Wednesday, 7 May 2014

Spesis Target - Giant Trevally @ Geropoh

  • Giant trevally (lowly trevally) or nama sceintificnya Caranx ignobilis

Menaikkan Giant Trevally(GT) atau nama lainya geropoh seberat puluhan kilogram sememangnya menjadi impian pemancing. Ikan yang ganas dan mempunyai daya juangnya yang tinggi serta disokong dengan bentuk badannya yang lebar ini gemar membenamkan diri apabila ingin melepaskan diri dari mata pancing. Pada ketika ini la segala aspek keperluan pemancing diuji sepenuhnya, baik dari segi keupayaan set pancingan, ikatan yang dipraktikkan sehinggalah stamina pemancing itu sendiri.

Insyaalah pada trip pertengahan tahun ini, GT merupakan spesis ikan yang menjadi target dan buruan utama..oleh itu persiapan permulaan dibuat dengan mempelajari teknik-teknik ikatan, jig serta popper yang dugunakan untuk memburu GT ni.

Didalam persediaan ini, diantara lokasi yang telah dikenalpasti bagi memburu GT mega adalah Kok Niau, Pulau Jarak dan Pelantar Pulai. Didalam trip yang terdahulu ke kok Niau dan Pelantar Pulai, sememangnya telah dikenalpasti sebagai lubuk yang terbaik bagi memburu spesis mega ini. Cuma nasib tidak menyebelahi.

Diantara aspek-aspek yang dikenalpasti untuk diperbaiki adalah :
1. Kaedah memancing yang akan digunakan adalah drifting , floating, popping dan jigging. Dirasakan kaedah ini mendapat sambutan dari spesis target ni. ini kerana spesis ini merupakan spesis pemangsa dan mudah terjerat dengan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatiannya seperti bunyi pop popper atau renangan menarik jig-jig dihadapanya.
2. Kaedah Ikatan-ikatan pengukuhan yang akan diperbaiki.Albright, Bimini,Blood Knot dan ikatan pengukuhan lain.Ikatan-ikatan ini penting dan sebaiknya kita memahirkan diri didalam persediaanya. Ini kerana jangkamasa ikan frenzy membaham umpan kadangkalanya tidak berpanjangan. Jadi adalah rugi sekiranya kita terkial-kial menyiapkan leader pada ketika itu.

3. Jenis-jenis Popper, jigging termasuk saiz, warna, berat yang sesuia. Jenis dan warna juga amat penting didalam pemilihan jig dan popper ini. perkara ini aku akan rujuk kepada kenalan yang pernah menaikkan GT dilokasi yang dituju.
Pelbagai warna dan saiz Jig dan Popper
4. Akhir sekali set pancingan yang sesuai dan kelengkapan yang berkaitan. Alat pancingan yang sedia ada akan digunakan untuk melaksanakan misi ni.
a. Hooks- Sebaik-baiknya biarlah mata pancing yang berkualiti agar kejadian mata terkangkang dan patah dapat dielakkan.








b. Kevlar- Jalinan dan ikatan mata pancing terus ke bearing swivel atau swivel. Tujuan kevlar ni selain kekuatannya yang telah terbukti adalah mewujudkan pergerakan mata pancing yang lembut mengikut pergerakan jig penting agar ikan tidak culas untuk membaham jig yang sedang dikarau laju.



c.Main Line- Terdapat pelbagai jenis dan brand braided line yang berada dipasaran. adalah baik menggunakan braided berbanding mono yang mempunyai banyak rintangan air apabila aktiviti jigging atau popping dilaksanakan.





d. Reel yang sedia ada akan dipetaruhkan untuk menduga spesis ni. Stella 20000FA untuk pancingan kaedah Popping dan Twin Power 8000HG untuk teknik Jigging
e. Rod - Shimano Type J PE 1-3 Untuk Jigging dan Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod untuk teknik jigging





No comments:

Post a Comment