PAHANG amat kaya dengan keindahan alam
semula jadi flora dan fauna yang berpotensi dieksploitasi bagi tujuan
peningkatan ekonomi penduduknya.
Dua tasik semula jadi iaitu Tasik Bera
dan Tasik Chini serta 25 hutan lipur dan lapan air terjun di negeri ini
sering menjadi kegilaan pencinta alam untuk berkelah, berekreasi dan
bersantai bersama rakan serta keluarga.
Bagi tujuan bersantai dan berekreasi di hujung minggu atau hari kelepasan am, para pencinta alam semula jadi dan yang berjiwa adventure biasanya akan memilih beberapa lokasi air terjun di negeri ini untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Antaranya lokasi Air Terjun Jerangkang yang terletak berdekatan dengan Kampung Gelugor, Maran.
Walaupun masih terdapat lokasi air terjun lain seperti
Air Terjun Berkelah, Air Terjun Sungai Pandan, Air Terjun Pelangi,
Sungai Lembing, Air Terjun Chamang (Bentong), Air Terjun Lata Jarum, Air
Terjun Pulau Chekas (Raub), Air Terjun Teladas dan Air Terjun Lubuk Yu, namun kunjungan ke Air Terjun Jerangkang pastinya meninggalkan kenangan yang tersendiri.
Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur untuk ke Maran.
Setibanya di Masjid Kampung Gelugor,
yang merupakan lokasi pintu masuk ke Air Terjun Jerangkang, pengunjung
perlu menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 yang biasanya disediakan oleh
penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Kebanyakan jentera 4×4 hanya boleh
memuatkan enam orang pengunjung bagi setiap perjalanan. Ada juga
kumpulan penggemar rekreasi memilih menaiki lori yang boleh memuatkan
lebih banyak penumpang.
Perjalanan masuk ke Air Terjun
Jerangkang bakal membawa pengunjung merentasi kawasan ladang getah dan
hutan belantara selama hampir setengah jam.
No comments:
Post a Comment