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan spesies ini berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia. Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan. Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang. Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia. Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan spesies ini kekal beberapa dekad lagi. Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang galah mengawan apabila mula matang. Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva. Bagi udang galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan. Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga tujuh ekor udang galah betina. Proses pengawanan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang bermaya. Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan. Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses persenyawaan.Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur. Terdapat tiga fasa peringkat telur. Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama. Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang galah. Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya. Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas. Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut. Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva. Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari makanan, membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang. Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.Mata kumpuan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran. Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan. Deria penglihatan ini emudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.
Di
samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan
penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk
sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca
pencemaran.Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam
bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor. Namun,
kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak mengikut pasangan dan
memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga merupakan krustasea
yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya
matahari. Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di
dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.
Perbincangan dan persediaan memancing perlu dengan rakan pemancing. Seeloknya jangan memancing berseorangan kerana amat berbahaya. Berbincang secara santai dan aman paling kurang sehari sebelum memancing tentang peralatan, tempat, masa, umpan dan sebagainya. Amalkan semua ini untuk menjamin dalam soal hasil pancing dan keselamatan. PERALATAN MEMANCING UDANG GALAH Joran pancing dengan hujung yang lembut, ringan, kira mudah lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil. Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga menggunakan penggulung kayu. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Mata kail pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nombor 9 hingga 12. Timah pemberat kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa lari arus pulak. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri. Secara kesimpulannya bergantung kepada kawasan pancingan dan arus sungai. Saya pernah memancing udang galah menggunakan pelampung kerana keadaan kawasan pancingan telalu banyak bahan buangan dan sampah di dasar sungai serta berbatu. Kalau pakai batu ladung atau pemberat pasti akan tersangkut.
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail. Antara umpan terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang nasi atau udang beras dan hari ayam dadu. Ini adalah umpan memancing udang galah yang selalu saya gunakan. Senarai umpan ini juga mejadi pilihan pemancing udang galah sekarang.
Memancing
udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curah
hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang galah ialah pada saat
kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari.
Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang
terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada
dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan
lokasi terbaik Undang galah, antaranya kenali struktur dasar sungai
tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk
liku-liku dan beralun-alun. Kedua lihat pada keadaan arus sungai
lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras.
Jika arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.
CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN Apabila udang galah beratnya lebih 300 gram maka umpan akan langsung dilarikan dan ujung joran akan langsung melentik atau melengkung. Bagi udang ukuran biasa dan kecil, biasanya sewaktu umpan dimakan, leader akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan capitnya sehingga ujung joran akan melentik beberapa kali seperti ikan kecil yang makan. Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan digentak kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak dan pastinya udang galah akan terlepas. Jika Udang sudah mengena, angkat joran perlahan-perlahan sambil mengarai reel dengan posisi hujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air. Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya koyak terkena kail. Jadi pancinglah dengan atau situasi yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga Udang Galah makan tanpa ada gerakan jadi untuk 15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih kurang 1 kaki karauan. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. CARA MEMANCING UDANG GALAH Cara memancing udang galah sebenarnya terdapat dua kaedah atau cara. Cara pertama mengunakan sampan atau Bot dan cara kedua memancing di tepi tebing. Memancing Di atas Sampan atau Bot
Untuk
memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk
sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki. Lima atau tiga batang joran
seorang adalah bertepatan. Tidak menghairankan ada yang menggunakan
lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya. Susunan joran diatas
sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti
joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah
seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua
dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
Melontar
umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian
mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran
ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika sudah
pasti udang telah menelan umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus
mengarau tali.
Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagi. Ia juga untuk memudahkan untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan dan mencukupi. Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga mennggunakan pemacak atau penahan joran bagi megelakkan joran terjun ke dalam sungai. TIPS MEMANCING UDANG GALAH Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan umpan, kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain atau baru. Musim tengkujuh ataupun musim banjir adalah tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta keadaan air yang sejuk. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 3 ke 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai. Jaket keselamatan juga perlu ketika memancing di atas sampan atau bot. ini adalah kerana malang tidak mengenal mangsa. Memancing adalah suatu hobi yang sangat mengujakan. Terutama bila mendapat hasil seperti diharapkan. Memancing samada ia hobi anda ataupun pekerjaan anda ataupun sumber pendapatan anda, lumrah hidup samada anda Berjaya mendapat hasil pancingan ataupun tidak. Yang penting kita terus berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Yang Berjaya pula haruslah bersyukur dengan rezeki dariNya. Di harap dengan adanya post atau entri tentang cara dan teknik memancing Udang Galah ini member manfaat yang berguna pada pembaca dan pemancing sekalian. Kiranya ada kekurangan atau kesilapan dalam entri ini maafkan kekurangan saya. Secara amnya entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah adalah dari pengetahuan, pengalaman dan pembacaan saya selama ini. Yang penting kita berusaha rezeki adalah dariNYA. Semoga entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah bermanfaat dan berguna untuk anda. Wassalam. | |||||||||||||
Posted: 09 Apr 2014 06:12 PM PDT
DOA SEBELUM TURUN MEMANCING
Doa Sebelum Turun Memancing atau Doa untuk kaki-kaki pancing. Ramai juga sahabat-sahabat saya yang suka memancing. Ada jugak dating Silaturrahim ini dengan hobi memancing samada ketika memancing di sungai, laut, kolam berbayar dan sebagainya. Yang penting kita ikhlas berkawan sambil berkongsi ilmu memancing. Untuk Peringatan Bacalah Doa sebelum Turun Memancing tanda Syukur dan berserah padaNYA. Doa Untuk memancing ini dikongsi oleh sahabat memancing saya, jadi saya kongsikan untuk pembaca blog ini. Bagi yang pemancing-pemancing sebelum ini sukar atau susah dapat ikan boleh amalkan DOa Sebelum Memancing ini dari surah Al-Anam, ayat 103:
Kepada
pemancing yang sebelum ni main bedal jer, ha jaga lupa baca doa ni dan
mulakan dengan Bismillah… jangan kita lupa kita hanya MakhlukNya yang
menumpang kat dunia ni. Dia adalah Empunya segalanya. Jadi minta
pertolongan dariNYa samada kita memancing kat mana sahaja yer.. Ni doa untuk memancing ikan jer, bukan untuk memancing perempuan ye.
Sekian sahaja entri berkaitan Doa Sebelum memancing atau doa untuk memancing ini. Semoga entri doa memancing ini berguna untuk anda semua.Sumber |
Wednesday, 13 August 2014
Cara dan Teknik Memancing Ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment