|
Apakah anda selalu mengamalkan Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing? Selengkap manakah pengetahuan anda tentang Langkah Keselamatan Ketika Memancing?
Tanya diri anda sendiri mengenainya. Anda masih mempunyai keluarga dan
tanggungjawab juga walaupun anda seorang kaki pancing. Jadi ambilah
langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan anda terjamin sewaktu memancing tak kiralah anda memancing di kolam, tasik, sungai, lombong, empangan, lautan dan sebagainya. Memancing merupakan hobi yang cukup popular di Malaysia. Anda seorang pemancing yang otai dan bijak jikalau tips dan Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing dititikberatkan.
Sekiranya anda seorang yang cukup serius dalam aktiviti atau hobi memancing, sudah pasti peruntukkan atau belanja yang besar di perlukan bagi memenuhi aktiviti memancing. Namum begitu ketika memancing, etika atau tips Langkah keselamatan semasa memancing wajib dititikberatkan semasa memancing. Adakah berbaloi sekiranya anda berhabis sampai ribuan ringgit untuk memenuhi keperluan memancing tetapi ditimpa kemalangan ketika memancing. Ambilah langkah sebaiknya yang perlu supaya kemalangan semasa memancing dapat di elakkan. Gunakan dan amalkan Tips dan Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Nescaya keselamatan anda ketika memancing pasti terjamin.
Kemalangan Ketika Memancing
Dibawah adalah antara beberapa peristiwa yang menghiasi dada akhbar berkenaan pemancing. Saya tertanya-tanya adakah mereka ini telah mengambil Langkah Keselamatan Ketika Memancing? Sekiranya Langkah Keselamatan Ketika Memancing diambil Insya Allah kemalangan seperti ini boleh di elakkan.
Adakah
anda ingin menghiasi dada akhbar dengan berita begini? Atau membiarkan
keluarga anda menangisi kehilangan anda? Jika tidak, ambilah Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Utamakan dahulu soal Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Tambahkan Ilmu Langkah Keselamatan Ketika Memancing,
jangan hanya menambahkan ilmu dalam memancing ikan sahaja. Saya tahu
memang terlalu ramai pemancing-pemancing yang tidak menitikberatkan soal
Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Ada yang kata,
"aku dah teror berenang tak payah pakai jaket keselamatan", "aku dah
otai, tahu selok belok kawasan ni", kat sungai kecil jer, mana ada
buaya" dan macam-macam lagi kata mereka berkenaan Langkah Keselamatan Ketika Memancing.
Hai kawan-kawan pemancing, maut atau musibah tak mengenal usia, tempat,
bijak, otai dan sebagainya. Dimana-mana atau bila-bila masa boleh
berlaku. jadi ambil langkah terpenting dalam memastikan keselamatan anda terjamin ketika memancing.
Sumber
Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing
1. Jangan memancing berseorangan semasa pergi memancing. Paling kurang dua orang dan pastikan rakan anda adalah orang dewasa juga.
2. Pastikan keluarga anda atau kenalan rapat anda tahu tempat memancing anda, bila anda pergi dan bila anda akan pulang.
3. Pastikan dahulu tempat memancing anda samada terdapat binatang buas seperti buaya, harimau, ular dan lain-lain. Pastikan juga bukan kawasan bencana alam seperti tanah runtuh dan sebagainya.
4. Pastikan bawa jaket keselamatan dan anda memakainya ketika memancing.
5. Pastikan anda membawa kota atau peti keselamatan yang lengkap.
6. Pastikan anda membawa alat perhubungan yang lengkap dan tahan beberapa lama semasa anda memancing seperti telefon ataupun radio perhubungan. Pastikan juga semuanya masih berfungsi dengan baik.
7. Pastikan juga kenderaan pengangkutan semasa memancing dalam keadaan terbaik seperti bot memancing dan kenderaan pancuan empat roda. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
8. Pastikan cuaca dalam keadaan terbaik sebelum anda turun memancing.
9. Amalkan kelakuan dan tutur bicara dengan beretika semasa anda memancing.
10. Pastikan bot memancing anda mempunyai tali keselamatan dan pelampong keselamatan.
11. Jaga adab dengan makkluk lain di kawasan tempat anda memancing.
12. Jaga kebersihan kawasan memancing bagi memastikan kawasan memancing sentiasa terpelihara.Sekiranya anda selalu mengamalkan Langkah Keselamatan Ketika Memancing, Insya Allah keselamatan Ketika memancing pasti akan lebih terjamin. Disamping itu juga, sebagai seorang pemancing adalah perkara wajib anda mengetahui teknik dan selok belok serta kaedah menyelamat kerana ternyata ia amat perlu kepada ilmu pengetahuan penyelamatan asas sekiranya berlaku kemalangan semasa memancing yang tidak di duga. Semoga entri Langkah Keselamatan Ketika Memancing bermanfaat untuk anda.
Sumber
Tqπππ
ReplyDelete