KELIHATAN jentik-jentik dimakan oleh anak-anak ikan guppy dalam bekas ujian semasa demontrasi dijalankan di sini, petang tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PADANG LALANG -
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan MPSP-Watch petang tadi
melepaskan beribu-ribu anak ikan guppy ke parit Taman Kota Permai demi
memusnahkan pembiakan jentik-jentik di sini.
STEVEN Sim Chee Keong (berdiri) dan Chong Eng meneliti anak-anak ikan gupi memakan jentik-jentik secara semulajadi (biologikal) dalam bekas ujian di Lintang Kota Permai 9 di sini pada petang tadi. |
Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng berkata, kaedah perang biologi
terhadap nyamuk aedes dan wabak denggi menggunakan ikan guppy itu
nampaknya lebih berkesan serta mesra habitat sungai, berbanding
menggunakan racun pemusnah jentik-jentik.
"Kaedah baru ini sebenarnya lebih berkesan. Rakyat sendiri boleh mencuba perang biologi ini di rumah masing-masing.
"Di mana
jentik-jentik boleh hidup, di situ ikan guppy boleh hidup serta tidak
akan menggugat ekologi hidupan lain (selain jentik-jentik)," ujar Chong Eng, yang juga Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
CHONG Eng (dua dari kanan, tunduk) dan Steven Sim Chee Keong sedang melihat Bernard Cheen melepaskan anak ikan guppy ke dalam parit di sini, yang dikenal pasti penuh dengan jentik-jentik. |
Berdepan wartawan, Chong Eng bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Mertajam,
Steven Sim Che Keong dan Bernard Cheen (Pengasas pertubuhan sukarelawan
MPSP Watch) turut melakukan demontrasi melepaskan anak-anak ikan guppy
ke dalam bekas air ujian yang berisi jentik-jentik.
Sebelum itu, Chee Keong berkata, satu laporan oleh Asia Development Bank (ADB)
dan Bank Dunia bersama-sama Kerajaan Cambodia dan Laos mendapati bahawa
habitat ikan guppy (Piecillia Reticulate) boleh digunakan untuk melawan
wabak denggi.
"Laporan tersebut menyatakan bahawa (seekor) ikan guppy memakan purata 102 ekor jentik-jentik setiap hari," jelas Chee Keong.
Justeru, katanya, langkah menyahpusatkan kawalan wabak denggi kepada Kerajaan Negeri perlu dipertimbang, memandangkan strategi sedia ada yang digunakan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini didakwa kurang berjaya.
"Sebagai contoh,
pengagihan abate boleh dilaksanakan dengan lebih efektif sebab
menggunakan rangkaian desentralisasi pejabat Ahli Parlimen, ADUN, JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti), RT (Kelab Rukun
Tetangga) dan RT (Persatuan Penduduk)," jejas Chee Keong.
Tambah beliau, laporan kajian sama di Cambodia turut menyebut, 40 peratus bekas air di rumah-rumah mempunyai jentik-jentik, sebelum kaedah perang biologi menggunakan ikan guppy diperkenalkan.
(Dari kanan) CHONG Eng, Bernard Cheen dan Steven Sim Chee Keong pada satu sidang media di sini, petang tadi. |
Manakala, Bernard Cheen pula
pada sidang media sama berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa
lokasi lain sekitar Parlimen Bukit Mertajam untuk percubaan fasa kedua
Kempen Perang Biologi Denggi ini.
Sehingga 23 Februari tahun ini, 16,383 kes denggi direkodkan di seluruh Negara, dengan 29 jumlah kematian.
http://faqar.blogspot.com/
Sumber
More Fishing Stories: http://Gofishtalk.com
Ambil jackpot jutaan rupiahmu disini hanya dengan 25ribu, Menang nya Gampang Banget
ReplyDeletedapatkan bonus 30% pertama deposit
Agen Poker Terbesar Terpercaya
Agen Poker Online Situs Resmi
Poker Online Uang Asli
Cara Dapat Uang Dengan Cepat
Bandar Ceme Gampang Menang
info lebih lanjut hubungi whatsapp +6283873755078